Monday, February 23, 2015

Behind Closed Doors

Sebuah lagi abum dari underated band yang dah mencapai usia 20 tahun...


Thunder - Behind Closed Doors (1995)

Sebuah lagu band yang underated. Tak ramai yang tahu. Dalam dunia muzik ni memang banyak band yang bagus tetapi tidak dikenali ramai. Mungkin silap promosi, masa yang tak sesuai atau sememangnya tiada tuah.

Dalam kes Thunder pada saya lebih kepada masa. Mereka terlambat 10 tahun. Kalaulah mereka wujud sezaman dengan band-band hard rock sekitar akhir 70an ataupun awal 80an, mungkin kisah mereka akan berbeza. Saya pun mengetahui perihal mereka kerana promosi besar-besaran majalah Kerrang! terhadap mereka dan tertengok pula  klip video "Love Walked In" di sebuah rancangan chart show di TV3 pada awal tahun 90an dulu.

Mereka mengingatkan saya kepada Whitesnake dengan gaya bluesy hard rock British yang ada "jiwa". Kekuatan mereka pada saya terletak kepada 2 individu rakan sekolej yang mengasaskan Thunder. Vokalis mereka yang mempunyai vokal setanding David Coverdale, Dany Bowes dan gitaris serta tulang belakang dalam penciptaan lagu-lagu mereka, Luke Morley.



Walaupun saya lebih menyukai album pertama mereka, Back Street Symphony (1990) tetapi Behind Closed Doors juga bagus. Ianya lebih berat berbanding 2 album awal mereka. Bagi pengemar bluesy hard rock gaya British boleh cuba lagi-lagu seperti "Moth to the flame", "River of pain", "Fortune train" dan "Castles in the sand".

Sayangnya mereka cuma dikenali di UK. Saya sememangnya pengemar kerja gitar Luke Morley. Kalau tak...tak kan lah beliau pernah dikaitkan sebagai pengganti Steve Vai dalam Whitesnake dan nama yang disebut-sebut sebelum Vivian Campbell dapat kerja dalam Def Leppard.





3 comments:

  1. thunder macam perna dengar nama ni, thunder cat.. gagaga.. thanks info jap lagi aku nak dengar lagu2nya kat utube.

    ReplyDelete
  2. Satu lagu je kot penah top dulu..tapi yela kan band ni wujud zaman muzik alternative/grunge tgh meletop,tu yg ramai taktau

    ReplyDelete