Monday, September 29, 2014

Bukit Bendera

Ini tempat wajib pergi bila dah sampai Pulau Pinang...sekurang-kurangnya pun sekali...kalau tak...macam tak sah la dah sampai Penang...

pintu masuk station...leceh sini bab nak cari parking..parking celah-celah tepi jalan pun kena bayar RM5

Tak pasti pulak kenapa namanya bendera. Memang tak jumpa pun bendera kata atas bukit ni...Tapi kalau tak silap ketinggiannya mencecah 2700 meter daripada paras laut.

view dari dalam gerabak keretapi

Ini kali kedua sampai sini. Yang pertama dah dekat 20 tahun pun. Lama sangat dah. Masa tu naik bukit ni pun masih guna keretapi kabel bukannya keretapi letrik macam sekarang ni.

Tiket kalau warganegara cuma RM8 dewasa dan RM4 kanak-kanak untuk pergi balik. Kalau ambil pakej keluarga lagi murah.

Bab beratur panjang masa nak naik tren tu standard. Kena kalau time cuti sekolah. Biasa la tu...


En Pilot
Aku lupa pulak nak ambik gambar keretapinya. Dah la dalam gerabak sesak...malas pulak nak ambil gambar...dia bukannya ada berapa limit pun..selagi ko sanggup bersesak-sesak macam kau naik bas sambung-sambung...takder hal punya...terutamanya bila time turun.

Cuma time turun tu aku dapat berdiri sebelah En Pilot. Dapatlah tengok macamana caranya bawak keretapi ni. Semua auto...guna komputer. Dia ada dua tren, satu naik dan satu turun. Kena set la kat mana tempat dia berselisih tu. Kalau tak abislah berlanggar. Tak silap aku dalam 5-10 minit jer kot dah sampai.

view dari upper station
Sebelum naik tu ada seorang uncle cakap, kalau hujan...jangan naik...bukan pasal apa...view tak cantik...dan nasib kami agak malang....masa kat bawah panas...tup-tup sampai atas...baru nak bergambar...hujan lebat...nasib juga tak lama...


Tapi kalau pikirkan balik betul juga...kat atas tu bukannya ada apa pun sangat...harap dia punya view la cantik....dari dulu pun bila orang tanya aku.... "Apa ada kat atas Bukit Bendera?"...benda yang aku terpikir nak jawap adalah "balai polis dan pejabat pos"...

hahaha...seperti gambar kat atas...Dua-dua mercu tanda Bukit Bendera ni masih gah sama macam apa yang aku tengok hampir 20 tahun yang lalu..


Satu lagi yang dah lama ada...Masjid dan kuil disebelahnya...Masjid ni dirasmikan pada tahun 1966...mungkin ini antara masjid tertinggi kat Malaysia selain yang ada di Cameron Highland.


Kepala keretapi kabel yang lama. Tak ingat dah yang 20 tahun dulu aku naik tu adakah sama yang macam ni...

Kawasan kat atas tu tak lah luas mana. Tapi lenguh juga la kalau berjalan. Maklumlah banyak kena mendaki bukit. Kalau banyak duit boleh la sewa kenderaan yang di panggil taxivan. RM30 untuk 4 orang dan RM50 untuk 6 orang. Pusing-pusing puncak bukit tu dalam 15-20minit. Tak berbaloi untuk aku...baik jalan kaki...exercise :P


Tapi banyak juga yang dah berubah dengan tarikan terbaru...antaranya kafe dan Muzium Burung Hantu atau The Owl Museum. Tak masuk pun. Mahal. Kalau tak silap RM10 untuk orang dewasa. . Lagi satu  yang boleh tahan mahal adalah taman-taman berbayarnya. Contoh Taman Halia. RM8 untuk dewasa, RM5 untuk kanak-kanak sedangkan keluasan tamannya tak lah sebenar mana.

under lock and key...rasa macam kat Paris la pulak...
Satu lagi yang terkini ala-ala "Lover Bridge" kat Paris yang macam kat dalam filem "Now You See Me" tu. Aku pun tak faham apa motif dan kaitan antara pasang mangga dengan Bukit Bendera. Siap ada orang jual mangga kat atas tu. Pandai diaorang buat bisnes. Aku pun tak tanya berapa RM dia orang jual. OK..aku baru tau anak aku cakap kat Korea pun ada benda macam ni. So sapa yang nak Kpop lah sangat...sila bawa mangga bila naik Bukit Bendera...hahaha...


