Friday, February 20, 2015

Cinta Buatan Malaysia

Ulang tahun ke 30 album yang mengubah senario muzik negara untuk selamanya.


Search - Cinta Buatan Malaysia (1985)

Tahun 1985. Saya di Tingkatan 2. Zaman muzik new wave sedang melanda. Duran Duran adalah "the best band in the world" bagi remaja yang sedang meningkat naik seperti saya. Walaupun "2 minutes to Midnight" dari Iron Maiden telah sedikit sebanyak membuka mata dan minda saya kepada muzik rock dan heavy metal tetapi kemunculan "Cinta Buatan Malaysia" benar-benar mengubah segalanya.

Ianya menjadi seperti satu budaya. Walaupun sebenarnya pada saya, kemunculan album Battle of the Band lah yang benar-benar memberikan kesan kepada muzik rock dan heavy metal di Malaysia. Tetapi Cinta Buatan Malaysia lah yang membuka laluan untuk semuanya bermula.

Lagu lagu seperti Isi dan Kulit, Nombor dan Balada Pemuzik Jalanan menjadi anthem kepada budak-budak melayu yang baru nak kenal muzik rock. Pakaian dan rambut anggota Search mula menjadi ikutan. Seluar sekolah pun alter sendiri jadi fit ngam-ngam ikut kaki (zaman tu seluar ketat fit ni budak-budak panggil seluar Search). Kasut hi-cut warrior menjadi pilihan. Saputangan "key" adalah satu lagi benda yang wajib.

Pengalaman kena tahan dengan cikgu disiplin kes pakai seluar fit dan rambut panjang adalah perkara biasa bagi kehidupan seorang rocker...hahaha.... Sekarang kalau tengok gambar-gambar lama zaman sekolah tu memang terasa lawak. Rock sangat la kononnya. Tetapi bagi yang sezaman dengan saya tentu pernah merasa.

versi cd siap ada 2 keping..ni lah masalahnya bila tak ingat apa yang dah ada apa yang belum...simpan jer la kot...takder niat pun nak jual...

Memang banyak nostalgianya. Saya pernah 2 kali membelinya dalam bentuk kaset. Tahun 1985 beli kaset pirate RM2.50 dan beberapa tahun kemudiannya versi original. Kalau tak silap masa tu harga kaset melayu dalam sekitar RM7 atau RM9. Yang saya ingat kaset lagu Inggeris harganya RM11. Versi cd pula dah lupa bila ianya dibeli.

Alangkah menariknya jika sempena 30 tahun ini, Search mengadakan persembahan live dengan menjemput semula Man Kidal dan Yan berkongsi pentas dengan membawakan keseluruhan lagu-lagu dari album ini. Teringin betul nak tengok Man Kidal menyolo dalam lagu Isi dan Kulit/ Balada Pemuzik Jalanan dan Yan menyanyikan lagu Jiwa Jiwa Luka/Cinta Pertama secara live.

Terbaik!










10 comments:

  1. Aku tunggu Search live 2015 in the City of Rock N Roll !!!. The best place tengok Search main.
    Its been 4years kan since their last full "pure search" show.
    Stadium Larkin kena ikut style omputeh, pasang platform atas rumput jadi padang tak rosak... tapi harga tiket naik sikit la hahaha

    ReplyDelete
  2. Tu la kalo diorang main live full album ni dengan line up asal album ni mesti best punya..aku pun penah tejebak sibuk nak kecik kan suar dulu..heheh..bila tgk bdk2 skarang yg pakai terutama anak2 sedara aku,aku pulak asek nak ngutuk jer..hahaha

    ReplyDelete
  3. entah kenapa aku kurenggggg sket dengan search ni walaupun dengar jugakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita mus... paling2 layan pun album karisma, rampage dan bikin wilayah

      Delete
  4. Sememangnya Search mengubah senario muzik rock di Malaysia. Search...real rock n roll band..

    ReplyDelete
  5. Sememangnya Search mengubah senario muzik rock di Malaysia. Search...real rock n roll band..

    ReplyDelete
  6. Sememangnya Search mengubah senario muzik rock di Malaysia. Search...real rock n roll band..

    ReplyDelete
  7. suka sangat album ni! Cinta Sepi feel beb

    ReplyDelete
  8. PERGH!!! BELUM LAHIR LAGI AKU, KORANG SUDAH ROCK N ROLL.....

    ReplyDelete