Monday, November 11, 2013

Individual Thought Patterns

Salah satu album kegemaran saya dari 20 tahun yang lalu. (kasetnya dah hilang...arggggghhhh..)


Death - Individual Thought Patterns (1993)

Teknikal progresif death metal dengan pengaruh jazz? Itulah review yang banyak saya baca kalau nak menafsirkan bagaimana bunyinya Individual Thought Patterns. Bagi pendengar biasa mungkin agak sukar untuk hadam. Saya sendiri pada awalnya agak sukar untuk menerima. Macam terasa sedikit janggal pada awalnya bila mendengar lagu-lagu death metal dengan harmoni gitar di dalam lagu-lagunya. Tetapi itulah keistimewaan Chuck Schuldiner. Genius metal yang ada kelasnya tersendiri.

Death adalah Chuck. Yang lainnya cuma pelengkap. Tetapi untuk Individual Thought Patterns, Chuck berjaya menjadikan Death sebagai supergroup. Tengok sahajalah barisan pemuziknya. Andy Larocque (King Diamond), Gene Hoglan (Dark Angel) dan Steve DiGiorgio (Sadus). Muzik teknikal sebegini memerlukan pemuzik yang bagus dan mereka-mereka ini sememangnya sangat bagus. Sayang line-up ini tak kekal lama.


Pada saya Death ada 2 zaman. Sebelum album Human dan selepasnya. Selepasnya lebih kepada teknikal progresif. Individual Thought Patterns memang sangat progresif. Awalnya saya rasakan Chuck terover. Kekadang macam terlampau banyak rif yang cuba disumbat dalam sebuah lagu dengan durasi yang pendek. Macam bercelaru. Kekadang macam bukan lagu. Himpunan rif yang dikumpulkan jadi satu. Mungkin kerana itu kebanyakan lagu-lagu progresif biasanya panjang-panjang. Tetapi sememangnya album ini jenis grower. Makin lama dengar makin sedap. Durasi yang pendek menjadikan lagu-lagunya tidak membosankan. Mungkin inilah masaalah saya dengan lagu-lagu progresif yang panjang. Cepat bosan. Ternyata Individual Thought Patterns tidak begitu. Ini memang best!!!

Susah nak pilih lagu mana yang best. Tapi saya cukup suka lagu Overactive imagination, Jealosy, Trapped in a corner, Nothing is everything, Mentally blind, Destiny dan Out of touch. Senang cakap semua la. Solo-solo dan rif-rif harmoni dari Andy Larocque/Chuck Schuldiner memang best. Kalau tak kerana Heartwork yang diriliskan pada tahun yang sama. Ini sememangnya album extreme metal pilihan saya untuk tahun 1993.

Senang cakap tak death metal la kalau tak minat Death. RIP Chuck!




6 comments:

  1. Lum penah dengar lagi album ni..tapi kalo andy larocque ada dalam ni memang dah tentu best

    ReplyDelete
  2. Chuck is Death, Death is Chuck . Dengan ada nya sumbangan part solo dr Andy lagi lah unik album ni. Lagu feveret: Nothing is Everything, part solo melodi gitanye ade bunyi melayu sikit.memang sedapp... hehe

    ReplyDelete
  3. First time tahu ni band was time leprosy..sampai skarang masih jadi sebutan band ni

    ReplyDelete
  4. Scott Burns - Producer, Engineer. apa lagi nak kata?

    ReplyDelete
  5. Chuck Schuldiner, Andy LaRocqu, Steve DiGiorgio, Gene Hoglan, Scott Burns

    kombinasi super Death.

    Terbaek

    ReplyDelete