Wednesday, January 2, 2013

Sengatan Selatan

Entri terlajak yang patutnya publish tahun lepas...


Sengatan Selatan - Pelbagai Artis (2002)

Saya ingin bercerita mengenai kaset ini tetapi saya sendiri sudah lupa bagaimana lagu2 di dalamnya. Radio kaset di rumah saya juga sudah tidak berfungsi. Mungkin anda boleh cuba di youtube untuk mendengarnya sendiri. Saya tak mahu bercerita perihal sesuatu yang saya tak pasti. Oleh sebeb itu entri ini akan menyimpang sedikit dari tajuknya.


Selain pasal kaset ni yang dah 10 11 tahun usianya, entri ini juga adalah tribute saya kepada underground scene Johor. Walaupun saya orang Johor dan meminati muzik berat yang dulunya orang panggil underground. Saya tidak pernah terlibat secara langsung dalam scene muzik bawah tanah di Johor ini. Mungkin saya lebih kepada lone ranger kerana di kalangan rakan2 rapat saya (termasuk band member zaman persekolahan saya) cuma saya seorang yang lebih cenderung kearah extreme muzik.

Ketika penghujung 80an dulu (1986 atau 1987 untuk lebih tepat). Ketika saya dan rakan2 sekolah mula kemaruk meminati muzik rock/metal. Tiada istilah underground pada kami. Kami boleh sahaja mendengar dan jamming lagu2 Metallica atau Slayer atau Iron Maiden bersama2 dengan Scorpions, Deep Purple malah Search, Bon Jovi atau Poison sekalipun. Tiada undang2 muzik apa yang harus saya dengar. Janji ada bunyi distortion pada gitar...itulah yang saya dengar.

Tapi bila saya melanjutkan pelajaran di ITM (Julai 1989), berkenalan pula dengan member2 dari KL. Saya mula dikenalkan dengan scene underground tempatan. Punisher, Nemesis, Rator, Black Fire, Silent Death dll. Satu kejutan budaya bagi saya kerana di Johor ketika itu tiada band yang memainkan muzik yang begini secara khusus. Dari situlah saya mula faham apa itu muzik underground dan pertama kali mendengar ayat "poser".

Saya masih ingat Joe Kid (Aedes) dan Aziz (Vortex From The East) membalas surat saya dengan kata2 "tak sangka Johor pun ada peminat muzik begini"...maklumlah Johor ketika itu lebih terkenal dengan band2 heavy metal/hard rocknya. Sememangnya tidak ujud scene underground di Johor ketika itu.

Tahun 1991 (kalau tak silap) semasa cuti semester, saya ditemukan dengan Saudara Masuri (antara pengasas scene underground Johor) ketika bekerja sementara di sebuah kilang biskut di Taman Johor Jaya. Beliau lebih muda dari saya dan seperti kebanyakan peminat thrash/death metal Johor yang lainnya, beliau juga tidak mengetahui ujudnya scene underground di Malaysia. Bila saya kembali ke ITM, saya mula memberikan beliau flyer2 tentang demo dan fanzine underground.

Setahun dua selepas itu, beliau pula menghadiahkan saya saya fanzine beliau sendiri Mintakulburuj zine dan kaset kompilasi terbitan beliau "Darkness Prevails". Rupa-rupanya beliau bersama2 dengan rakan2 beliau telah berjaya memulakan scene underground di Johor. Sesuatu yang saya tak sempat merasa ketika saya tengah betul2 giler dengan extreme muzik.

Walaupun begitu ada juga sekali sekala saya bercampur dengan mereka terutama ketika lepas balik kerja sama2 melepak di tepi kolam ikan di tepi tangga bersebelahan Masjid An Nur Kotaraya (dulunya depan KFC). Sekarang port ni dah tak ujud sejak2 Plaza Kotaraya dah berwajah baru. Tapi disebabkan ketika itu saya dah mula berkerja, hari2 balik lewat, kemudiannya saya ditukarkan ke KL menyebabkan saya agak jarang mencampuri aktiviti mereka. Diantara mereka hanya Masuri dan Padil yang saya saya kenali. Padil tu pun pasal saya biasa melepak di kedai kasetnya dulu.

Ketika scene di Johor mula berkembang, saya telah pun berhijrah ke KL. Hangat bercinta dan mula meninggalkan muzik metal (hahaha...) menyebabkan saya sememangnya tak pernah terlibat langsung dalam scene underground di Johor. Masih saya ingat semasa membeli Metal Terus Zine secara pos dari Dr Bentara, saya agak terkejut melihat alamatnya di Johor Bahru. Sayang sungguh. Saya tercepat beberapa tahun untuk merasa semua itu.

Walaupunbegitu, besar kemungkinan flyer2 yang saya berikan kepada Masuri mungkin juga menjadi pemangkin bagaimana bermulanya underground scene di Johor Bahru. Saya pun ada terbaca interview di zine yang dah lupa apa tajuknya yang Masuri pun mengakuinya begitu.

Takder apa2 pun yang nak dibanggakan kecuali jika ianya membawa kepada keburukan sudah tentu2lah saya pun terbabit sama. Sekianlah kisah saya yang hanya seorang poser.
Terimakasih. :P







13 comments:

  1. Nampak tajuk tadi mati2 aku ingat ko nak cerita pasal Tengku Ibrahim borong player star untuk mantapkan Eastern Tiger

    ReplyDelete
  2. Speed...cerita bola sikit2 dulu la...kang 8hb ni kalah...malu la pulak...hahaha..

    err...Eastern???

    ReplyDelete
  3. terbabit aku... ingat Sengatan Selatan cerita pasal bola..rupanya... underground... aku masa study ILP Pasir Gudang selalu beli kaset kat Kompleks Pasir Gudang... tingkat dua... orang tua jaga tapi pengetahuan pasal metal respek ooo

    ReplyDelete
  4. faizal.. nostalgia Kompleks Pasir Gudang tu bro.. tempat aku berendut tu hehe..

    ReplyDelete
  5. tudiaa... kena buat post pasal kompleks tu PC kOKak!

    ReplyDelete
  6. Betul2 nostalgia! Jb dulu mmg happening waktu zaman komtar ngn kotaraya yg lama..kedai cd kat kotaraya tu dulu apa ke nama dia lupa pulak..siap ada jual boxset Metallica live shit tu dulu..

    ReplyDelete
  7. Untold history : the beginning of johor underground history

    ReplyDelete
  8. ..ironiknya...gua mendalami so called underground ni time kat JB!

    ReplyDelete
  9. Mahsuri no namanya Mahsuri Redzuan Basri me?

    ReplyDelete
  10. Mahsuri ni namanya Mahsuri Redzuan Basri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf..lupa nama penuhnya...tapi dia budak Permas Jaya...

      Delete