Thursday, March 2, 2017

Angry Machines

Lagi yang tertinggal dari tahun lepas... Yang 20 tahun pada 4hb Oktober 1996 yang lalu...


Dio - Angry Machines (1996)

Jujurnya saya berhenti mengikuti perkembangan Dio selepas album Lock Up The Wolves. Ntah kenapa saya hilang minat. Mungkin selera untuk mendengar metal yang lebih ekstrem menjadi punca. 20 tahun dulu nampak juga Angry Machines di kedai kaset. Tertarik dengan gambar covernya tetapi tidak pernah pula terlintas untuk membeli.

Beberapa tahun kebelakangan ini saya cuba untuk mendengar kembali apa yang tertinggal. Terutamanya album-album yang terbit dipertangahan tahun 90an. Zaman suram Heavy Metal. Hero zaman sekolah saya ini juga tidak terkecuali. Muzik beliau juga berubah. Walaupun beliau tidak menjadi grunge, tetapi tempiasnya ada. Malah tema liriknya pun tidak lagi seperti dulu.


Barisan pemuziknya hebat belaka. Kecuali gitarist, Tracy G yang kurang dikenali. Vinnie Appice dan Jeff Pilson (Dokken) adalah lejen. Majoritinya lagu adalah moody, perlahan dan mid tempo. Perkara biasa untuk 90an. Ada yang kearah sludge Black Sabbath dan ada juga mengingatkan saya kepada Soundgarden. 3 lagu awal agak menarik (terutama "Dont Tell The Kids") tetapi lagu lagu yang berikutnya agak membosankan. Tiada lagu yang betul betul memberi kesan kecuali mungkin lagu terakhir, "This Is Your Life". Lagu balada yang agak ganjil untuk Dio. Ianya bukan sebuah lagu metal. Hanya suara Dio yang diiringi alunan piano. Tetapi ntah kenapa lagu inilah yang paling mudah untuk melekat di kepala.

Rasanya tak rugi pun tak dengarnya dulu. Cd ini sekadar pelengkap koleksi. Malah Wendy Dio pun pernah mengatakan ini album terburuk Dio. Tapi biasalah selera manusia berbeza. Mungkin bagi yang telinganya tersangkut di era 80an seperti saya tidak suka. Tapi orang lain suka.



4 comments:

  1. Last song je gerek. Tang tung tang tung gitu cover gitu lagu. Tapi live album yang susul album ni yang tracy g jadi gitaris live album tu pulak yang terbaik pada aku. Contoh mistreated dan catxh the rainbow combine dan ada liriks nasik tambah,

    ReplyDelete
  2. Yg ni pun tak penah dengar sejak dulu lagi.yg tau pun lagu this is your life je.dio album2 tahun 80an je yg best

    ReplyDelete
  3. dapat album kompilasi best of dio tu aku cukup sudah janji ada lagu2 hitnya..

    ReplyDelete
  4. Menarik cover album, cuma pelik sebab biasanya ada hantu setan tu

    ReplyDelete