Ni pula view kat belah station nak turun. Ada teropong bayar RM1 boleh tengok view Pulau Pinang. Macam aku cakap awal tadi la...kalau cuaca cantik..memang cantik dia punya view...


last...my family...iskh...siapa la ambik gambar bergoyang ni...  :P




Friday, September 26, 2014

Crusader

Juga yang menyambut ulang tahun ke 30....



Saxon - Crusader (1984)

Ini adalah antara album lama Saxon yang baru beberapa tahun lepas saya berpeluang untuk dengar. Mungkin ada bagusnya juga. Telinga yang semakin tua ni rasa seronok pula mendengar irama heavy metal yang lebih pop komersial sebegini. Kalau zaman muda-muda tengah gila thrash dulu tak pastilah bagaimana....

Ini adalah antara album yang ramai beranggapan sebagai berakhirnya era NWOBHM. Mereka cuba untuk mengikut jejak langkah Def Leppard menjadi komersial dan menembusi pasaran Amerika. Sayangnya tidak semua band bernasib baik. Tidak pasti dimanakah silapnya. Tetapi pada saya banyak juga lagu mereka yang bagus.

Tetapi yang pastinya tiada lagi sound kasar NWOBHM. Kini Saxon lebih kepada heavy rock n roll dan hard rock ala Amerika yang lebih komersial. Jika anda tak berkira hal tersebut, album ini sebenarnya agak bagus untuk genrenya. Lagu yang menjadi tajuk album (crusader) adalah satu-satunya lagu yang pada saya masih ada pengaruh NWOBHM. Melodinya sedap, tetapi sayang...liriknya tidak sesuai untuk kita yang beragama Islam. Walaupun saya pernah terbaca yang asalnya perkataan "crusader" tu mereka ambil bersempena dengan nama kereta Ford Cortina Crusader. Tetapi yang nyata, liriknya memang berkisar perihal perang salib contohnya ayat "To battle, the Saracen hordes".


Walaubagaimanapun lagu lainnya bebas dari lirik yang berunsur sebegitu. Kebanyakannya liriknya berkisar perihal rock and roll. Contohnya dalam lagu-lagu seperti "A Little Bit of What You Fancy", "Just Let Me Rock", "Bad Boys (Like to Rock N' Roll)" dan "Rock City". Tetapi lagu yang menarik perhatian saya adalah lagu kaver dari kumpulan Sweet, "Set Me Free" dan lagu cintan mid-tempo "Do It All for You".

Kesimpulannya...ianya bukanlah permulaan yang baik jika anda baru hendak bermula mendengar Saxon. Cuba cari album-album yang lebih awal terlebih dahulu.






Thursday, September 25, 2014

Warm Bodies



Warm Bodies (2013)

Saya tertarik untuk menonton filem ini setelah membaca ulasan Saudara Raimi Faithcraft dalam blognya Khusyuk Kematian >SINI<

Sayangnya saya tidak dapat mencari masa untuk menontonnya sehinggalah ianya di tayangkan Astro HBO HD 2 malam yang lepas.

Apa yang Saudara Raimi tidak sebut secara khusus adalah berkenaan soundtracknya. Kalaulah beliau katakan yang zombie bernama R (hero filem), mempunyai koleksi vinyl dan memutarkan pula lagu-lagu seperti Missing You – John Waite, Patience – Guns N’ Roses, Hungry Heart – Bruce Springsteen dan Shelter from the Storm – Bob Dylan. Sudah pasti saya tidak akan berlengah-lengah untuk menontonnya.

Iyer...ianya sebuah filem cinta. Tetapi ideanya pada saya agak asli. Jarang kita dapat menonton filem zombie dari pandangan seorang(?) zombie itu sendiri. Tipikalnya zombie itu jahat. Tetapi filem ini membawa kita kepada sudut yang berlainan. Menarik!

