Wednesday, July 14, 2010

Seven And The Ragged Tiger

Sekali sekala bila penat nak dengar rock/metal ni aku selalu layan lagu2 pop new wave 80an dan antara yang paling aku suka pada zaman tu adalah Duran Duran..



Kalau korang membesar dizaman awal2 80an dan tak tak pernah dengar Duran Duran tak tau la apa aku nak kata...tu jam Duran Duran memang digilai ramai...aku pun yang baru2 belajo dengar lagu2 omputeh ni terjebak sama...rambut pun kalau boleh masa tu nak buat fesyen John Taylor la kan...masa tu bagi aku Duran Duran adalah the best band in the world sehingga la aku kenal Iron Maiden...

Awal2 80an tu sumber utama nak dengar lagu2 omputeh bagi aku adalah dari radio one Singapura manakala sumber beritanya dari majalah Weekend...zaman tak mampu nak beli kaset tu aku dan abang aku biasanya rakam lagu2 best dari radio ajer...pertama kali dapat nengok dan dengar full album Duran Duran adalah kaset Seven And The Ragged Tiger ni...zaman aku dah start rock...kaset2 pop ni aku dah tak hiraukan sangat...letak sepah2 dan akhirnya mak aku buang...sekarang ni rasa rugi pulak...

Pada aku album Seven And The Raged Tiger ni bukan lah album terbaik Duran Duran...tetapi ianya lebih kepada album yang paling bernostalgia pada aku...tu pasal bila aku terjumpa kat ebay cd ni dengan harga hanya RM18 + postage (murah pasal takder cover belakang cdnya)...terus aku sambar...

Kalau nak best, 2 album pertama dorang lagi best...tapi disebabkan nilai2 sentimentalnya pada diri aku menjadikan album jadi best...maklum la 2 album pertama dorang tu walaupun best tapi aku cuma dapat mendengar sepenuhnya beberapa tahun selepas itu berbanding album ni yang aku dengar semenjak ianya diriliskan...tapi sehingga sekarang pun aku masih tak paham apa maksudnya seven and the ragged tiger tu...bukan tu jer...banyak lagi lagu yang liriknya agak pelik2...Duran Duran ni memang banyak lirik yang agak pelik dan susah nak paham...

Lagu wajib dari album ni dah tentu2 lah The Reflex (tak sama dengan kebanyakan versi best of yang selalunya guna versi remix), New Moon On Monday dan Union Of The Snake...ni lagu2 biasa kita jumpa kat cd2 best of dorang...tapi ada sebuah lagu yang bagi aku sepatutnya patut ada kat mana2 koleksi best of dorang adalah lagu The Seventh Stranger...sebuah lagu balada yang agak dark ngan lirik yang pelik...aku suka lagu ni..



Satu yang tak best album ni bagi aku adalah kerana bunyi synth Nick Rhodes terlampau kedepan...tengelam dah bunyi guitar Andy Taylor dan bass John Taylor tak seperti 2 album sebelumnya...rasanya hanya lagu Of Crime And Passion dan Shadow On Your Side jer yang jelas bunyi gitar Andy...Nick Rhodes telah cuba mengubah arah tuju Duran Duran lebih kepada Synth-pop berbanding postpunk-pop dari 2 album awal...Tak sehaluan antara Nick Rhodes dan Andy Taylor menjadi punca perpecahan original line-up mereka...

The Seven And The Ragged Tiger merupakan album terakhir mereka berlima (kecuali album reunion dorang beberapa tahun lepas)...selepas daripada ini Andy dan John bersama2 Robert Palmer menubuhkan The Power Station manakala Nick, Simon Le Bon dan Roger Taylor dengan Arcadia...walaupun beberapa tahun lepas tu John kembali semula ke Duran Duran manakala Andy terus membuat album2 solo dan Roger terus bersara...

Apa2 pun tak kisah apa orang nak kata....Duran Duran dengan muziknya, video clip dorang yang sentiasa best dan fesyen rambutnya memang sebahagian daripada kisah hidup aku semasa membesar di tahun2 80an...alangkah bestnya zaman tu...




*****Tu hari kat Kinokuniya ada terjumpa buku biography Andy Taylor "Wild Boy : My Life In Duran Duran"...aku cadang nak beli tapi dah sibuk2 cari buku untuk anak aku last terlupa pulak...iskh...

8 comments:

  1. Durian durian ni paling minat masa album gambar orang kawin tu.

    ReplyDelete
  2. Union of the Snake dan The Reflex rules... zaman New Wave. Nasib baik tak terpengaruh itu jam hahaha

    ReplyDelete
  3. Portdy...lagu Ordinary World dari album orang kawin tu memang best...

    Abang Ben...rugi la ko...tak merasa berambut ala2 John Taylor...hahaha..

    ReplyDelete
  4. Aku suka...aku suka!!...Tapi aku lebih pilih album Rio. Pasal bass dia memang power gila...dgn bunga2 dia...bukan plain je..tu pasal le aku minat John Tylor..!! bukan pasal rambut aje..

    ReplyDelete
  5. tu jam pertengah 80an... rambut satu budak2 khianat kat sekolah aku nak tiru group2 cam gini..

    dah tu file file budak2 khianat ni smua bawak, mesti kena balut poster group2 gini..

    apa pun, aku pun suka jugak dengar lagu2 dari band2 khianat ni smua haha

    ReplyDelete
  6. ini kira guilty pleasure laa...

    gua suka juga Duran2 ni.

    ReplyDelete
  7. duran-duran memang hebat dalam genrenya!tapi masih tak boleh lawan michael jackson. 80an memang meriah dengan zaman emas bemacam genre muzik. rock dizaman emasnya. thrash jugak di zaman emas temasuk new wave!

    ReplyDelete
  8. baru terbaca post ni. Bagi aku, ni album yg aku suka. Hampir semua lagu kalau dgr balik, mmg teringin terus nak cari mesin merentas masa Doraemon. Huhuhu. Union of the Snake!

    ReplyDelete