Wednesday, September 3, 2014

Burning Heart




Mungkin ramai yang tak kenal siapa Jimi Jamison...dan ramai juga yang tak tahu Survivor dan lagu "Burning Heart"...tetapi mungkin kalau anda adalah peminat filem Rocky IV, atau sekurang-kurangnya pernah menontonnya, pastinya samada sedar atau tidak, anda sudah pernah mendengar lagu ni.

Semalam terbaca yang penyanyi kumpulan Survivor, Jimi Jamison dah meninggal dunia akibat sakit jantung...dan kebetulan pagi tadi terdengar pula lagu "Burning Heart" dari Survivor ini dimainkan di Lite FM sebagai tribute kepada beliau. Secara tiba-tiba kenangan 28 tahun dahulu ketika pertama kali mendengar lagu ini mula terbayang.

Tahun 1985 dan 1986..kecenderungan muzik saya mula berubah. Dari Duran Duran dan A-Ha, saya mula banyak mendengar lagu-lagu yang 'guitar oriented' dari band rock Top 40 dari Amerika. Bermula dari band-band rock seperti Journey, Foreigner, Toto, REO Speedwagon dan termasuklah Survivor inilah yang kemudiannya saya mula mendengar heavy metal. Saya masih ingat ada satu kompilasi kaset pirate lagu-lagu Top Hits kepunyaan abang saya yang didalamnya ada lagu ini. Kenangan ber"air guitar" menggunakan raket badminton semasa mendengar lagu ini tidak akan dapat saya lupakan


Survivor telah terlebih dahulu popular dengan lagu "Eye of the Tiger" dari soundtrack filem Rocky 111 (1982). Tetapi ketika itu Jimi Jamison bukanlah penyanyinya. Selepas itu Survivor agak tenggelam. Kemasukan Jimi dengan album Vital Sign (1984) berjaya mengembalikan Survivor ke puncak. Lagu seperti "The Search Is Over" (lagu kegemaran saya) dan juga "I Can't Hold Back" berjaya mengembalikan mereka ke dalam carta. Tetapi lagu Burning Heart dari soundtrack Rocky IV lah yang benar-benar membuatkan mereka popular kembali. Lagu ini sememangnya khas diciptakan atas permintaan Sylvester Stallone sendiri.

Mungkin ramai yang tak tau Jimi asalnya adalah penyanyi kepada sebuah band heavy metal. Malah beliau juga pernah ditawarkan untuk menjadi penyanyi Deep Purple selepas Ian Gillan dipecat pada tahun 1989. Sayangnya perkara tersebut tidak menjadi kenyataan.

Saya tidak pernah ada kaset ataupun cd dari Survivor. Mungkin sudah sampai masanya saya membeli album Vital Sign. Kalau dapat dalam bentul vinyl pun menarik juga...



THANK YOU FOR THE MUSIC


Jimmy Wayne "Jimi" Jamison 
(August 23, 1951 – August 31, 2014)





2 comments:

  1. "Kalau dapat dalam bentuk vinyl pun menarik juga"..heheh..
    Aku baru tau lagu dlm soundtrack rocky tu survivor yg nyanyi..selalu confused antara survivor dan steppenwolf..heheh

    ReplyDelete
  2. pukulan vinyl sudah skg ni haha

    ReplyDelete