Tuesday, November 12, 2013

Kedai Kaset/cd....

Membaca etri deaf pasal Kedai HMV yang dah tutup buat aku terajin nak tulis pasal ni.

sekadar gambar hiasan
Sedih memang sedih. Pada sesiapa yang jenis macam aku dan deaf jer yang akan paham perasaannya bila satu demi satu kedai kaset/cd kena tutup. Kat JB ni lagi la hampeh. Majoriti kedai-kedai kaset yang dulunya tempat aku beli, lepak, tempat lari dari masalah dah kena tutup.

Dia sama lah macam ulat buku yang sanggup mengabiskan masa berjam-jam kat kedai buku. Spesis macam aku ni pulak sanggup berjam-jam membelek kaset dan cd. Heaven beb. Satu sifat aku yang orang rumah aku pun malas nak layan...tapi...sama la macam aku pun malas nak layan kalau time dia bershoping...aku ni jenis "awak pergi la nak tengok kasut ker handbag ker apa...saya duduk kedai kaset ni...nanti awak dah abis call saya"....Romantik Korea la sangat nak tolong pegangkan handbag sambil ikut bini bershoping.....hahaha...

Mungkin generasi macam kami semakin pupus. Generasi sekarang adalah generasi yang sangup mengadap pc berjam-jam untuk mendownload atau mendengar mp3 ataupun Youtube. Sedangkan bagi aku kepuasan mendengar muzik bukanlah hanya setakat di halwa telinga. Tetapi ianya juga untuk tatapan mata dan tapak tangan. Membelek-belek cover dan inlay sambil membaca lirik, thanks list, gambar adalah satu perasaan yang tak boleh nak digambarkan. Heaven!!!!

Tapi tu lah apa nak buat...zaman dah berubah...orang zaman sekarang dah tak beli cd...tu yang kedai cd banyak lingkup dah...membeli cd dan mengumpulnya dah macam hobi yang mahal pulak...apatah lagi vinyl...ni macam hobi orang-orang kaya dah...aku pun tak larat...

JB ni lagi banyak giler dah kedai kaset yang tutup. Yang tinggal jenis jual dvd karaoke atau cd lagu indon atau cina jer yang banyak. Bosan. Aku pun sekarang lebih pada beli on-line. Mana la nak cari cd-cd metal kat kedai cd kat JB ni....Tapi tu la...feel beli on-line tak sama macam beli kat kedai. Kena macam zaman kaset dulu....tak cakap pun towkey kedai tetap bukak try dengar dulu...sekarang mana ada try2 kan?...

Komtar renovate. Kotaraya dah takder kedai cd. Angsana tinggal satu kedai tapi jenis hampeh. Tower Record Permas dah lama bungkus. City Square lagu cina. Plaza Pelangi pun sama jer. Tinggal harap Jusco Tebrau jer...tu pun Harris ngan Speedy banyak jual lagu cina/kpop jer. Mungkin orang cina jer kot masih banyak beli cd...ntah la...tempat lain aku tak pergi sangat...jauh dari rumah dan tempat kerja...

Nantilah rajin aku sambung part 2 kedai-kedai kaset yang jadi kenangan untuk aku...




61 comments:

  1. paling2 pun harapkan speedy video jela yg ada jual, tu pun tgk branch... ada branch yg byk album2 latest tak kira genre (termasuk metal), ada pulak yg mcm ko cerita kat atas tu (vcd karaoke, k-pop)

    btw, bintulu takde speedy video atau yg setaraf dgnnya (antara sebab aku beli cd online/ebay)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal...sekarang harap speedy ajer...tu pun JB yg Angsana punya dah tutup...

      Delete
    2. kalau kat KK atleast masih ada goblinz dan halloween (KKplaza) yg ada jual CD2 metal (ori dan versi asialink)

      kat penang aku tak pasti, kedai auntie alice (dB music, komtar) masih wujud lagi tak? ni tempat aku selalu belek2 CD waktu djaman wasted years kat penang - nak book atau tolong simpankan CD (takut org lain beli) pun blh kat dB ni...