Nak baca ulasan yang lebih mendalam, sila ke blog Khusyuk Kematian. Cerita yang ada riff "Rock You Like a Hurricane" didalamnyanya walaupun setakat beberapa saat adalah wajib di tonton oleh semua mat rock walaupun ceritanya tak rock...hahaha...

Oh ya...zombie pun tahu kenapa dia memilih vinyl. Anda pula bagaimana?...rachun...rachun...huhu...




Wednesday, September 24, 2014

Wordless Wednesday : Slippery When Wet





merujuk kepada posting pertama saya untuk tahun 2014 >SINI<  akhirnya album klmj ini berjaya juga saya miliki dalam bentuk vinyl....




Tuesday, September 23, 2014

Masjid Kapitan Keling

Cerita perihal bercuti ke Pulau Pinang tempohari saya mulakan dari sini...salah sebuah masjid lama yang bersejarah...bukan sahaja di Pulau Pinang...tetapi di Malaysia.


George Town ni banyak bangunan lama. Cantik-cantik pulak tu. Mungkin pasal tu la UNESCO bagi pengiktirafan sebagai World Cultural Heritage Site. Masjid Kapitan Keling ni salah satu contohnya.


Tak pasti pula ejaan yang betul...Keling ker Kling?...kat luar tulis Keling...kat dalam Kling....Contohnya kat sini ni tertulis "Kling".


Tetapi yang pasti senibinanya unik. Contohnya menara ini. Di adaptasi dari senibina Moghul. Maklum lah masjid ini asalnya di bina oleh komuniti India Muslim yang datang berdagang sejak dari tahun 1800.


Walaubagaimanapun, ianya bukanlah yang asli. Banyak kali dah kerja-kerja baik pulih dilakukan, Paling terkini kalau dari apa yang saya baca adalah pada tahun 2003.


Saya pernah bersolat jumaat di masjid ini 13 tahun yang lalu. Ketika itu khutbahnya dalam bahasa tamil. Sama seperti khutbah jumaat di Masjid India Kuala Lumpur ataupun Johor Bahru. Tak pasti pula sekarang. Adakah masih menggunakan bahasa yang sama.



Yang uniknya, ianya masih mengekalkan kolam untuk berwhuduk. Terasa macam dulu-dulu waktu bersembahyang di masjid kampung.


Meriam yang terletak dihalaman masjid.Tak pasti apakah meriam ini sememangnya asal di situ atau sekadar untuk dijadikan perhiasan untuk tarikan pelancong.


Yang pastinya kalau berkunjung ke kawasan bandar George Town...sememangnya Masjid Kapitan Keling lah yang paling mudah untuk kita kunjungi bila hendak bersolat kerana lokasinya di tengah bandar.







Monday, September 22, 2014

Sentence of Death

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 10hb September yang lalu...


Destruction - Sentence of Death EP (1984)

Mereka adalah salah satu satu band yang dinobatkan sebagai "Big Three of Teutonic Thrash". Sayangnya saya agak terlambat untuk mendengar mereka. Malah saya mendengar Tankard terlebih dahulu.

Album "Release from Agony" adalah yang pertama saya dengar dari mereka. Itupun pada sekitar tahun 1990. Maklumlah disebabkan sumber pada ketika itu yang agak terhad, Sentence of Death cdnya pun cuma saya miliki hanya setelah mengenal e-bay.

Tidak dapat dinafikan pengaruh New Wave Of British Heavy Metal banyak mempengaruhi band-band sebegini tak kiralah walaupun di Bay Area mahupun Jerman. Sayangnya mereka agak underated jika hendak dibandingkan dengan band seangkatan dari Amerika. Padahal lagu mereka adalah setanding malah ada yang lebih bagus.

"Total Desaster" dan "Mad Butcher" adalah contoh lagu yang thrash yang bagus. Abaikan sound mereka yang agak kasar. Perkara begitu adalah biasa bagi produksi awal 80an. Tambahan pula ini hanyalah EP pengenalan dari mereka. Imej pun masih ala-ala Motley Crue. Tetapi album pertama mereka selepas dari ini, Infernal Overkill (1985) memang jauh lebih bagus.





