Friday, February 6, 2015

The Grand Budapest Hotel

Filem ke 3 yang di tonton untuk senarai pencalonan filem terbaik anugerah academy 2015.


The Grand Budapest Hotel (2014)

Banyak ulasan yang mengatakan ini antara filem terbaik untuk 2014. Selepas menontonnya saya sememangnya tidak akan membantah. Ia dah pun ditayangkan di Fox Movies Premium HD Astro. Tak payah susah-susah nak cari link untuk download.

Awalnya saya menjangkakan ianya kisah perjalanan hidup seharian di hotel. Tetapi saya tersilap. Rupa-rupanya ianya adalah sebuah cerita dalam cerita.

Kisah seorang tua (tuan punya hotel) yang menceritakan kisah hidupnya kepada seorang penulis yang menghasilkan buku best seller bertajuk The Grand Budapest Hotel. Kita akan dibawa untuk kembali ke tahun 1932 untuk mengikuti pengembaraan seorang "lobby boy" bernama Zero Moustafa bersama boss merangkap mentornya yang bernama Monsieur Gustave.

Monsieur Gustave mempunyai perangai suka menjalinkan hubungan dengan wanita-wanita tua dan kaya yang menginap di hotel tersebut. Segala pengembaraan cerita ini bermula apabila salah seorang daripada  wanita tersebut meninggal dunia.

Pada saya filem ini ada segala-galanya. Pengembaraan, seks, penipuan, pembunuhan, cinta, perang dan juga persahabatan. Tambah menariknya ia dipenuhi dengan unsur-unsur "dark comedy". Kadang-kadang humor yang datang dari tempat-tempat  dan masa-masa yang tidak dijangka.

Tambah menarik  majoriti pelakonnya adalah bertaraf A. Ralph Fiennes, Adrien Brody, Willem Dafoe, Jeff Goldblum, Jude Law, Edward Norton, Bill Murray dan Owen Wilson (sekadar menyebut beberpa nama). Tetapi kredit patut diberikan kepada pelakon baru yang melakonkan watak Zero, Tony Revolori. Lakonan beliau yang bersahaja memang berjaya membuatkan saya tertarik.

Walaupun begitu, saya rasakan filem begini bukanlah untuk semua orang. Tak ramai kan yang boleh hadam filem-filem Wes Anderson contohnya seperti The Royal Tenenbaums dan Moonrise Kingdom. Tetapi bagi saya, The Grand Budapest Hotel cukup menghiburkan.

Terbaik!





4 comments:

  1. Belum jumpa versi dvd lagi..kalo jumpa aku nak beli..tq for the review.malam tadi layam birdman,ok jugak la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 lagi belum tengok...Birdman, Whiplash, American Sniper dan Selma...mungkin tak sempat kot nak tengok semua sebelum anugerah oscar 22hb ni..

      Delete
  2. Thanks for the sinopsis. Now i got the idea about this film.
    Aku baru je abis tengok pilem liam neeson - unknown. Hahahaha. Sakit kepala haha

    ReplyDelete