Friday, November 22, 2013

Johor Lama

Rehat sekejap dari entri hiburan lagha dan duniawi. Jom layan entri History Chanel...

Johor Lama


Untuk yang malas nak google, Johor Lama adalah ibunegeri Johor yang lama. Ianya terletak di atas tebing muara Sungai Johor di kawasan Teluk Sengat. Iaitu kira-kira 30 km dari bandar Kota Tinggi. Di sinilah pada suatu masa dahulu (1540) terletaknya sebuah kota yang diberi nama Kota Batu. Sayangnya ia telah dimusnahkan oleh Portugis pada 15 Ogos 1587.


Sedikit sejarah yang dapat aku kongsi. Nak lebih mendalam sila buat kajian sendiri.

Sejarah Kesultanan Johor adalah kesinambungan daripada Kesultanan Melaka yang tewas kepada Portugis pada tahun 1511.  (sebut 1511 mesti ingat lagu BPR kan?...sampai sekarang kalau tanya bila Melaka jatuh ke tangan Portugis...konpem aku boleh ingat...heheh). Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka yang terakhir) telah melarikan diri ke Johor dan dari sini lah bermulanya era Kesultanan Johor. Anak beliau Sultan Alauddin Riayat Shah II yang menjadi Sultan Johor yang ke 2 dari tahun 1528 hingga 1564 adalah pengasas kegemilangan Kota Batu di Johor Lama ini.

Berdasarkan gambar, Kota Batu adalah pusat pemerintahan kerajaan Johor yang ketiga di sepanjang Sungai Johor selepas Kota Kara (1529), Kota Sayong (1536) dan sebelum Kota Seluyut (1564), Kota Batu Sawar (1587), Kota Touhid (1623), Kota Tinggi (1685) dan Kota Panchor (1716) sebelum era modennya di Johor Bahru.

Bermula dari tahun 1540, Kota ini dijadikan sebagai pusat pentadbiran negeri Johor. Ianya juga menjadi pusat perdagangan penting dan mencapai kemuncak kegemilangannya semasa pemerintahan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1574-1587) sehinggakan pelabuhan Melaka yang dikuasai Portugis ketika itu terjejas. Ini antara punca kota ini diserang dan dimusnahkan oleh Portugis. Segalanya dibakar dan senjata dan kekayaannya di rampas Portugis.

Gambaran Johor Lama sebagai pusat perdagangan

Walaupun begitu Portugis bukanlah yang pertama menyerang Kota ini. Pada tahun 1564 ianya telah ditawan oleh Acheh. Tetapi bangkit kembali semasa pmerintahan Sultan Johor Ke 5, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Riayat Shah. Pernah diserang sebanyak 3 kali sebelumnya oleh Portugis (1576, 1578 dan 1586) tetapi berjaya dipertahankan sehinggalah akhirnya dengan bantuan askar dari Goa, India pada tahun 1587, Kota Batu berjaya di tawan Portugis.



Sultan Ali kemudiannya berundur ke Batu Sawar dan menubuhkan kota yang baru di situ. Maka berakhirlah kegemilangan kota yang pernah menjadi ibu negeri Johor ini. Sekarang ianya hanyalah kawasan yang lengang dan sunyi sepi. Tahniah kepada Jabatan Muzium Negara atas usaha mereka mengambil alih kawasan ini yang dijadikan sebagai salah satu destinasi pelancongan bersejarah.


Muzium yang merupakan pusat informasi dengan senibinanya berbentuk rumah atau istana tradisional melayu.  Di buka pada tahun 2007 dan boleh dilawati setiap hari dari pukul 9 am hingga 6 pm termasuk cuti umum kecuali hari raya adilfitri dan aidiladha. Masuk adalah percuma. Yang uniknya rumah ini didirikan tanpa menggunakan sebarang  paku. Hanya  menggunakan tanggam atau selak.

pic name

pic name

pic name

pic name

Antara yang dipamerkan didalam muzium, meriam lama, batu nesan Acheh, pinggan mangkuk dari Dinasti Ming, sejarah Johor dan pelbagai lagi yang ada kena mengena dengan Kota Johor Lama ini. Ada keris warisan bugis, sayangnya tidak dibenarkan gambarnya di rakam. Aku pun tak pasti kenapa. Takut nanti dia ikut balik rumah kot...heheh...