Friday, September 19, 2014

Sudah Sampai Sini

Cuti cuti Malaysia 12hb September - 14hb September...









*kalau terer...namakan tempat2 di atas... ;)







Thursday, September 18, 2014

Perfect Strangers

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 2 hari lepas (16hb Sept)...


Deep Purple - Perfect Strangers (1984)

Saya telah didedahkan dengan muzik Deep Purple semenjak saya di zaman sekolah rendah. Tetapi minat saya pada muzik terutamanya muzik rock hanya mula berkembang apabila memasuki sekolah menengah.

Ketika di awal 80an, saya rasakan muzik rock adalah muzik yang ketinggalan zaman. Maklumlah zaman meningkat remaja adalah zaman yang kita akan terikut-ikut dengan trend semasa. Ketika itu adalah zaman new wave dan Duran Duran.


Tetapi lagu seperti "Perfect Strangers"lah yang telah mengubah minda dan selera muzik saya. Pada ketika itulah saya mula merasakan muzik yang mempunyai gitar disortion adalah lebih dekat kepada jiwa saya berbanding muzik yang berasaskan synthesizer. Saat itu saya kembali mengambil tahu perihal Deep Purple terutamanya era Mark II.

Mungkin ini album Deep Purple yang paling dekat dengan saya kerana ianya diriliskan ketika zaman saya tengah betul-betul kemaruk dengan muzik. Walaupun mendengar keseluruhan albumnya agak terlewat (sekitar tahun 1986), tetapi ini lah album Deep Purple yang paling banyak memorinya kepada saya. Walaupun The House of Blue Light di edarkan pada tahun 1987, tetapi ntah kenapa album tersebut terlepas dari pandangan.

Masih teringat-ingat ketika itu belatih bermain bass menggunakan gitar tong mengikut irama lagu "Perfect Strangers" sambil terangguk-angguk kepala membayangkan kononnya di atas stage berambut panjang sedangkan cuma berada di dalam bilik di hadapan radio kaset dan berkain pelikat... :)


Album reunion dari Mark II ni memang best. Ada 3 lagu wajib yang pada saya patut anda dengar. Track pertamanya "Knocking at Your Back Door", yang menjadi tajuk album "Perfect Strangers" dan slow rock klasik sepanjang zaman "Wasted Sunsets". Tak pernah dengar lagu-lagu ini, bermakna pengenalan anda kepada Deep Purple belum lagi lengkap.

Terbaik!


untuk versi vinyl...sila ke blog Xyrus Zone.







Monday, September 15, 2014

The System Has Failed

Yang menyambut ulang tahun ke 10 semalam (14hb Sept)



Megadeth - The System Has Failed (2004)

Ini adalah album yang saya kembali cuba untuk mendengar muzik Megadeth. Selepas Risk (1999), saya agak hilang (lost) dengan Megadeth. Tambahan pula ketika itu adalah zaman "hiatus" saya dengan muzik. Kononnya pencen dalam membeli muzik. Akibatnya album The World Needs a Hero (2001) tidak berapa saya endahkan.

Yang membuatkan saya agak tertarik dengan The System Has Failed adalah kerana kemunculam semula Chris Poland. Gitaris asal di zaman Killing Is My Business... and Business Is Good!  dan Peace Sells... But Who's Buying?. Saya suka solo-solo beliau malah berminat dengan album solo beliau Return to Metalopolis (1990). Sayangnya beliau hanyalah sekadar seasonist untuk album ini.

Tambahan pula ini adalah album "comeback" Dave Mustaine selepas hampir bersara dari muzik akibat penyakit tangannya itu. Tanpa Junior dan menggunakan seasonist sepenuhnya, album ini kononnya akan mengembalikan Megadeth ke zaman awal mereka. Lagu track pertama. "Blackmail the Universe" seakan-akan mengiyakan kenyataan tersebut. Tetapi track-track berikutnya ternyata yang Dave Mustaine walaupun menggunakan orang lama seperti Chris Poland tidak akan dapat mengembalikan zaman lama mereka.


