Monday, August 25, 2014
Footloose
Footloose (1984)
Lama juga dah tak bercerita perihal filem. Kebelakangan ini rasa macam kurang mood untuk menonton. Tetapi bila membaca ulasan-ulasan filem dari saudara Raimi dalam blog barunya "FAITH AND CRAFT", rasa macam bersemangat pula..
Dalam banyak-banyak filem, saya memilih untuk menonton filem yang sudah agak lama dirakam didalam set pvr astro saya, Footloose. Mungkin secara kebetulannya filem ini menyambut ulangtahunnya yang ke 30. Ianya benar-benar mengamit memori zaman budak-budak saya.
Sebenarnya tidak pernah berpeluang menontonnya pada ketika itu. Malah saya juga beberapa kali gagal untuk menontonnya sehingga habis ketika ianya di tayangkan di tv. Maklumlah sebagai mat rock, filem-filem yang bergenre tarian sebegini memang agak kurang berminat. Nampaknya selepas 30 tahun, barulah saya berjaya menontonnya sampai habis.
Baru tau rupa-rupanya ada juga lagu rock di dalamnya. "Metal Health (Bang Your Head)'' dari Quiet Riot ketika adegan Kevin Bacon memandu ke sekolah. Rasanya lagu ini tidak dimuatkan dalam album runut bunyinya. Itu memang saya ingat kerana dulunya abang saya ada kasetnya. Filem ni dulu memang popular kerana banyak lagu-lagunya yang sedap-sedap belaka. Lagu-lagu seperti "Footloose - Kenny Loggins", "Holding Out for a Hero - Bonnie Tyler", "Almost Paradise - Mike Reno and Ann Wilson (Heart)" dan "Let's Hear It for the Boy - Deniece Williams" memang sangat popular ketika itu. Memang susah nak lawan lagu-lagu best zaman tu.
Footloose berjaya menaikkan nama Kevin Bacon. Walaupun muka nampak keras, tapi boleh tahan juga dia menari. Tetapi yang menjadi sebutan ramai dan sering keluar di dalam majalah-majalah berkonsepkan remaja pada ketika itu adalah heroinnya, Lori Singer. Maklumlah ketika itu beliau sudah pun popular melalui siri tv Fame. Saya pun terpikat sama, Filem beliau yang seterusnya menjadi minat saya untuk menontonnya adalah The Man with One Red Shoe (bersama Tom Hanks). Sayangnya karier beliau merundum selepas itu berbeza dengan Kevin Bacon yang mejadi lebih popular selepas itu.
Footloose adalah kisah bertemakan remaja. Ceritanya mudah. Tak perlu untuk pening kepala. Kisah seorang remaja dari bandar besar yang berpindah ke sebuah pekan kecil yang agak ultra-conservative. Di haramkan untuk mendengar muzik dan menari. Dia menjadi ketua untuk rebel untuk kebebasan rock n roll dan menari. Mungkin kalau anda sukakan filem seperti Grease anda juga akan sukakan Footloose. Cumanya Grease itu filem muzikal manakala Footloose hanyalah filem bertemakan tarian.
Cinta remaja, awek cun, tarian dan muzik 80an yang sedap-sedap. Apa lagi yang anda mahu?...Sememangnya salah satu "dance movie" yang terbaik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hahaha dlm muvi GOTG pun ada beberapa babak dan dialog merujuk kepada filem footloose dan kevin bacon ni...
ReplyDeleteIni film mmg best..tapi versi remake..hancusss
ReplyDeletesaya pun terpikat sama...haha
ReplyDeleteaku kenal quiet riot dari filem nila,masa tu x tau band rock manala yang punye lagu ni best pulak(bang your head)nasib baek la bro berteromber byk review band2 rock lama jugek menyumbang pada pekenalan pada quiet riot..thanks brader..
ReplyDeleteaku baca post ni then aku cuba ingat2 balik... Fame tv, fame wayang, irene cara... cehhhh.. then semalam aku baca kat mana ntah Sheena Easton sekarang tengah main perform circuit2 las vegas clubs gitu..., Unforgetable la zaman ni.
ReplyDeletehahhh Flashdance... ni kira tu jam macam sambungan Fame gitu ye.
ReplyDeleteKekadang macam konpius Flashdance dengan Fame the movie...Irene Cara tu berlakon dalam Fame...tapi lagu dia What a Feelin tu dalam Flashdance...haha..kena cek kat wiki ni...baru ingat....
Deletekalo dulu hujung tahun di ambang tahun baru mesti ada rancangan "playback 84", aku kenal lagu ni dlm rancangan tu la.. antara dvd awal aku beli ialah cerita ni la. memang kagum dengan tarian kevin bacon.. dia ni versatile jugak. ada satu movie tu dia main skate, tak ingat betul tajuk movie tu..
ReplyDelete