Sehingga keputusan Oscar tempohari saya hanya sempat menonton 5 dari 8 filem yang tercalon untuk anugerah filem terbaik. Saya tidak bercadang untuk menonton "American Sniper" walaupun ianya arahan salah seorang pengarah/pelakon kegemaran saya Clint Eastwood. Bagi saya ia hanyalah propaganda Hollywood untuk memburukan Islam. Maaflah saya tak rasa rugi pun kalau tak menonton filem yang terang-terangan anti Islam.
Manakala "Selma" pula agak sukar untuk mendapatkan versi sedut. Maka satu-satunya yang tinggal dan memang patut ditonton adalah Birdman. Tambahan pula ini adalah filem yang dinobatkan sebagai filem terbaik dalam anugerah Oscar.
Birdman: Or (The Unexpected Virtue of Ignorance)
Berbanding 5 filem lain yang telah ditonton sebelumnya. ini filem yang paling sukar bagi saya. 2 kali saya tertidur di awal cerita sebelum berjaya menghabiskannya pada percubaan yang ke 3.
Gaya penceritaannya memang agak perlahan terutamanya pada awal cerita. Maklumlah ini genre drama, memang senang nak mengantuk bila ditonton di waktu tengah malam. Kalau anda peminat filem aksi, mungkin ini bukannya filem pilihan anda.
Tetapi ianya menjadi semakin menarik selepas tu. Saya cukup tertarik dengan gaya "single shot" (takder potong takder cut secara berterusan) yang digunakan hampir sepanjang cerita. Bukan senang nak buat macam tu. Terasa macam menonton lakonan secara "live" la kan. Tambahan pula ceritanya banyak berkisar di pentas broadway.
Seawal cerita kita telah dihidangkan yang watak utamanya Riggan Thomson (Michael Keaton) mempunyai kuasa supernatural. Tetapi bila kita fikir-fikirkan ia sebenarnya hanyalah imaginasi beliau yang mempunyai "dual personality". Cerita ini memang membuatkan kita kena berfikir. Tambahan pula dengan adegan akhirnya yang kurang jelas. Hidup ker mati? Ok..tak boleh cerita banyak, nanti spoiler bagi yang belum menonton.
Secara jujurnya saya mengharapkan filem lain untuk menang. Tetapi tidak boleh dinafikan Birdman pun bagus. Filem adalah sesuatu yang subjektif. Tapi mana-mana filem yang ada Emma Stone memang berbaloi untuk ditonton...keh..keh..keh...
American Sniper nye reference person yang asli tu memang kontroversial abis kat Amerika.
ReplyDeleteAda satu reference dimana dikatakan pengganas ramai2 seberang sungai gunakan pelampung ramai2.. So dia tembak sebijik2 pelampung tu, jadi dikatakan pengganas2 tu berebut2 pelampung yang tinggal..
sebijik2 dia tembak, sambil mungkin dia syok la tengok keadaan tu
sampai last pelampung dia tembak...
maka matilah dikatakan pengganas2 tu....
Aku selalu adalah orang yang akan bersikap "fair" kalau benda2 gini, pasal aku pun tak suka keganasan dan terrorism,
tapi..kalau ORANG MEREKA sendiri secara "principle' tak mau sokong filem ni buat kita sibuk2 nak agungkan filem ni.
Semua filem yang dicalonkan untuk filem terbaik telah saya tonton kecuali Selma & American Sniper. Filem American Sniper saya dah ada dalam bentuk DVD Jack Sparrow, tapi setelah tahu kisahnya menghina Islam, saya tak akan tonton...ya walaupun dari pengarah yang saya minat hasil beliau.
ReplyDeleteBerbalik pada pencalonan filem terbaik...memang filem Birdman adalah pilihan saya untuk menang oskar hari tu (dah menang pun). Filem yang sangat menepati citarasa...masih terbayang background muzik hanya menggunakan drum solo saja...terbaik. Kalau filem ni tak menang pilihatan kedua adalah Imition Game.
hari tu masa oscar ada tgk juga, gila banyak anugerah dibagi naik boring aku dibuatnya, sampai yang buat kostum pun dapat anugerah.. tak abis tgk. skg pun masih main kan kat hbo. kalu betul lah filem ni memang oscar, aku nak tgk kalu ada main kat hbo. gagaga,
ReplyDeleteberbalai...
ReplyDeleteerk? bkn cerita superhero ke filem ni?
typo...*edited*
DeleteBetul..yg buat best pasal single shot.takda cut.babak edward norton bergerak dari bilik dia pegi ke bilik michael keaton,pastu lepak kat luar sambil hisap rokok ngan emma stone semua sekali harung.mungkin pasal bekisarkan pelakon boardway,so cara penceritaan dia pun dia buat mcm teater jugak
ReplyDelete4/5