Tuesday, January 29, 2013

What Hits!?

Lagi koret-koret entri yang patutnya publish tahun lepas. (kes tersadai dalam draf dan malas nak siapkan)

Kaset yang dah 20 21 tahun.



Red Hot Chili Peppers - What Hits!? (1992)

Mula terjebak mendengar RHCP adalah di masa album "Blood Sugar Sex Magik". Dari situ mula teruja untuk mendengar material mereka yang sebelumnya terutamanya album "Freaky Styley", "The Uplift Mofo Party Plan" dan "Mother's Milk". Maklumlah banyak terbaca review yang positif sehinggakan Sacred Reich pun tulis pasal mereka dalam lirik lagu 39 Flavors.

Disebabkan dulu tiada download, tiada youtube,maka kaset kompilasi ini sahaja yang dapat di jadikan bahan  untuk ujikaji trial & error. Tambahan pula pada ketika itu video clip lagu "Behind The Sun" sering diputarkan di MTV sebagai lagu promosi untuk album ini. Dan saya amat tertarik dengan melodi lagu tersebut.

Kompilasi ini adalah himpunan lagu2 di zaman sebelum mereka menjadi popular (zaman Hillel Slovak, zaman EMI, sebelum zaman "Blood Sugar Sex Magik") kecuali  "Under the Bridge", semua lagunya tidak pernah saya dengar sebelumnya.


Ternyata album ini tidak mengecewakan. Ianya adalah berbeza dengan RHCP yang kemudiannya seperti  zaman One Hot Minute ataupun Californication. RHCP lama adalah sebuah band yang benar-benar berkonsepkan funk dengan elemen rap-rock dengan bass Flea yang meletop-letop

Banyak juga lagu-lagunya yang sedap antara yang jadi highlightnya adalah cover Stevie Wonder "Higher Ground", "Brothers Cup", "Johnny Kick a Hole In The Sky", "Behind The Sun"...



8 comments:

  1. yg diorg konsert xpakai baju cuma balut *tut* dgn stokin tu zaman bila eh?

    ReplyDelete
  2. Aku ada dvd RHCP woodstock 99.memang gile babeng flea tu telanjang abes..hehe

    ReplyDelete
  3. ...Dorang nih kaya tapi tak berduit nak beli pakaian...Kalo dah di bawah pengaruh dadah itu lah jadinya...

    ReplyDelete
  4. RHCP ni memang perangainya jangan di ikut..

    ReplyDelete
  5. flea = antara idola aku dalam dunia bermain bass! Enough said....x kesah apa org nak ckp but for me he is the Living Legend!

    ReplyDelete