Tuesday, August 5, 2014

Bon Jovi

Sempena 30 tahun dah usianya…


Bon Jovi – Bon Jovi (1984)

Album pertama Bon Jovi yang tidak menjemukan. Ianya berbeza dengan muzik yang mereka mainkan sekarang. Sayangnya mereka telah berubah tetapi saya tidak. Mungkin saya yang terlalu bernostalgia. Sememangnya selera muzik saya tersangkut di tahun 80an.

Lagu “She Don’t Know Me” akan sentiasa mengembalikan memori zaman sekolah menengah saya. Video clipnya dari tape video VHS Bon Jovi – Slippery When Wet telah saya tonton berulang-ulang kali hampir setiap hari hingga naik hafal liriknya walaupun pada ketika itu tidak mempunyai kasetnya.



Tape video tersebut adalah antara tape video terawal yang saya tonton kepunyaan abang selepas keluarga saya mempunyai pemain VHS di rumah. (Tak berapa ingat...mungkin pada tahun 1987 atau 1988). Tetapi yang menariknya kisah lagu tersebut mengingatkan saya kepada rakan perempuan di sekolah yang wajahnya mirip seperti Phobe Cates tetapi oleh kerana tidak berani memulakannya sehinggalah beliau berpindah sekolah. Akhirnya melepas. Heheh...

Mungkin itu juga jadi penyebab kenapa album ini sangat bernostalgia walaupun saya tidak pernah mempunyai kasetnya sehinggalah membeli cd ini beberapa tahun yang lalu.

Untuk ulasan saya dari tahun 2009 sila klik >SINI<





7 comments:

  1. hyperlink entri lama tu ada masalah "http://bon%20jovi%20st/"

    ReplyDelete
  2. Dorang empat keep fit la eh, maintain sampai sekarang..
    Jon Bon Jovi tiga jam lompat2 lari2 nyanyi2 relaks je, betul2 nye showmanship terbaik la.
    Ritchie Sambora ntah hapa2 je la kan...sibuk ngan anak, tapi round the world ok je aku tengok, aku speculate memang betul la pasal dia tak puas hati pasal duit.
    Alec Jon Such apa jadi eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ritchie Sambora sekarang sibuk berkepit je ngan Orianthi Panagaris...mana dia ada masa nak join Bon Jovi.....

      Alec Jon Such sejak kena pecat memang hilang dah...ada rumour cakap bukan dia yang main dalam semua album BJ...memang dari awal pun Hugh McDonald yang main..

      Delete
  3. Serious alec jon such...
    Mintak maaf la ye, aku dulu buruk sangka aku ingat dia kena sakit yang ituitu tu cam freddie, tu la terus hilang hahahaha...

    Anyway, new jersey aku yang 2cd je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pernah terbaca yang sejak lagu 1st "Runaway" tu...memang Hugh McDonald yang main...tapi biasa la muka tak hensem dan tua sikit...Jon tak suka....hahaha...

      Delete
  4. Hahaha..tak Ku sangka playboy jugak rupanya dolu2 eh..heheh..sama la ngan aku bro,citarasa muzik banyak tesangkut pada era 80an..mungkin telinga ni boleh terima muzik rock dulu2 era analog jek

    ReplyDelete