      Delete
  2. Aku pun sama jugak keadaan mcm Ijau, lebih prefer beli cd online aje. Kesimpulannya kebanyakan geng2 blogger kita ni masih menghargai muzik melalui medium seperti kaset, cd mahupun vinyl...kita pun pandang jugak format mp3 cuma sentimental value utk medium cd kaset dan vinyl masih tinggi di pandangan kita...perghh ayat klasik ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..aku sokong apa yg adi cakap (y) <-- mcm facebook

      Delete
    2. nampak sangat geng2 blogger ni kita ni semua warga tua....hahahaha....

      Delete
  3. Aku baru nak tanya kedai tower records kat permas tu ada lagi ke tak,pasal dah lama tak kesana..
    Komtar n kotaraya dulu2 jugak best..cakap je nak cd apa semua ada..sekarang ni pun kalau nak cari cd aku pegi amcorp atau vintage market kat chowkit..banyak pilihan bebanding rock corner..bila dok belek lama2 dlm rock corner tuan kedai dah jeling semacam je
    "Membeli cd dan mengumpulnya dah macam hobi yang mahal pulak...apatah lagi vinyl...ni macam hobi orang-orang kaya dah...aku pun tak larat..." Err..terdapat ayat sindiran di situ..heheh.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya duk KL banyak lagi kot tempat nak belek2 cd....

      Delete
  4. Komtar, Kotaraya... perghh kedai2 keset kat jb dulu gempak beb... dulu la... sedih.. tiram pun ada kedai apek tu kan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. beb...kedai apek Tiram tu masa zaman kaset apache dia muda belia lagi...aku punya kaset apache semua beli situ...rock oo kedai tu dulu....dubbing pun dulu kat situ....sekarang banyak cd indon je kot....hahahaha..

      Delete
    2. sekarang dia 'dubbing' cd dvd pulak hehehe

      Delete
  5. kat KL banyak lagi... rock corner, victoria music dan kalau nak bajet, amcorp mall hari sabtu/ahad untuk CD terpakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...KL banyak lagi tempat nak cuci mata...tapi kalau nak gi KL dari JB selalu...mampus...layan on-line je la nampaknya...

      Delete
  6. bebudak zaman sekarang tak menghargai "hard copy". memanjang je soft copy....

    ReplyDelete
  7. Membelek inlay cd/kaset sambil dgr lagu amatlah best berbanding mp3.. Kaset skrg tgh giler.. Rege mencanak naik..lg kaset rock melayu.. Kaset pop pon market rm30 hohohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujung 80an dulu kaset melayu paling mahal pun RM9 ajer...omputeh baru RM11....

      Delete
  8. Kalau perasan, packaging artis cina, korea, jepun sangat menarik. Dorang pandai buat promosi untuk pendengar beli cd dan merchandise original. Cina sanggup beli cd ori, beli poster pun original...tu pasal artis2 dorang hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni aku sokong...ko tengok dia punya boxset cantik2....

      Delete
  9. Kat KL ni paling nostalgic kat Campbell @ Pertama Kompleks...masa gila kaset/CD dulu kalau dengar mesti sambil belek cover dengan inlay album tu...tinggal kenangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling best zaman dulu beli kaset mesti dapat poster...

      Delete
  10. sebagai sorang kartunis ( baru nak mula tahun 80an dulu - zaman kaset bukan mp3 ), ilustrasi kat cover album rock, metal adalah antara bahan rujukan paling penting pada gua. bukan saja ilustrasi tapi gak logo band. cam lu cakap, tengok cover dah bedarah idung walau tak ada sen nak beli! punya la syok masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua dulu beli Gelihati pasal ada kartun lu...serius best bro...heheh...

      Delete
  11. Kedai Kaset Tony lagi sadis kat Pontian. Bukan setakat tutup, siap terbakar dan dirobohkan bangunannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pontian takder kedai kaset eh?...tu hari aku pusing2 satu Pontian tak jumpa pun...

      Delete
  12. Plaza Pelangi tmpt aku beli dvd yg indah2 tu dulu...huhuhu.

    ReplyDelete
  13. kedai kaset/cd dah pupus..PD ada satu...tapi banyak CD tiruan..emmmm

    ReplyDelete
  14. Tangkak ada satu , gila kecik kedi dia. nanti aku ambik gambar.

