Friday, August 8, 2014

Haunting the Chapel

EP yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 4hb Ogos yang lalu...


Slayer - Haunting the Chapel (1984)

EP yang pada saya bermulanya Slayer dengan thrash. Kalau Show No Mercy (1983) masih ada pengaruh NWOBHM tetapi dengan Haunting the Chapel mereka mula berubah menjadi thrash.

Walaupun begitu sound dan tone nya tidak banyak berbeza dari Show No Mercy. Maklumlah jarak antara keduanya tak sampai setahun. Produksinya juga hampir sama, agak kurang mutunya. Tetapi jika anda bukan yang cerewet dari segi tersebut ianya memang sangat memuaskan.

Lagu-lagunya memang sedap. "Chemical Warfare" dan "Captor of Sin" telah menjadi antara lagu wajib mereka untuk persembahan live. "Haunting the Chapel" menyebabkan saya kagum dengan Dave Lombardo. Sayangnya EP ini terlalu pendek. Tak puas.


Jika anda mempunyai cd re-release seperti saya dan Dr. Bentara, akan ada lagu bonus "Aggressive Perfector". Lagu yang sedikit berlainan corak dan soundnya. Maklumlah kalau saya tak silap ianya adalah lagu rakaman pertama Slayer yang dimuatkan dalam kompilasi Metal Massacre 3.

Untuk ulasan dari Dr Bentara, klik >SINI<

Wajib ada jika anda suka thrash dan Slayaaaarhhhhhhh...................




3 comments:

  1. Bila nak keluar baru nye album eh... lama takde lagu baru

    ReplyDelete
  2. Dah susah nak jumpa album ni..puas aku cari

    ReplyDelete
  3. pena baca satu artikel sapa tak ada rilisan slayer ni tak layak jadi metalhead hahaha

    ReplyDelete