Ada lagu yang menarik, seolah-olah seperti kembali ke era "Peace Sells" dan ada juga sekadar "boleh lah". Ada juga lagu yang seolah-olah Megadeth sudah kembali bermain thrash tetapi lagu yang lainnya seolah-oleh mereka adalah band hard rock. Agak kurang konsisten. Tetapi lagu-lagunya agak catchy. Jika anda tidak terlampau berharap yang ini adalah Megadeth di tahun 80an dan awal 90an (seperti saya), anda pastinya suka. Tetapi jika sebaliknya...pasti anda akan sedikit kecewa.

Tidak terlalu hebat...tetapi cukup menyakinkan untuk saya yang baru kembali mendengar Megadeth di waktu itu...sebuah album yang "grower".

Menarik!





Saturday, September 13, 2014

Tooth & Nail

Hari ini 13hb September...maka genaplah 30 tahun usia album klasik rock ini...


Dokken - Tooth & Nail (1984)

Mungkin ada yang mencebek. Maklumlah muzik glam/hair metal selalu dipandang sebagai muzik kelas ke 2 dalam kategori muzik ekstrim. Tetapi bagi sesiapa yang seusia saya, membesar di zaman muzik rock belum lagi serabut kategorinya. Muzik sebegini masih dianggap sebagai heavy metal dan Dokken adalah salah satu dari bintangnya.

versi riak vinylwi
Pada saya era kegemilangan Dokken adalah pada album Tooth & Nail (1984), Under Lock and Key (1985) dan Back for the Attack (1987). Saya tidak mengikuti album-album mereka yang selepasnya. Tak pasti adakah mereka menjadi kurang sedap atau sememangnya selera saya berubah selepas tahun 1989. Seperti kebanyakan budak-budak rock melayu yang trendy di zaman tersebut, muzik sebegini mula saya tinggalkan bila konon-kononya hendak menjadi "true".

Versi cd...riak signaturewi...ada tandatangan Don Dokken dan Jeff Pilson oo...

Pertama kali mendengar album ini melalui kaset pirate cap apache. Antara lagu yang kali pertama dengar dah suka adalah "Tooth and Nail", "Just Got Lucky", "Into the Fire" dan apa lagi kalau bukan lagu slow rock maut "Alone Again". Ini adalah antara lagu yang sering saya putarkan sehingga bolehlah ianya dikatakan menjadi antara soundtrack kehidupan zaman sekolah menengah saya.




Antara penyebab saya sukakan Dokken adalah kerana gitarisnya, George Lynch. Sejak pertama kali mendengar lagu "Tooth & Nail", saya sudah mula terpikat dengan sound, tone serta solo shred bergulung tetapi melodic beliau. Sememangnya beliau adalah salah seorang gitar hero saya. Suka betul tengok gitar ESP Skull N' Bones beliau dalam video clips masa zaman Under Lock and Key. Nampak ganas betul.



Versi vinyl ini saya beli setelah termakan pujuk rayu berachun rakan-rakan blogger dan member FB Vinyl Passion. Made in Germany terbitan tahun 1984 Elektra/Asylum Records.


Manakala versi cd pula dibeli beberapa tahun yang lepas. Antara cd terawal yang saya cari selepas kenal e-bay. 1st press. Made in USA. by WEA Manufacturing. Elektra/Asylum Records.

Tak sengaja terbeli yang ada sign Don Dokken dan Jeff Pilson. (tapi kalau seller tu sign sendiri pun bukannya saya tau...heheheh...)


Sesuatu yang berbeza di antara cd dan vinyl adalah gambar di inner sleeve ini. Di cd tiada cuma sekadar lirik.

Nampaknya hanya kaset yang saya tiada. Tetapi tidak mengapalah. Cukuplah sekadar ini sebagai kenangan-kenangan di zaman persekolahan saya.







Thursday, September 11, 2014

Animalize

Yang akan menyambut ulang ke 30 pada 13hb September ini...


