Tuesday, September 2, 2014

Defenders of the Faith

Lagi yang menyambut ulangtahun ke 30...


Judas Priest - Defenders of the Faith (1984)

Agak sukar untuk memilih album kegemaran Judas Priest saya. Mungkin kerana saya hanya betul-betul mengikuti mereka pada tahun 1987, bermula dengan album Priest...Live!. Memang agak terlewat. Makanya agak kurang perasaan "sentimental value" pada mana-mana satu album. Mungkin Priest...Live!, yang lain tidak.

Screaming for Vengeance, Defenders of the Faith, Killing Machine/Hell Bent for Leather, British Steel, Painkiller dan Turbo adalah antara yang menjadi kegemaran. Yang menariknya bagi saya tentang Defender of the Faith adalah kerana adanya lagu "The Sentinel". Ianya penting bagi saya seperti mana "Before the Dawn" yang ada dalam album Hell Bent for Leather. Kerana 2 lagu inilah yang mengenalkan saya kepada Judas Priest.


Tetapi yang pastinya ini adalah antara album terbaik dari mereka. Mungkin juga antara yang terbaik untuk genre heavy metal. Semua lagu pun best. Mungkin "Rock Hard Ride Free" sedikit poppy ala "Living After Midnight" tetapi yang lainnya seperti "Jawbreaker", "Eat Me Alive", "Freewheel Burning" "Love Bites" "Some Heads Are Gonna Roll" dan "The Sentinel" adalah contoh lagu klasik keavy metal. Malah gambar kulit album pun dah cukup mengambarkan inilah heavy metal yang sebenar.

Jika anda pengemar heavy metal 80an, memang tidak ada sebab untuk anda tidak menyukainya.


Rekomended!





2 comments:

  1. this is my most most most most favourite Judas Priest album ever ever ever....
    Bestest sangat pada aku

    ReplyDelete
  2. ini album memang best woo..susah nak jumpa versi lp..lama jugak aku mencari..heheh

    ReplyDelete