Friday, May 9, 2014

Handful of Rain

Antara album kegemaran dari 20 tahun yang lalu...


Savatage - Handful of Rain (1994)

Tak ramai yang tahu pasal Savatage. Tapi bagi yang biasa dengan blog ini, pasti tahu yang saya adalah peminat tegar mereka.

Handful of Rain diterbitkan 10 bulan selepas kematian Criss Oliva. Sebenarnya album ini boleh sahaja di panggil sebagai album solo Jon Oliva kerana semua alatan muziknya dimainkan oleh beliau seorang. Menang hebat dia ni. Anggota yang lain seperti Johnny Lee Middleton dan Steve Wacholz tidak terlibat kerana mereka masih berkabung. Mungkin ini satu tribute dari Jon untuk adiknya. Malah bab vokal pun asalnya dinyanyikan oleh Jon. Cuma kemudiannya Zachary Stevens di panggil.

Tambah menarik, atas cadangan syarikat rakaman yang mahukan nama besar, Alex Skolnick (Testament) di jemput untuk menyolo. Seperti yang pernah saya katakan dulu, saya menyukai Testament kerana kerja gitar beliau. Yang bestnya Alex tidak cuba untuk menjadi Criss. Pada saya memang tiada siapa yang boleh menggantikan Criss. Memang bunyi solonya agak berlainan tetapi secara keseluruhannya ianya masih Savatage yang dulu. Mana mungkin jadi lain bila kebanyakan rif dan bahagian rythm gitarnya dimainkan oleh Jon.



Sebuah album yang sedikit emosi tetapi masih mempunyai lagu-lagu rancak yang bagus seperti "Taunting Cobras" dan "Nothing's Going On". Semua lagu pun sedap-sedap.Terdapat juga lagu tribute untuk Criss, "Alone You Breathe". Tetapi yang paling menarik perhatian saya adalah lagu epik ala "Bohemian Rhapsody" yang berjudul "Chance".

Seperti biasa Savatage tidak pernah mengecewakan saya. Selagi Jon masih ada, visi dan legasi Criss dalam Savatage akan terus berkekalan. Sayang line-up bersama Alex Skolnick ni tak bertahan lama. Walaupun begitu sempat juga mereka mengeluarkan rakaman live "Japan Live '94". Ni nanti tahun depan buat entrinya sempana 20 tahun...

Terbaik!!









4 comments:

  1. Baru tejumpa minggu lepas kat Amcorp..dah baca review ni nak kena beli jugakla Kalo tejumpa lagi skali

    ReplyDelete
  2. dulu aku nak beli cd Savatage live yang ghost in the ruins kot? dah lupa title live tu.
    tapi then dia cd kembar ngan Handful of Rain ni..2 for price of 1 gitu.
    Untung la aku haha

    ReplyDelete
  3. apa barang Savatage....Poison la baru auuuuuuuuu!!

    ReplyDelete