Monday, May 26, 2014

Promised Land

Album yang dah 20 tahun...


Queensrÿche - Promised Land (1994)

Sebuah lagi band dari zaman 80an yang tak terkesan dengan apa yang popular di zaman 90an. Sayangnya band seperti ini sudah pastinya tidak akan mendapat perhatian.

4 tahun selepas kejayaan album Empire (album paling komersil mereka), Queensrÿche kembali lagi dengan sebuah album dengan formula yang hampir sama dengan Empire. Sayangnya mereka berubah menjadi mellow. Mereka terlupa untuk rock n roll.

Mereka kini seolah-olah cuba untuk menjadi Pink Floyd. Tak salah rasanya jika mereka cuba untuk memberikan sound yang lebih dewasa. Tetapi bila hampir tiada lagu-lagu yang rancak, ianya menjadi sedikit hambar. Sekurang-kurangnya itulah yang saya rasakan.


Rasanya cuma 2 lagu track awal yang sedikit berat, "I Am I" dan "Damaged" . Yang lainnya agak mellow. Malah siap ada saxaphone. Bukannya tak sedap. Suara Geoff Tate tetap sedap. Kerja gitar Chris DeGarmo tetap hebat. "Bridge" adalah lagu perlahan yang pada saya lebih sedap dari "Silent Lucidity". Sayangnya...secara keseluruhan, ianya terlampau mellow untuk selera muzik saya.

Rasanya Promised land sesuai bagi yang mahukan Pink Floyd versi hard rock.









3 comments:

  1. antara sebab aku tak layan album ni walaupun ada versi CD (btw, ada sapa2 nak CD album ni? aku nak letgo murah2 atau trade)

    ReplyDelete
  2. Pasal baca review kt mcm2 website la yg aku tak jadi nak beli album ni..ramai kata tak best..heheh

    ReplyDelete
  3. aku pernah dengar sekali.. masuk telinga kiri keluar telinga kanan. haha.

    ReplyDelete