Pink Floyd - The Division Bell (1994)
Entri sebelum ni dah cerita dah pasal saya dan Pink Floyd. Macam karangan zaman budak sekolah pulak dah...hahaha...kali ini bercerita perihal salah satu dari album mereka.
Kenapa The Division Bell?..Ok...tak kisah lah kalau album ini tiada Roger Waters. Mungkin kerana album ini pernah saya dengar ketika tahun ianya diedarkan berbanding album mereka yang lain. Tetapi yang paling utamanya album ini paling murah dan mudah untuk saya miliki. Harga dalam lebih kurang RM16 dari estock_deutschland.
Cd 1st press terbitan EMI UK. Yang menariknya kat cd case bahagian depan kiri ada tulisan Pink Floyd yang ditulis dalam tulisan Braille...nampaknya kalau cd case pecah pun kena la simpan... |
Untuk berlaku adil, saya mendengarnya berulang-ulang kali hampir 3 minggu secara berterusan. Perlu diakui saya sering gagal untuk menghabiskan track 1 (Cluster One). Lagu instrumental yang pada saya terlalu perlahan untuk memberikan impak lagu pertama. Letih....itulah yang saya rasakan. Skip.
Tetapi track ke 2 (What Do You Want from Me) dan ke 3 (Poles Apart) saya suka. Walaupun perlahan tetapi melodi sedap. Tetapi instrumental di track ke 4 (Marooned) membuatkan saya kembali tertidur. Penyudahnya beberapa hari yang awal saya hanya sempat menghabiskan sehingga track ke 4 sebelum tertidur atau kepala merewang ke tempat lain sehinggakan gagal untuk menumpukan perhatian.
Ini tak boleh jadi. Balik-balik dengar track no 2,3...4 terus tertidur. Pendengaran hari-hari berikutnya saya mulakan dengan track no 5 (A Great Day for Freedom) dan no 6 (Wearing the Inside Out). Boleh tahan tetapi tidak sebagus track no 2 dan 3. Melodinya agak meleweh. Tetapi bila masuk track no 7 (Take It Back) terus saya terpikat. Lagu yang sedikit mid tempo dan kurang meleweh yang mengingatkan saya kepada U2. Best lagu ni.
Track no 8 (Coming Back to Life) adalah salah satu lagi lagu yang saya suka. Bermula perlahan kemudian menjadi mid tempo dipertengahannya. Melodinya sangat catchy. Lunak betul. Ntah kenapa lagu ini tiba-tiba mengingatkan saya kepada Morten Harket (A-ha).
Track 9 (Keep Talking) sebuah lagi lagu meleweh. Track 10 (Lost for Words) agak menarik juga. Ada ala-ala country rock yang ntah mengapa buat saya teringatkan Eagles. Track terakhir (High Hopes) buat saya terus rasa letih.
Yang menariknya Pink Floyd sentiasa mempunyai gambar kaver album yang kreatif dan cantik. Gambar-gambar di dalam booklet pun lawa-lawa belaka. |
Secara keseluruhannya album ini sememangnya cemerlang. Produksi tip-top. Crystal clear. Lagu sedap. Permainan muziknya pun hebat. Solo-solo gitar David Gilmour yang meruntun perasaan. Tiada masalah pun pada saya kalau tiada Roger Waters. Pink Floyd masih Pink Floyd. Sekarang saya faham kenapa ramai yang sukakan mereka. Cumanya....
Itulah...saya mempunyai masalah untuk hadam lagu yang meleweh bila didengar secara berterusan. Dengar satu dua lagu ok. Tapi bila nak kena dengar 11 lagu mendayu dan meleweh secara berterusan...saya mengaku kalah....kalaulah mereka ada lebih sedikit lagu-lagu yang mid-tempo kan ker lagi best. Mungkin oleh kerana itu saya lebih sukakan Toto berbanding Pink Floyd.
Nak buat macamana...selera manusia berlainan kan?...Tetapi secara jujur saya tertarik untuk mendengar album mereka yang lainnya pula. Sedikit minat tu dah ada. Apa-apa pun saya bagi rating 4 dari 5 bintang untuk The Division Bell. Memang diakui sangat terbaik!.
album progressive kena dengar lebih dari 10 kali baru boleh hadam... 2-3 kali kompom blur....
ReplyDeleteAku pelan2 belajar lebih pasal Pink Flyod ni selalu melalui band lain dan peristiwa lain.
ReplyDeleteContoh cam Geoff Tate split Queensryche ngan Operation Mindcrime ngan lagi tiga orang tu...
So then aku rasa tu dorang ikut style Pink Floyd la ye.
Gambo cover tu aku ada baju dia tapi album tak penah dengar..poserkah daku?heheh..
ReplyDeleteLepas ni leh ulas operation mindcrime 2 pulak bro..
aku diantara makhluk yang tak reti layan Pink Floyd..
ReplyDeletetak pena dgr pink floyd lagi.. kalau ada kaset aku beli.. kalau cd tak kot..
ReplyDelete