KISS - Animalize (1984)

Ini adalah album yang membuatkan saya kembali mendengar KISS. Semuanya kerana lagu "Heaven's On Fire". Lagu yang terdapat dalam salah satu kompilasi Kerrang! versi kaset apache dan versi video tape VHS. Ianya adalah sebuah lagu hard rock atau mungkin boleh di panggil pop metal atau glam metal bagi mereka yang mementingkan sangat perihal genre muzik. Mungkin kerana selalu mendengarnya pada ketika itu menjadikan saya suka.

Bila dah suka, saya kembali mencari dan mendengar semula semua muzik KISS yang lama. Cerita ni ada saya ceritakan dalam entri berkenaan KISS dalam entri-entri saya yang lama. Kalau rajin, silalah baca.


Tetapi pada ketika itu saya tak tahu pun yang mendiang Mark St. John adalah gitaristnya. Beliau mungkin boleh dianggap seperti George Lazenby dalam filem James Bond. Mungkin kerana beliau juga adalah shredder seperti Vinnie Vincent. Makanya sound gitar antara mereka berdua ketika era "unmasked" KISS di tahun 80an seakan-akan sama. memang saya tak perasan. Animalize pun tak lari jauh dari Lick It Up (1983). Cumanya mungkin ianya terlebih pop maklumlah album ini sebenarnya lebih kepada citarasa Paul Stanley seorang.

Walaupun begitu pengaruh heavy metal 80an memang jelas kedengaran. Lagu-lagu seperti "I've Had Enough (Into the Fire)", "Under the Gun" jelas ada pengaruh band-band Hair Metal Sunset Strip dari Los Angeles. Memang pelik kan. Mereka menjadikan KISS sebagai pengaruh tetapi akhirnya KISS pula mengambil mereka sebagai pengaruh. Terbalik dah.

Walaubagaimanapun, album inilah yang membawa semula KISS ke dunia mainstream selepas tenggelam di era penghujung 70an.



Wednesday, September 10, 2014

Sudah Sampai Sini : Masjid Negara






Bila agaknya kali terakhir anda menjejakkan kaki di Masjid Negara?...
Adakah dulu-dulu zaman rombongan sekolah?...
kalau saya...06hb September 2014   05:30 pm....



Tuesday, September 9, 2014

Fistful of Metal

Lagenda thrash yang dah berusia 30 tahun...


Anthrax - Fistful of Metal (1984)

Lama dah cari cd ni. Akhirnya berjaya juga dimiliki awal tahun tempohari. Album pertama mereka yang satu-satunya menampilkan Neil Turbin sebagai vokalis dan Dan Lilker (Nuclear Assault) sebagai pemain bass.

Bukanlah album yang sesuai jika anda baru hendak mengenali muzik Anthrax. Ia sedikit berbeza dari zaman klasik line-up "Belladona,Ian,Benante,Spitz,Bello" mereka. Maklumlah ketika ini genre thrash baru hendak bermula. Fistful of Metal adalah antara album terawal dalam kategori tersebut.

Ini bukanlah thrash sepenuhnya tetapi sekadar permulaan untuk ke arah itu. Lagu yang terawal menggunakan perkataan thrash sebagai tajuknya "Metal Thrashing Mad" pun masih pekat pengaruh NWOBHM. Lagu kaver Alice Cooper "I'm Eighteen" walaupun agak menarik tetapi agak janggal kalau ianya hendak dipanggil thrash.

Vokal Neil Turbin tidaklah sehebat Joey Belladona. Adalah iras-iras klon campuran Rob Halford dan Paul Di'anno. Tetapi yang menarik perhatian saya adalah ketukan drum Charlie Benante. Memang power. Dan tak lupa juga solo shred melodic Dan Spitz contohnya dalam lagu  "Panic" dan "Subjugator.

Lagu-lagunya boleh tahan. Laju dan raw soundnya. "Metal Thrashing Mad" yang sering mereka bawa dalam konsert-konsert mereka sehingga sekarang adalah lagu pilihan saya. Sekali dengar pun dah terpikat. Walaupun begitu saya rasakan ianya tidak cukup kuat untuk menjadi sebuah "debut album" klasik seperti album-album lain yang seangkatan dengannya contohnya Kill Em All, Show No Mercy, Bonded by Blood mahupun Feel the Fire.