Thursday, January 24, 2013

House at the End of the Street

Menjejaki filem Jennifer Lawrence kerana >NI<


House at the End of the Street (2012)

Twist ending adalah elemen paling penting dalam filem2 horror zaman sekarang. House at the End of the Street juga tidak terkecuali. Selain hal lakonan, dengan plot dan jalan cerita sama yang dah berulang-ulang kali kita tonton, kekuatan twist endinglah yang membezakan sesuatu filem horror tersebut.

Selepas 10,15 minit awal lagi saya sudah tercari2 apakah twist yang akan berlaku kerana jalan ceritanya agak straight forward dan awal2 lagi telah ditunjukkan yang pembunuh yang membunuh di awal ceritanya masih hidup. Ini bermakna sudah pasti bukan beliau yang membunuh. Takkanlah filem ini semudah itu.

Ternyata tekaan saya benar. Walaupun twistnya agak menarik (saya hampir menekanya dengan tepat) tetapi filem ini agak kurang elemen seramnya. Mungkin pasal ianya lebih kepada filem thriller berbading horror.

Kesimpulannya ok ok ajer la...tak tengok pun anda tak rugi apa...kecuali kalau nak tengok Jennifer Lawrence macam saya :P





5 comments:

  1. Motifnya nak tengok heroin kan kan kan???

    ReplyDelete
  2. dlm movie ni ada jugak scene Jennifer main gitar dan menyanyi dlm band high school dia...boleh tahan berbakat jugak dia ni...cuma harap lain kali dia pilih filem yg bagus utk berlakon...filem ini memang flop la kalo dari segi storyline...lakonan jennifer lawrence still awesome hehe...

    ReplyDelete
  3. Pipi dia yang gebu dan mulus tu buat aku rasa nak cubit je..hehe

    ReplyDelete
  4. Last House on The Left (remake) ada tengok bro? gila! sempoi.

    ReplyDelete
  5. Faithcraft...sudah...tapi hampir2 terlupa bagaimana ceritanya...

    ReplyDelete