Friday, April 22, 2016

"When Doves Cry"




Sebelum saya terjebak dengan muzik rock dan metal, Prince adalah antara pengaruh terbesar saya dalam muzik. Sehingga kini "Purple Rain" masih menjadi antara album kegemaran sepanjang zaman saya. Pernah juga menulis pasalnya suata masa dahulu. Rujuk >SINI<

Beliau sememangnya multi-talented. Dia penyanyi, komposer, penerbit album, pelakon, boleh bermain pelbagai alat muzik dan dia juga seorang gitaris yang hebat. Ramai yang tak perasan yang dia juga boleh menyolo dengan baik.

Banyak lagu beliau yang saya minat. Antaranya Purple Rain, When Doves Cry, Let's Go Crazy, 1999, Raspberry Beret dan lagu-lagu zaman saya dah jadi mat rock macam Kiss, The Most Beautiful Girl In The World dan banyak lagi yang saya tak ingat tajuk.

Tapi beliau juga banyak menulis untuk penyanyi lain. Antara yang paling saya suka adalah "Nothing Compares 2 U - Sinead O'Connor" dan yang paling sedap sekali, "Manic Monday - Bangles"

Seorang lagi hero zaman kanak-kanak saya telah tiada....

Prince Rogers Nelson
 (June 7, 1958 – April 21, 2016)

Thanks you for the music





7 comments:

  1. Nyesal aku tak beli lp purple rain haritu..kompem minggu ni naik harga.last week rm80 je.selain duran2,prince pun aku kenal melalui abg2 aku.
    RIP Prince.

    ReplyDelete
  2. Sad week. Sehari sebelum dia Chyna pun mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cerita hidup dia amat menyedihkan.

      Delete
    2. 9th wonder of the world ni memang patutnya dah masuk wwe hall of fame...tak kisah lah cara mana hidup dia lepas wwe..

      Delete