Kesan peninggalan Kota Batu. Terletak dihadapan Muzium
Di hadapan muzim terletaknya Kota Batu. Bentuk kotanya bersegi empat dengan panjang 50 meter dan lebar 20 meter. Di atas bukit di muara sungai. Mengandungi  beberapa buah penjuru yang dibina khusus untuk strategi pertahanan. Benteng kota ini diperbuat dari ketul-ketul batu pejal yang pada bahagian atasnya ditambak dengan tanah serta dilengkapi dengan senjata dan meriam.


Kesan lekuk batu yang tinggal. Meriamnya dah tak ada. Dihadapan pokok-pokok tu adalah sungai yang dulunya adalah pusat perdagangan. Mesti sungai tu dulunya besar dan dalam. Kalau tak kan kapal perang Portugis boleh masuk.


Terdapat juga sebuah makam yang dikenali sebagai Makam Sultan. Tapi tak pasti pulak siapa pemiliknya. Tiada info tertulis disini.


Masih terdapat bekas kawasan yang di gali oleh ahli arkeologi. Awalnya dilakukan oleh ahli arkeologi British pada penghujung 1950an tetapi terhenti khabarnya kerana tidak mendapat kebenaran Kerajaan Johor. Kemudiannya kawasan ini sekali lagi digali untuk kajian ahli arkeologi tempatan pada tahun 2004.


 Sungai Johor dan jambatan yang merentasinya boleh nampak dari sini. Jambatan Lebuhraya Pasir Gudang - Desaru. Lebuhraya yang pada aku bukannya lebuhraya dalam erti kata sebenar. Laluan selorong yang kena tol....iskh...


Ok..stop kat sini. Kredit pada lama web Arkib Negara Malaysia yang infonya aku cilok untuk entri ni. Dengan ini bermakna aku dah sampai 3 dari 8 kota lama yang pernah jadi ibu negeri Johor. Sayong, Kota Tinggi dan kini Johor Lama. Ada rezeki boleh cuba pergi yang lainnya.


TERIMA KASIH \m/





17 comments:

  1. lama dah tak dengar nama "Sultan Alauddin Riayat Shah II", kali terakhir mungkin waktu SPM kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku SPM tak ambik sejarah walaupun dapat A1 masa SRP...

      (cis!!!...rasa tuanya guna perkataan SRP....hahaha...)

      Delete
  2. Very nice and informative post..
    Boleh la pelan2 kayuh ko complete 8 of 8 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal...semua dekat2 jer pun...tapi tak pernah sampai...

      Delete
  3. Very edukasional. Makam sultan mahmud dan makam kucing bertanduk diKampung Makam pon banyak info juga bro.. TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama aku tak pergi Kg Makam...last sebelum banjir besar kat kota tinggi dulu...sekarang kabarnya dah cantik...nanti ada masa aku pegi dan buat entri...

      Delete
  4. Patut la entri sejarah..harini johor public holiday kan..heheh..nice info.tq bro,banyak sejarah johor yang aku tak banyak tau..tapi macam ko cakap,kalo dengar lagu 1511 mmg kompem ingat apa kisah di sebalik lagu tu..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempena birthday Sultan Johor...heheh...tapi aku kerja la...cuti ikut KL...lengang giler JB pagi tadi....

      Delete
    2. Dengar kata nak tuka cuti jumaat n sabtu balik kan?teringat masa kecik dulu,kalo hari ahad sekolah teringat katun best kat tv..dapat tengok pun time cuti sekolah atau cuti umum ganti hari ahad..heheh

      Delete
    3. aku paling tak lupa time tu berebut nak bas sekolah nak cepat2 balik pasal nak dengar radio spore rancangan arwah adnan maswan "Pop Rock" yang ke udara setiap ahad jam 2 ptg...heheh...

      Delete
  5. Artikel menarik ni bro..

    http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2013/11/friday-weekend.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat cuti jumaat macam zaman sekolah dulu2....cuma opis aku cuti ikut KL....kalau johor gezet cuti jumaat pun co. aku tak boleh nak follow...

      Delete
  6. ermm... kali ni pelik sikit,,, tak ada model kecil di akhir gambar... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. model kecil ada kat gambar 2nd last...pasal model bangka dah take over gambar last....hahahaha...

      Delete
  7. Entri mcm ni la baru best....aku pun boleh tau banyak pasal sejarah Johor...dulu masa lepak kat rumah cousin di JB, tak pernah pulak dia ajak aku ke tempat camnei, asyik bawak aku ke CS, Angsana dgn Kotaraya saja...bosan jugak lepak kat shopping mall ni...kalo temoat bersejarah baru ada nilai estetika dia sendiri hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq beb...kalau ada bajet dan masa yg lebih Insha'Allah ada la entri macam lagi..

      Delete