Cerita perihal bercuti ke Pulau Pinang tempohari saya mulakan dari sini...salah sebuah masjid lama yang bersejarah...bukan sahaja di Pulau Pinang...tetapi di Malaysia.
George Town ni banyak bangunan lama. Cantik-cantik pulak tu. Mungkin pasal tu la UNESCO bagi pengiktirafan sebagai World Cultural Heritage Site. Masjid Kapitan Keling ni salah satu contohnya.
Tak pasti pula ejaan yang betul...Keling ker Kling?...kat luar tulis Keling...kat dalam Kling....Contohnya kat sini ni tertulis "Kling".
Tetapi yang pasti senibinanya unik. Contohnya menara ini. Di adaptasi dari senibina Moghul. Maklum lah masjid ini asalnya di bina oleh komuniti India Muslim yang datang berdagang sejak dari tahun 1800.
Walaubagaimanapun, ianya bukanlah yang asli. Banyak kali dah kerja-kerja baik pulih dilakukan, Paling terkini kalau dari apa yang saya baca adalah pada tahun 2003.
Saya pernah bersolat jumaat di masjid ini 13 tahun yang lalu. Ketika itu khutbahnya dalam bahasa tamil. Sama seperti khutbah jumaat di Masjid India Kuala Lumpur ataupun Johor Bahru. Tak pasti pula sekarang. Adakah masih menggunakan bahasa yang sama.
Yang uniknya, ianya masih mengekalkan kolam untuk berwhuduk. Terasa macam dulu-dulu waktu bersembahyang di masjid kampung.
Meriam yang terletak dihalaman masjid.Tak pasti apakah meriam ini sememangnya asal di situ atau sekadar untuk dijadikan perhiasan untuk tarikan pelancong.
Yang pastinya kalau berkunjung ke kawasan bandar George Town...sememangnya Masjid Kapitan Keling lah yang paling mudah untuk kita kunjungi bila hendak bersolat kerana lokasinya di tengah bandar.
masa tresure hunt hari tu, lokasi terakhir kat pulau pinang ni, sayangnya bos ajak makan cendol saja ngan pekena nasi briyani.. lepas tu balik.. time tu aku belum ada blog, gambar2 masa tresure hunt tu pun dah ghaib semuanya..
ReplyDeletepernah lalu je... tak pernah masuk
ReplyDeletetapi paling kvlt masjid kat simpang komtar/gama/craven cafe
keling is suddenly a dirty word nowadays to some people...
ReplyDeletePeople's pride and ego mungkin...
Penah skali solat kat sini masa tahun 2004 dulu..awek2 mami pun leh tahan kat area town ni..hehehe
ReplyDelete'keling' cakap slow sikit ok huhuhu
ReplyDeleteAku masuk penang main billiard 2 hari, pastu balik. Tak sempat jalan mana2 sgt. Anak bini aku yg puas jalan2.
ReplyDelete