Saturday, March 7, 2015

Ultraphobic

Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada hari ini, 7hb Mac.


Warrant - Ultraphobic (1995)

Seperti yang anda sedia maklum, Grunge adalah antara punca kejatuhan genre hair metal. Dan Warrant adalah antara band yang terkena tempiasnya. Seperti yang diceritakan oleh mendiang Jani Lane, bila poster besar mereka di pejabat syarikat rakaman Columbia digantikan dengan poster Alice In Chains. Mereka sedar zaman kegemilangan mereka telah pun berakhir.

Lebih menyedihkan, selepas Dog Eat Dog (1992) gagal di pasaran. Kontrak rakaman mereka turut ditamatkan. Dan mereka pun berpecah. Ultraphobic adalah cubaan mereka untuk kembali. Lebih aneh, mereka kembali dengan genre muzik yang pernah menghancurkan mereka iaitu Grunge!

Sudah pasti bunyinya lain. Tambah pula kini mereka tanpa Joey Allen (gitar) dan Steven Sweet (drum). Mereka digantikan dengan 2 bekas anggota Kingdome Come, Rick Steier dan James Kottak. (ni sebelum Kottak masuk Scorpions)

Bagi mereka yang biasa dengan Warrant era "Heaven" atau "Cherry Pie" mungkin akan susah untuk hadam. Kali ini sound mereka memang mirip dengan sound grunge dari Seattle. Banyak antara lagu-lagunya kedengaran seperti lagu-lagu dari Alice in Chains. Malah lirik-lirik mereka juga agak "moody" dan "depress" mungkin mengambarkan keadaan Jani Lane yang baru berpisah dengan isterinya,  Bobbi Brown (model video clip "Cherry Pie").


Walaupun saya sebenarnya agak kurang gemar, maklumlah jatidiri muzik rock, heavy metal 80an masih menebal dalam diri tetapi perlu diakui album ini sebenarnya bagus. Mungkin kalau namanya bukan Warrant dan berasal pula dari Seattle, Ultraphobic mungkin akan menjadi hit kerana pada saya ianya adalah setanding atau mungkin lebih bagus dari mana-mana album Alice in Chains.

Kurang sesuai untuk yang masih bernostalgiakan era glam metal tetapi lagu-lagu seperti "Sum Of One", "Chameleon", "High", "Undertow" sebenarnya bagus malah pada saya "Stronger Now" adalah sebuah balada yang setanding dengan "Heaven".

Boleh cuba jika anda pengemar grunge.



4 comments:

  1. Heran ye fikir balik wabak Grunge ni merebak dari Amerika gi satu dunia..
    Aku still remember it was in 91 gitu, kat sekolah dalam kelas, ada satu kawan melayu aku tanya kawan melayu aku lagi satu, I was there
    "tahu tak ada band nama Nirvana?", aku terdengar was like "BAND BUDDHA MANA NI??"

    ReplyDelete
  2. masa sekolah dulu perna nak jadi grunge hahaha.
    lagi satu musti hati mereka hancur masa poster mereka digantikan ngan band lain.

    ReplyDelete
  3. info ni menarik. aku g layan kat utube memang sedap band ni.

    ReplyDelete
  4. banyak band yg tepaksa ubah stail muzik dari glam rock terus ke grunge.itu yg tak bestnya..pearl jam pun tgh hot masa tu..kalo bebdk kampung aku dulu sebut "grunge" jadi "grangi"..heheh

    ReplyDelete