Sepatutnya entri ini di post semalam (10hb Ogos) sempena genapnya 30 tahun album pertama Voivod...tapi biasalah...tuan punya blog masih sibuk beraya...
Voivod - War and Pain (1984)
Saya agak lambat mendengar Voivod. Maklumlah kawan-kawan di persekitaran tempat tinggal saya agak kurang yang mendengar extreme metal. Johor Bahru di tahun 80an lebih kepada scene heavy metal. Jamming lagu Slayer di B Sound Studio, Komtar pun dah ternganga mulut mat-mat rock yang lepak kat situ.
Bila saya melanjutkan pelajaran di ITM Segamat (Julai 1989), berkenalan dengan kawan-kawan metal yang lebih ekstrim yang kebanyakannya dari KL, barulah terasa berapa posernya diri ini. Dari situlah saya mengenal Voivod. Album Killing Technology(1987) dan Dimension Hatröss (1988). Wow...memang melopong bila kali pertama mendengarnya.
Sayangnya saya tidak pernah berpeluang untuk mendengar album War And Pain ini sehinggalah di penghujung tahun 90an. Tak silap di zaman trade MP3 dengan rakan-rakan di Forum Metal Terus. Kalau lah lagi dulu dah ada teknologi youtube dan download kan ker bagus. Tapi lagi susah nak dapat lagi tinggi kita akan menghargainya.
Ternyata War And Pain agak berlainan dari Voivod yang pernah saya dengar. Tak kira lah zaman Killing Technology mahupun Angel Rat. Mungkin kerana ini album pertama, makanya mereka masih mencari arah tuju. War And Pain lagu-lagunya agak "raw","brutal", "direct", "agressive" "straight forward" thrash. Belum ada lagi elemen-elemen progressif. Siapa-siapa yang berjiwa lembut pastinya tak boleh nak masuk.
Satu yang agak kurang memberangsangkan adalah produksinya. Soundnya agak kasar dan "muddy". Perkara biasa bagi album-album metal di zaman itu.Tapi kalau yang jenis tak berkira dari segi sound...sukakan brutal ala-ala Slayer, Venom atau mungkin juga Metallica era Kill 'em All, Mungkin War and Pain memang sesuai untuk anda. Tetapi untuk saya..lebih kepada Killing Technology dan ke atas...
album baru diorang pon sedap jugak..gitaris band Martyr menggantikan piggy. sound pon kembali berat.
ReplyDeleteVoivod memang Layan woo..tapi satu album dia lum berjaya di miliki.. Heheh..kalo tak,takkan Jason newsted pun penah join band ni ye tak.sound dia memang best
ReplyDelete