Monday, April 25, 2016

The Best of Warrant

Yang dah 20 tahun pada 2hb april yang lalu...


Warrant - The Best of Warrant (1996)

Zaman dulu lebih mudah.Ketika saya mula terjebak mendengar muzik rock dan heavy metal pada pertengahan 80an dahulu, semua band berambut panjang dengan bunyi gitar berdistortion akan dipanggil sebagai band rock ataupun heavy metal. Tak kisah apa genre dan tiada juga istilah true dan poser.

Tetapi menjelang penghujung 80an dan awal 90an mendengar band seperti Warrant seolah-olah menjadi satu kesalahan. Kalau tak nak digelar poser memang kena dengar secara menyorok. Awalnya, saya juga begitu. Satu fasa yang biasa dilalui oleh seorang remaja. Tetapi lama kelamaan saya lebih selesa mendengar apa yang saya suka. Pedulikan apa orang nak kata.

Warrant adalah antara band yang cemerlang dari generasi kedua hair/glam metal. Album pertama mereka, Dirty Rotten Filthy Stinking Rich mendapat tahap double platinum. Album kedua,Cherry Pie pun begitu juga. Secara keseluruhannya lebih 10 juta unit album mereka terjual di serata dunia. Satu pencapaian yang hebat untuk sebuah band seperti mereka.

Tetapi mereka juga adalah antara yang disalahkan sebagai punca kejatuhan glam/hair metal. Cerita Jani Lane berkenaan poster besar mereka di pejabat syarikat rakaman digantikan dengan poster Alice In Chains menjadi antara cerita popular dalam kisah zaman kejatuhan glam/hair metal.



The best of Warrant pada saya adalah permulaan terbaik jika anda baru nak berkenalan dengan muzik mereka. Semua lagu-lagu hits dan terbaik mereka ada di dalamnya.  "Heaven", "Cherry Pie", "Down Boys", "Sometimes She Cries", "Uncle Tom's Cabin", "I Saw Red" dan juga cover "We Will Rock You" dari soundtrack filem Gladiator (1992).

Mereka memang bagus terutamanya vokalis mereka, mendiang Jani Lane. Kebolehannya mencipta lagu dan vokal yang baik menjadi satu asset yang penting untuk Warrant. Tetapi mereka tiada gitar hero. Gitaris mereka, Joey Allen tidak pernah mencapai taraf seperti C.C. Deville dari Poison contohnya. Pada saya ianya menjadi satu kekurangan buat Warrant.

Kini dengan ketiadaan mendiang Jani Lane, Warrant tidak akan sama walaupun mereka masih aktif sehingga kini. Pada saya Warrant adalah Jani Lane. Period!







10 comments:

  1. OOH IT MUS BE MAGIC... but I saw RED!!!

    ReplyDelete
  2. Warrant ni yg aku tau cuma lagu cherry pie je.lain mmg taktau..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Nie pun baru tau nama group waran tangkapnie.

      Delete
    2. tak kan tak pernah dengar lagu "Heaven"...sedap giler tu...

      Delete
    3. Rasa tau tp nama band tak. Aku zaman dah ada internet radionie baru kenal banyak band pasal main lagi ada nama artis dan tajuk lagu kat bawah.

      Delete
  3. ada satu band lagi, nama warrant jugak.. tapi germany mari.. boleh tahan, sedap lagunya.. album pertama mereka, kalau aku tak silap "the Enforcer" - sekadar info semasa

    ReplyDelete
  4. cherry pie tu.. dlu penah la tgk mtv.. pengacara komen ni lagu ade dabel meaning.. pie.. hehe

    ReplyDelete
  5. Aku kenal Warrant masa dah zaman kejatuhan hard rock/glam ni sbb pernah beli kaset Dog Eat Dog..lagu2 lain dengar lepas aku beli CD kompilasi ni kat Victoria, Sg Wang tahun 1997/1998 tak silap...

    ReplyDelete