Kaset yang dah 20 tahun...
Biohazard - State of the World Address (1994)
Mengembur koleksi kaset...banyak juga rupa-rupanya kaset "trial and error". Maklumlah ketika tahun 1994 saya sudah mula berkerja. Duit gaji memang perabis buat beli kaset. State of the World Address adalah salah satu darinya.
Saya bukanlah peminat hardcore dan kurang arif megenainya. Membeli kaset ini pun atas dasar terpengaruh dengan ulasan baik dari majalah Kerrang!. Satu-satunya muzik hardcore yang pernah saya dengar dan suka hanyalah album-album awal Suicidal Tendencies. Pada saya muzik Biohazard tidak jauh berbeza dengan Suicidal Tendencies. Mungkin kerana sememangnya begitulah muzik hardcore.
Yang pastinya State of the World Address mempunyai pengaruh metal dan rap. Tiada yang meleweh. Saya terbaca ramai yang beranggapan ini adalah album terbaik mereka. Lagu yang catchy contohnya seperti "What Makes Us Tick" cukup mudah untuk menangkap.
Pada saya menggunakan 2 vokalis menjadikan mereka unik. Mereka dah buat rap rock lama dah sebelum Limp Bizkit and Linkin Park.
Biohazard ni aku first dengar kat nativity in black tu...
ReplyDeleteYo...Yo Brooklyn Yo....Jump Jump... or something like that la hahahah
Aku pun trjebak jugak beli kaset ni dulu..tapi takleh masuk la hardcore ni..last2 kasi kat member..
ReplyDeleteMcm Fred first (limb bizkit) penyanyi dia je yg glemer kontroversi Evan seinfield tu..
aku tgh mencari kaset hardcore haha..
ReplyDelete