Lagi klasik death metal yang dah mencapai usia 20 tahun.
Morbid Angel - Covenant (1993)
Jujurnya kalau bercerita tentang Morbid Angel, saya lebih menyukai album A,B dan D. Album F dan seterusnya agak kurang familiar kerana tidak berapa mengikuti perkembangan mereka lagi. Tetapi bukanlah nak kata album C ni tak bagus. Tetapi kebetulan pada ketika itu saya mula kemaruk dengan death metal yang lebih teknikal dan bermelodi seperti Heartwork dan Individual Thought Patterns menjadikan Covenant agak kurang mendapat perhatian saya.
Ada beberapa lagu yang dari Covenant yang saya rasakan cukup bagus terutamanya lagu track pertama "Rapture". Lagu ni boleh masuk listing antara lagu klasik Death Metal terbaik. Lagu-lagu lain agak kurang melekat. Bagus tapi tak boleh nak tangkap. Mungkin "Pain Divine" dan "God of Emptiness" pun ok, tapi tak boleh capai tahap klasik. Tapi yang paling favourite adalah "Angel of Disease". Mungkin lagu ni agak berlainan dari lagu-lagu lainnya. Maklum lah ini lagu lama dari zaman demo Abominations of Desolation. Entah kenapa saya cukup suka lagu-lagu dari zaman Mike Browning ni. Sedap!
Producer adalah Flemming Rasmusssen. Individu yang menghasilkan album-album klasik Metallica. Sayangnya pada saya Covenant tidak berapa bagus produksinya. Bunyinya agak tenggelam. Mungkin ini album yang kurang best dari zaman David Vincent. Tetapi Trey Azagthoth (dengarkan solo beliau dalam "Blood on My Hands") dan Pete Sandoval memang cukup menyerlah. Hebat!
Bukanlah yang terbaik kalau nak ikut standard MA, tetapi untuk album death metal secara keseluruhannya kira dah bagus la ni. Tapi tak boleh la nak capai tahap klasik.
Teringat masa beli kaset ni dulu,budak2 umah bujang aku kata aku dah bepaling tadah jadi pengikut setan..siot je..hahaha... Tapi solo2 trey memang power dalam album ni..cuma bila dia kata eddie van halen tu idola gitar dia,ramai fans dok bahan dia..heheh
ReplyDeletetrey punya pengaruh melodi gitar memang dtg dari sumber rock mostly... bands kegemaran dia pun pelik, J-rock, The Gathering, etc...
DeleteINFO TAMBAHAN: pengaruh Yazid gitaris Blackfire juga Eddie Van Hallen...
DeleteMasa 1st time dgr album ni (versi kaset) tahun 1996 dulu, aku dah syok giler dgn riff2 hebat nya, ini juga merupakan album pertama MA yg aku dgr lepas tu baru dgr Gateways To Annihilation, Altar Of Madness dan lain2....kira album ni cinta pandang pertama aku kat MA la hahaha.....tapi ngeri jugak kalo dgr waktu malam lagu God Of Emptiness tu, part last dia cakap "bow to me faithfully...." seram jugak dgr sorg2 ooo hahaha
ReplyDeletebaru sempat baca... tulus suci review ni
ReplyDeleteyang mereview pun tulus suci orangnya…hahaha…
Delete