Thursday, May 8, 2014

Throwback Thursday : Joyride

Atas permintaan Portdy


Roxette - Joyride (1991)

Dulu dalam entri Don't Bore Us, Get to the Chorus!, saya ada bercerita bagaimana mulanya saya terjebak dengan Roxette. Saya tak rasa mendengar Roxette adalah sebagai satu "guilty pleasure". Saya bukannya true metal hantu pun. Roxette adalah sebuah band yang guitar oriented. Mereka band rock. Tiada masalahnya mendengar Roxette.

Lagu "Spending My Time" menjadi punca kenapa album ini dulunya kerap saya dengar. (mendengar melalui kaset kepunyaan adik perempuan saya). Ntah kenapa lagu tersebut selain Life Goes On dari Poison sering mengingatkan saya kepada zaman pertunangan dan awal perkahwinan saya.

Ketika itu saya di Kuala Lumpur manakala "my better half" berada di Johor Bahru. Zaman belum meluasnya penggunaan internet mahupun handphone. Walaupun pada ketika itu (sekitar tahun1996 atau 1997) saya telah pun memiliki handphone (milik company yang merupakan handphone pertama saya, berjenama Motorola StarTAC yang jenis flip dengan bateri yang tebal tu ). Tetapi zaman tu teknologi "SMS" pun belum ujud apatah lagi nak ber "WhatsApp". Makanya bila berseorangan di malam hari memang feeling habis la bila mendengar lagu-lagu tersebut.


Ada banyak lagu yang menarik selain "Spending My Time"... "Fading Like a Flower", "The Big L.", dan "Church of Your Heart" adalah diantaranya. Tetapi yang paling best sudah tentu-tentunya lagu yang menjadi tajuk album, "Joyride". Saya cukup suka dengan riffs gitarnya. Mungkin ramai yang tak kenal siapa dibelakang riffs tersebut. Beliau adalah Jonas Isacsson. Pada saya beliau lah yang mewarnakan lagu-lagu Roxette. Trademark gitar dia tu lah yang mebezakan Roxette dari band-band yang lain. Sayangnya beliau kini tidak lagi bersama Roxette. Album terakhir yang melibatkan beliau adalah "Room Service (2001)".

Ada terbaca yang beliau kecewa kerana tidak lagi bersama Roxette. Tapi nak buat macamana, Roxette adalah band kepunyaan Per Gessle dan Marie Fredriksson. Takper la...dia pun dah kaya raya kot makan royalti Roxette. Pengganti beliau Christoffer Lundquist pun bagus sebenarnya. Malah lebih aggresif bila di atas pentas.

Kalau ikut saya, album ini di rangking ke 3 dari discography mereka yang saya suka. Don't Bore Us, Get to the Chorus! (1995) sudah tentu yang paling best. Maklumlah ianya adalah album best of. Tambah-tambah pula adanya lagu dari soundtrack Pretty Woman"It Must Have Been Love".  Dan yang ke 2 adalah album Look Sharp! (1988) kerana itulah album yang mengenalkan saya kepada mereka.

Best!






11 comments:

  1. aku pernah watchlisted album bore-us-chorus kat estock, waktu tu harga cuma RM2x tapi bila relisted tiba2 harga melonjak jadi RM4xx! puih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi lagi sakit hati bila ko dah beli harga RM2X...tup2 dia relisted harga turun jadi RM1X pulak...hampeh!!

      Delete
    2. "Saya tak rasa mendengar Roxette adalah sebagai satu "guilty pleasure". Saya bukannya true metal hantu pun. Roxette adalah sebuah band yang guitar oriented. Mereka band rock. Tiada masalahnya mendengar Roxette."


      sebab tu saya dengar SLAM, mereka pun GUITAR -ORIENTED. Ngehehehe...

      Delete
    3. Beb...Budak Kaca Mata pun band guitar oriented jugak...tak kan tak minat kot?..jom suruh dorang buat konsert re-union...keh..keh..keh...

      Delete
  2. Antara lagu ballad Roxette yg aku suka dari dulu sampai Sekarang ialah lagu "so far away" tu..syahdu woo..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fading like a flower, dari dulu kini dan selamanya ...heh heh

      Delete
  3. bRO-TEROMBER...

    boleh minta tolong


    snapkan gambar dari sisi ...
    adakah tajuk album dicetak Joyride - dont bore us get into the chorus?

    sebab sepatutnya frasa tu untuk album compilasi dia je kan?

    saya punya cd kat beli tepi tu tulis macam tu.

    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul....memang tajuk kat sisi tu ada tulis "Joyride - dont bore us get into the chorus"...semua cd pun macam tu...tak pasti pulak kalau kat kaset atau LP...

      ni yg aku cilok dari internet

      "On the spine of the album the words 'Don't bore us - get to the chorus' are printed - like a subtitle. This slogan is borrowed from the Brill Building in New York City where songwriters Leiber & Stoller used to work"

      Sebenarnya ayat ni asalnya quote dari Berry Gordy, pengasas Motown Record...kalau rajin cari...dalam internet memang ada info pasal ni...

      Semoga menjawap soalan. Sekian. Terima Kasih.

      Delete
  4. terbaiklah roxette, band sweden banyak power2.. apa rahsia dorang

    ReplyDelete
  5. banyak band yang aku tahu dari blog ni...

    ReplyDelete
  6. roxette is the best... jangan lupa album terbaru Jun 2016 ini...

    ReplyDelete