Thursday, May 1, 2014

Throwback Thursday : Indiana Jones and the Temple of Doom

Kali ini pasal filem...secara tak sengaja tertengok filemnya kat tv2 beberapa minggu lepas...

Zaman aku budak-budak dulu memang jarang berpeluang menonton filem di tahun ianya diriliskan. Biasalah budak kampung. Biasanya dah beberapa tahun selepas tu...main kat tv...barulah berpeluang menonton. Zaman dah sekolah menengah...dah besar sikit barulah pandai berpanggung wayang atau menyewa tape video.

Cerita pertama yang aku berpeluang menonton ketika tahun ianya diriliskan adalah ini...

Indiana Jones and the Temple of Doom (1984)


Tu pun bukannya tengok kat panggung...tapi di sekolah. Benda ni aku pernah cerita masa entri pasal filem E.T...rujuk >SINI<

Indiana Jones ni aku dah tahu semasa filem dia yang pertama lagi, Raiders of the Lost Ark. Tapi tak pernah tengok pun. Aku semenjak kanak-kanak, lebih tepat lagi semenjak mak aku belikan t-shirt ada gambar "JAWS" masa aku umur 5,6 tahun lagi aku dah pandai minat filem. Tak pernah pergi panggung pun tapi aku rajin belek-belek suratkhabar kat bahagian iklan filem apa yang tengah main kat panggung. Suka semak filem apa yang paling lama bertahan kat panggung. Dulu siap ada tulis "Minggu yang ke 3"...atau "minggu yang ke 4" dan seterusnya untuk filem yang bertahan lama main kat panggung. Paling aku ingat filem "Breakdance" la...sampai minggu ke 9 kot...lama giler main kat panggung.

Aku rasa Indiana Jones ni lah filem pertama yang buat aku suka dengan genre adventure. Besar pengaruhnya pada aku. Tu jam aku memang suka Harrison Ford walaupun tahu nama tapi bukannya dapat tengok filemnya pun. Setahun sebelum tu dia popular dengan Blade Runner kan. Tu pun beberapa tahun selepas tu baru dapat tengok. Filem dia masa tu yang aku pernah tengok pun cuma Star Wars dan The Empire Strikes Back. Mungkin kat TV channel 5 Singapura atau mungkin tengok kat rumah jiran yang ada VHS player. Lupa dah...30++ tahun yang lalu. Tapi sepatah haram pun aku tak paham...maklumlah zaman budak-budak...bukan paham sangat pun bahasa omputeh ni. Temple of Doom ni pun aku tengok aksinya ajer...dialognya bukan paham...tak dengar sangat pun...maklum lah tengok ramai-ramai dalam bilik TV.

Baru-baru ni bila tengok balik cerita ni, aku masih rasa ini adalah antara filem adventure terbaik yang pernah dihasilkan. Tak kisahlah kalau teknologinya dah lapuk. Tapi rasa cemas dan lawaknya memang aku masih dapat rasa. Terasa macam zaman aku budak-budak dulu.

Mana lah perginya budak Vietnam yang jadi sidekick Dr. Jones tu yer...Tak silap aku lepas The Goonies dia terus senyap. Mungkin susah nak dapat watak agaknya. Banyak mana sangat la filem hollywood yang heronya bangsa asing. Satu lagi bini Steven Spielberg, Kate Capshaw tu...sempat la aku jatuh cinta dengan dia sekejap sebelum Phoebe Cates muncul dalam filem Gremlins....heheh...

REKOMENDED!


***bila pertama kali dengar Sepultura - "Troops of Doom" terus aku terbayang "Temple of Doom"...dan tak perlu lah aku belek-belk kamus pasal dah paham dah apa makna Doom...heheh...






8 comments:

  1. Movie breakdance adalah movie pertama dan pertama kali aku masuk panggung wayang masa bebudak dulu..sebelum step up 1,2,3,4 wujud..ironinya,baru malam tadi aku beli boxset collection indiana joned ni bro..kebetulan pulak ko review.terbaik lah..klmj.
    Err..btw,aku pun kena keja jugak harini daa..bangla n nepal je cuti..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la beb...tadi aku turun nak lunch...kat CT Square ni penuh ngan bangla,nepal,indon,vietnam jer berkeliaran....heheh...

      Delete
  2. dulu aku ada complete trilogy VCD filem IJ ni (dan beberapa filem trilogy lain) kumpul djaman USM dulu... hah! la ni abang aku pulak yg tapau semua VCD aku bila aku start kerja kat bintulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dulu pun ada kumpul vcd dia...tapi biasa la...versi jack sparrow...rasa macam tak bernilai...bila dah takder space nak simpan...aku buang....sekarang macam rasa nyesal pulak...

      Delete
  3. everything ko type ni kan.. SAMA!! SEBIJIK!!!! hahahahaha....
    betul2 nye memori la baca posting ni...
    Gremlins pun ada hahhahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la beb...bila orang2 tua bernostalgia...hahahaha....

      Delete
  4. Diantara semua 4 filem Indy ni, Temple Of DOon yang terbaik..


    tetiba teringat Legend Of Doom

    ReplyDelete