Friday, March 20, 2015

Born to Touch Your Feelings

Tak abis lagi pasal Scorpions. Yang dah pun berusia 20 tahun pada hari ini 20hb Mac.


Scorpions - Born to Touch Your Feelings (1995)

Ini adalah kompilasi yang patut anda cari jika anda belum mempunyai apa-apa rilisan Scorpions dari zaman 70an mereka. Seperti yang diceritakan dalam entri Deadly Sting, terdapat 2 kompilasi Scorpions diterbitkan oleh 2 syarikat rakaman yang berlainan pada tahun 1995.  Born to Touch Your Feelings adalah terbitan RCA. Label awal mereka.

Sudah semestinya ia mengandungi lagu-lagu era Uli Jon Roth. terdapat 3 lagu dari Fly to the Rainbow (1974). Enam lagu setiap satu dari In Trance (1975) dan Virgin Killer (1976). Empat dari Taken by Force (1977). Dan dua dari Tokyo Tapes (1978). Yang istimewanya ada lagu All Night Long dari Tokyo Tapes yang tidak terdapat dalam mana-mana album studio mereka.


Dengan jumlah keseluruhan sebanyak 20 lagu itu pun sebenarnya masih rasa macam tak cukup. Banyak betul lagu-lagu Scorpion era 70an yang best. Ini pun lagu-lagu dari album pertama mereka Lonesome Crow (1972) langsung satu pun tidak tersenarai.

Sangat sesuai untuk yang nak mencuba Scorpions era 70an tetapi tak pasti nak bermula dari album yang mana. Lagu pilihan saya sudah semestinya "The Sails of Charon".




5 comments:

  1. Waw. Aku tak pernah nampak yang ini. Best la

    ReplyDelete
  2. Kompilasi yg ni tak penah jumpa pun.tapi seleksi lagu best2 tuuu..

    ReplyDelete
  3. info menarik. kalau terserempak cd ni, aku akan sambar...

    ReplyDelete