    Melaka masih heaven. Kedai rekod Inferno dan Apatah satu lagi kedai kat Mahkota parade masih gagah lagi..... setanding dengan victoria kl. selain kedai Spantas (speedy)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best la ko selalu turun Melaka...tu hari aku ronda2 Kota Tinggi pun hampeh...ada la kedai yg kat Plaza Kota Tinggi tu...tapi jenis hampeh juga la...nak cari cd asialink ada la...

      Ok lagi Muar kot...tapi Mersing pun hampeh...dah 2 tahun aku ulang alik mersing tak jumpa satu kedai pun...

      Delete
  15. Yer kat Melaka kedai kaset Inverno dgn Yee Haii masih ada kat Mahkota Parade , Yee Haii pun masih ada cawangan di Jln Bunga Raya , Melaka dan Wetex Parade Muar tp tak tau la sampai bila dia orang boleh bertahan ...kat Batu Pahat ada satu kedai Melayu kat terminal bas , cawangannya pun ada bersebelahan The Store

    ReplyDelete
  16. meh datang 2 suara kota tinggi, aku cari CD kat sini je. Kalau xde CD yang aku nak biasanya aku akan order guna phone. Kaset ada tapi tak banyak, semua sebab bahana banjir yg melanda last time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 suara kat mana?..kat Plaza Kota Tinggi tu eh?..tak banyak pilihan...tu hari nampak black sabbath remastered...tapi harga cekik darah la...baik beli on-line jer...

      Delete
  17. kalau jumpe kedai CD/Kaset area Johor ni bgtau la ye.. dah sangap ni..heheeh

    ReplyDelete
  18. Guys, Sabtu (30/8) ni plan nk bertualang ke Melaka, so ada tak kedai CD best2 kt sana.

    ReplyDelete
  19. Ok bos, TQ. Saya akan menyelam kedai2 CD di sana, harap2 dptlah album Iron Maiden dan Manowar!

    ReplyDelete
  20. CDKarat di Bazar Karat Pasir Gudang (area Pusat Bandar berhadapan Hentian Bas) Beroperasi pada setiap Khamis--Ahad jam 8mlm-12tghmlm. Pelbagai CD baru dan terpakai dijual di sana.

    ReplyDelete
  21. Kt bazar karat pasir gudang ni port baik cari cd metal/rock

    ReplyDelete
  22. Kt bazar karat pasir gudang ni port baik cari cd metal/rock

    ReplyDelete
  23. mana link zine xde pun bos...ke kena byor baru dapt?

    ReplyDelete
  24. Bang nak beli online mcm mana? Apa nama kedainya..tolong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari Zan Din kat facebook atau whatsapp 012 3015021

      Delete
    2. agak2 bro tu jual album lama band hujan tk?

      Delete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Replies
    1. mana nak cari koleksi scorpion dgn gnr ye?

      Delete
    2. paling mudah guna online...atau e-bay...

      Delete
  27. Di Johor kedai CD yg masih hidup ada di KSL Plaza (JB), Kedai Raden (BP sebelah dgn stesen bas BP), kedai Auntie dalam Econsave Segamat (Segamat), Pusat Video Soh Seng (Yong Peng), Dua Suara (Kota Tinggi). Itu antara yg aku confirm masih wujud di tahun 2017 ni. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dari kota tinggi johor. Rasanya dua suara yg plg bnyak cawangan dah mcm hilang trus, cume bukak kedai kecik je brdekatan basstop kota tinggi.

      Delete
  28. Sy sedang mencari Tape @ kaset kosong untuk buat rakaman. Dekat mana sy boleh dapatkan kaset @tape kosong, sapa boleh bantu secpat mungkin, sila hubungi sy 011-29713465. Syakirin. Mohon bantuan. T,kasih. Kota tinggi johor. (11/9/2017)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya benda2 macam ni kena cari kat online jer sekarang...kat kedai memang dah tak jumpa...

      Delete
  29. Boleh tolong cari kan tak lagu english agak2 tahun 1993 kulit album depan gambar sebiji oren ada pernah nmpk tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm...tak pasti...lama dah tu...kalau tau apa genre atau tajuk lagu atau sapa penyanyinya mungkin juga boleh cari...

      Delete
  30. assalamulaikum tuan...
    Compom ke kt kota tinggi ada jual kaset lama...
    Yg owner kt bazar karat mention..tutup sbb pkp..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... entah la tak pasti... dah lama juga tak ke sana...

      Delete