Friday, May 2, 2014

Litar Api Rock

Sempena Konsert Blues Buat Teman di Persada, Johor Bahru malam ini nanti.

Kaset yang dah 20 tahun usianya...


Ramli Sarip - Ziarah Seni (Litar Api Rock) - 1994

Ada benda yang pada ketika itu kita rasa tak best sangat tetapi beberapa tahun kemudiannya kita rasa rugi pulak kerana tidak memilikinya.

Ini berlaku pada saya bila Ramli Sarip mengeluarkan Box Set bertajuk Ziarah Seni 20 tahun yang lalu. Di dalamnya mengandungi 4 disc/kaset yang dibahagikan mengikut tema-tema tertentu sepanjang karier beliau dari tahun 1979 hingga 1994.

1 - Litar Api Rock - Mengandungi lagu-lagu popular beliau ketika bersama Sweet Charity.
2 - Muzik Jalan Terus - Lagu-lagu dari album solo selepas meninggalkan Sweet Charity.
3 - Asli Dan Tulus - Lagu-lagu yang bertema kerohanian dan ketuhanan.
4 - Muzik Jelata - Lagu-lagu yang berkonsepkan kemelayuan dan nusantara.



Disebabkan pada ketika itu saya masih berjiwa muda (sekarang pun...heheh), saya cuma membeli 2 daripada 4 kasetnya. Litar Api Rock dan Muzik Jalan Terus. Itupun saya telah kehilangan kaset Muzik Jalan Terus.

Pernah beberapa kali dulunya terserempak dengan versi cd box set ini di kedai kaset tetapi tak pernah pulak terpikir untuk membelinya. Sekarang jangan haraplah nak jumpa. Kekadang ada juga rasa menyesal. Takper lah bukan rezeki saya untuk riak box setwi...heheh....

Apa-apa pun kepada sesiapa yang pergi ke konsertnya malam ini (Portdy?)...saya ucapkan selamat berhibur. Saya tak pergi. Tak cukup tegar untuk melihat Ramli Sarip secara solo. Konsert ni sepatutnya berlangsung bulan lepas. Tetapi demi menghormati tragedi MH370, ianya ditangguhkan ke malam ini.





5 comments:

  1. "Ada benda yang pada ketika itu kita rasa tak best sangat tetapi beberapa tahun kemudiannya kita rasa rugi pulak kerana tidak memilikinya"

    kalau dlm kategori muzik tempatan mmg byk aku melepas - *ella usa, awie solo debut, *search bikin wilayah, *ramli sarip a-live, medley rugged XPDC (to name a few)

    *syukur dah diperolehi

    ReplyDelete
  2. skg orang sanggup bayar rm500 boxset tu,mungkin lebih lagi..

    ReplyDelete
  3. Yang aku teringin tak penah dapat sampai sekarang yg da tentu rare ialah Search buku fenomena tu..kalo tak silap skali dengan live album kot

    ReplyDelete
  4. Best yang cd punye boxset, ngan buku dia pun best.

    ReplyDelete
  5. Saya tak pergi, ada agenda yang dah ditetapkan.. (jamming bersama otai band)

    maybe simpan duit untuk konsert di IB nanti.

    ReplyDelete