Tuesday, January 15, 2013

Rock Star

Semenjak mempunyai astro pvr ni, banyak juga cerita-cerita lama yang sempat saya rakam untuk tontonan masa-masa lapang kemudiannya. Kebanyakannya adalah cerita-cerita yang dahulunya saya tonton melalui vcd/dvd gambar gelap senget benget siap ada kepala orang melintas dengan suara mendap serta subtitle yang boleh masuk Maharaja Lawak.

Yang pertama saya tonton malam tadi adalah...


Rock Star (2001)

Rasanya yang minat rock pasti dah tonton cerita ni. Oleh tu tak payah la ulas panjang lagi pun pada saya ceritanya biasa-biasa sahaja.

Walaupun saya suka adanya Jeff Pilson (Dokken), Jason Bonham, Zakk Wylde (Ozzy), Blas Elias (Slaughter) berlakon sama dan guna pulak suara Miljenko Matijevic (Steelheart) dan Jeff Scott Soto (Yngwie Malmsteen) tapi saya memang tak boleh terima Mark Wahlberg jadi pelakon utamanya. Tak dinafikan Mark Wahlberg pelakon yang baik tapi cuba bayangkan kalau AC Mizal jadi hero filem Rock Mamat Khalid....eiiiii....

Penerbitnya tak pernah tengok cerita Airheads ker?


Rasanya Tom Cruise dalam Rock Of Ages lagi rock dan dia guna suara sendiri. Tabik!
Hmmm...nasib Jennifer Aniston jadi penyelamat...heheh..



18 comments:

  1. aku suka movie ni, Mark Wahlberg masih kira berjaya jugak bawa watak Rockstar yg ending nya tetiba jadi penyanyi grunge haha...at least dia dah cuba utk keluar dari imej Marky Mark.

    ReplyDelete
  2. tudia... lakonan dalam Boogey Night jugak yang best..hehhe

    ReplyDelete
  3. aku Mark Wahlberg ni kurang sikit la...takder filem dia yang melekat kat kepala aku...

    bayangkan la kalau Justin Bieber berlakon jadi mat metal...heheh..

    ReplyDelete
  4. "...cuba bayangkan kalau AC Mizal jadi hero filem Rock Mamat Khalid"

    oke apa? que haidar poyo2 pun menjadi jugak wataknya muntah telur

    mark wahlberg, filem dia yg melekat maybe "tugas itali" kot?

    ReplyDelete
  5. beb...Que haidar poyo tapi bukan 4U2C...hahaha...

    ReplyDelete
  6. solo Fiona rock... tak silap Kid yang main...heheh...

    ReplyDelete
  7. orang cakap dulu Mark Wahlberg ni rapper..

    ReplyDelete
  8. dia ada satu lagu soundtrek kat movie ni sedap giler. Starting dia bass gitu.

    ReplyDelete
  9. mark wahlberg, marky mark
    donnie wahlberg, new kids on the block

    ReplyDelete
  10. zaman masa dia jadi Marky Mark dulu kalau tak silap femes jugak la,cuma populariti dia mana dpt lawan Vanilla Ice yg tengah menggelegak naik masa tu. Mark Wahlberg paling best aku lakonan dia dlm filem The Departed, walaupun role dia x byk tapi memang berkesan, one hell of a pissed-off cop!

    ReplyDelete
  11. hahahha..gaduh pasal Mark ke Que Haidar??

    ReplyDelete
  12. dalam Boogie Nights, Mark Wahlberg memang legend.. haha!

    ReplyDelete
  13. Puas cari movie ni tak penah ketemu.lum penah tengok pun lagi

    ReplyDelete
  14. cerita ni amik kisah benar Tim 'Ripper' Owen, penyanyi yang menggantikan Rob Halford dalam band JUDAS PRIEST. so this is true story,kind of. Mark Wahlberg ni mmg hip hop...dia ni adik kpd ahli The New Kid On The Block.kat hujung credit cerita ni dia ada mengaku dia bukan mat rock or metal tapi hip hop n dia sempat rapping sikit. Cerita mamat khalid lagi rock dari cerita ni.haha

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. mulysametalmilitia...true story tu tak berapa tepat...inspired by mungkin...Tim "Ripper' Owen tak jadi mat grunge lepas keluar JP...dan aku menyampah hip hop...heheh...

    ReplyDelete
  17. haha.oh silap.yeah..inspired by la ni kan? haha. sama la aku..hiphop is a no no.haha

    ReplyDelete