Monday, January 14, 2013

Penunggu

Entri yang sepatutnya di publishkan tahun lepas...

Album rock legenda melayu yang dah masuk 30 31 tahun



Sweet Charity - Penunggu (1982)

Ini adalah antara album yang buat saya celek pasal rock. Antara album yang membuatkan saya mula cenderung kepada muzik berbanding main bola, main bmx maupun berkubang di paya. Antara album yang membuatkan saya mula berjinak2 untuk curi2 pakai gitar kapok abang.

Penunggu sama seperti album2 Sweet Charity sebelumnya masih terikat dengan acuan rock 70an tak kira ala2 British seperti Deep Purple,Uriah Heep maupun ala US seperti Foreigner,Styx, Bad Company dll. Dan seperti biasanya sedikit rojak dengan pengaruh dangdut.. Walaubagaimanapun saya agak tertarik dengan lagu "Haji". Mungkin juga inilah lagu nasyid rock yang pertama. Dan juga lagu "Apa Khabar Sayang?". Muzik kemelayuannya mengingatkan saya kepada zaman kanak2 di tahun 70an mendengar cerita2 bangsawan di radio hampir setiap malam.



Seperti biasa Sweet Charity mesti ada ciplak. Kali ini mereka menjadikan "Die Young" dari Black Sabbath pula mangsa mereka. Ntah kenapa band2 70an tak kira genre apa memang suka menciplak terutama kepada lagu2 yang mereka rasakan tidak berapa diketahui ramai. Ciplak maksud saya di sini adalah meniru melodi, rif atau solo dengan tidak memberikan kredit kepada pencipta lagu asal.

Tetapi kalau lagu itu memang sebijik tetapi cuma di alih bahasa, contohnya "Wonderful Tonight" dari Eric Clapton yang mereka ubah menjadi "Dia", biasanya kredit akan diberikan. Dan biasanya lagu2 begini akan di panggil sebagai lagu saduran. Yang ini bukanlah namanya ciplak. Sebenarnya saya suka juga versi bahasa melayu ni...kena dengan suara Ramli Sarip. (BTW, Wonderful Tonight adalah antara lagu awal yang saya belajar untuk bermain gitar . Pada masa itu lagu ni kira lagu wajib mat rock untuk belajar main gitar)

Walaubagaimanapun antara lagu yang menjadi kenangan saya adalah "Nada Penyesalan", antara lagu yang sering saya dengar zaman budak2 dulu. "Penunggu", lagu yang sedikit sebanyak mempengaruhi saya meminati muzik rock dan "Jangan Tak Jadi", lagu yang sering digunakan untuk memerli kawan2 yang bercintan bagai nak rak tapi tak juga kawin2...heheh..





7 comments:

  1. ..jgn tak jadi, org kmpg semua sdh tahu

    ReplyDelete
  2. Wings nyanyi balik lagu penunggu zaman mus may jadi vokalis pun best jugak.

    ReplyDelete
  3. penunggu - versi blind tribe ker ataupun koffin kanser....ada terdapat dlm album Underground Tribute to Sweet Charity....yg tu pun best gak!

    ReplyDelete
  4. bangga dengan Sweet Charity and Ramli Sarip. Lagu apa khabar sayang adalah khazanah muzik melayu.

    memang legend...

    ReplyDelete
  5. siapa tahu asal usul lagu Haji Sweet Charity ini
    bertahun tahun aku sisat tapi gagal

    ReplyDelete