Friday, August 22, 2014

Pink Floyd - A Life in Pictures



Pink Floyd - A Life in Pictures

Buku ini di beli ketika Big Bad Wolf Sale tahun lepas. Baru ni jer berkesempatan untuk khatam. Tapi entri ini sebenarnya bukanlah bertujuan untuk mengulas buku. Anggaplah gambar-gambar sekadar selingan sementara saya bernostalgia tentang Pink Floyd.


Maafkan saya. Saya adalah dari golongan yang tak berapa nak hadam dengan muzik Pink Floyd. Saya tak nafikan yang muzik mereka memang bagus. Sangat bagus dan hebat. Tetapi saya selalu gagal dengan muzik yang meleweh. Mungkin ianya bukan jiwa saya.


Dari dulu saya telah mencuba. Tetapi gagal. Saya mula dikenalkan secara bersungguh kepada Pink Floyd semasa saya menuntut di ITM sekitar tahun 1990. Rakan saya yang juga seorang die-hard extreme metal adalah peminat Pink Floyd. Malangnya beliau gagal mempengaruhi saya seperti mana senangnya saya terpengaruh dengan koleksi kaset-kaset extreme metal beliau.


Dari dulu saya sering berasa was-was dengan mereka yang mengatakan kononnya mereka peminat Pink Floyd. Kerana saya pernah terjumpa beberapa rakan yang menamakan Pink Floyd sebagai muzik kegemaran hanya kerana untuk menunjukkan yang mereka rock tapi ada "class" atau ada "high taste"...selera yang bagus dalam muzik. Padahal tak tau pun lagu Pink Floyd selain “Wish You Were Here”. Sama kes macam awal 90an dulu ada rakan-rakan yang menggunakan muzik Kenny G atau kalau melayunya Sheila Majid untuk "impress" dan mengurat awek. Kalau cakap minat Napalm Death memang takder perempuan lah yang nak dekat...iyer tak?...heheh...


Tambah pula saya selalu berpegang yang pink bukanlah warna rock. Ianya mestilah Black Sabbath ataupun sekurang-kurangnya Deep Purple. Malah Whitesnake pun ok jugak...tetapi pink tidak sama sekali....hahaha...

Tetapi saya yakin, pembaca blog ini majoritinya adalah peminat muzik. Peminat muzik paham apa muzik yang mereka minat. Saya tabik jika anda peminat Pink Floyd kerana saya tidak dapat untuk menjadi seperti anda. Maafkan saya.


*sebenarnya entri ini ditulis asalnya untuk ulasan album The Division Bell. Tetapi memandangkan intronya pun dah panjang berjela. Saya jadikannya 2 bahagian. Cerita berkenaan The Division Bell akan saya "publish"kan di entri yang seterusnya.







8 comments:

  1. First kaset pink floyd aku yang katil banyak2 kat pantai tu..
    Momentarily lapse of reason...

    Ok la...tapi possuer la kalau aku cakap aku minat pink floyd cam aku minat band lain.

    ReplyDelete
  2. hanya dengar lagu wish you were here,,dari mp3 haha

    ReplyDelete
  3. pink floyd.. dah khatam lagu diorang..cuma tajuk lagu tak hafal...poserkah aku??

    ReplyDelete
  4. Gua masih boleh layan Pinky Floydd ni berbanding dgn RUSH.

    Fakta gambar: pose dlm selimut pink tu kumpulan MAY ada parody (Bukan Portdy) kan dlm buku biografy 25 tahun MAY.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa tak sesuai nak banding dengan Rush...Pink Floyd lebih komersial dan lebih poppy...tu pasal lu senang nak masuk...

      pernah try dengar Yes?...

      Delete
    2. Yup Yyess pun ok. Aku leh terima.
      Sebagai rujukan di bawah adalah carta penerimaan aku:

      Pink Floydd } yyes } Rush } scoin

      Aku nak try layan Phish. Dengarnya mereka bagus.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. Pink Floyd pun aku tak follow.yang tau cuma another brick in the wall je..
    Kenny G ok lagi la,aku dulu lagu tommy page a shoulder to cry on..heheh padahal T-shirt sacred Reich tu..hahaha

    ReplyDelete