Yang klasik dari
Rainbow - Straight Between the Eyes (1982)
Adakah ini album terbaik Rainbow ketika bersama Joe Lynn Turner? Pada saya jawapannya YA.
Ok..senang cerita, kalau nak menghayati album ini...anda harus melupakan zaman Dio. Ini bukan dungeon and dragon. Memanglah tak boleh nak lawan zaman Dio. Konsepnya juga berlainan. Memang sudah maklum Ritchie Blackmore mahukan pasaran US. Suara Joe Lynn Turner memang sangat sesuai dengan konsep hard rock komersial yang Ritche mahukan. Tak rasa Dio sesuai dengan muzik yang begini.
Awal 80an adalah zaman band2 pop rock seperti Foreigner, Journey, Asia menguasai carta. Rainbow juga tak mau ketinggalan. Kalau Difficult to Cure (1981) cuba nak jadi Foreigner, Bent Out of Shape (1983) terlebih OAR, Straight Between The Eyes adalah di tengah2. Sebuah album melodic hard rock yang best. Back to basic. Memang saya suka.
Lagu2nya juga agak pelbagai. Ada yang heavy rock seperti 'Dead Alley Driver', slow rock klasik berhantu seperti 'Stone Cold'...malah lagu epic ala zaman Dio pun ada pada "Eyes of Fire". Mungkin ada juga yang tak dapat menerima lirik2 cintan Joe Lynn Turner. Tapi inilah Rainbow zaman 80an. Hard rock ala america. Cuma yang membezakan mereka adalah solo2 dasat Ritchie. Dengarkan solo beliau dalam lagu 'Dead Alley Driver'. Memang ternganga dibuatnya...
entah la.. prefer zaman DIO...mungkin sebab style Dio kena dengan Rainbow masa tu....
ReplyDeleteDah lama cari versi cd ngan lp tak penah jumpa album ni..dulu abg aku ada versi kaset,lagu "stone cold" tu memang klasik woo..antara album rainbow terbaik gak ni
ReplyDeletemasa sekolah rendah dulu tiap2 hari dengar lagu Tearing Out My Heart.
ReplyDeletehahaha
ritchie blackmore = legend!
ReplyDeletesmart gak cover album dia..
ReplyDeletedio's rainbow and JLT's Rainbow are somewhat different in the kind of melody and concept. Both are good for me. JLT's Rainbow classic songs include I surrender and Streets of Dream.
ReplyDeleteIf you remember combo JLT and Malmsteed, the concept is almost the same with the songs like Dreaming, Hold on, Heaven Tonight and Deja Vu.
i mean Malmsteen
ReplyDelete