Saturday, September 13, 2014

Tooth & Nail

Hari ini 13hb September...maka genaplah 30 tahun usia album klasik rock ini...


Dokken - Tooth & Nail (1984)

Mungkin ada yang mencebek. Maklumlah muzik glam/hair metal selalu dipandang sebagai muzik kelas ke 2 dalam kategori muzik ekstrim. Tetapi bagi sesiapa yang seusia saya, membesar di zaman muzik rock belum lagi serabut kategorinya. Muzik sebegini masih dianggap sebagai heavy metal dan Dokken adalah salah satu dari bintangnya.

versi riak vinylwi
Pada saya era kegemilangan Dokken adalah pada album Tooth & Nail (1984), Under Lock and Key (1985) dan Back for the Attack (1987). Saya tidak mengikuti album-album mereka yang selepasnya. Tak pasti adakah mereka menjadi kurang sedap atau sememangnya selera saya berubah selepas tahun 1989. Seperti kebanyakan budak-budak rock melayu yang trendy di zaman tersebut, muzik sebegini mula saya tinggalkan bila konon-kononya hendak menjadi "true".

Versi cd...riak signaturewi...ada tandatangan Don Dokken dan Jeff Pilson oo...

Pertama kali mendengar album ini melalui kaset pirate cap apache. Antara lagu yang kali pertama dengar dah suka adalah "Tooth and Nail", "Just Got Lucky", "Into the Fire" dan apa lagi kalau bukan lagu slow rock maut "Alone Again". Ini adalah antara lagu yang sering saya putarkan sehingga bolehlah ianya dikatakan menjadi antara soundtrack kehidupan zaman sekolah menengah saya.




Antara penyebab saya sukakan Dokken adalah kerana gitarisnya, George Lynch. Sejak pertama kali mendengar lagu "Tooth & Nail", saya sudah mula terpikat dengan sound, tone serta solo shred bergulung tetapi melodic beliau. Sememangnya beliau adalah salah seorang gitar hero saya. Suka betul tengok gitar ESP Skull N' Bones beliau dalam video clips masa zaman Under Lock and Key. Nampak ganas betul.



Versi vinyl ini saya beli setelah termakan pujuk rayu berachun rakan-rakan blogger dan member FB Vinyl Passion. Made in Germany terbitan tahun 1984 Elektra/Asylum Records.


Manakala versi cd pula dibeli beberapa tahun yang lepas. Antara cd terawal yang saya cari selepas kenal e-bay. 1st press. Made in USA. by WEA Manufacturing. Elektra/Asylum Records.

Tak sengaja terbeli yang ada sign Don Dokken dan Jeff Pilson. (tapi kalau seller tu sign sendiri pun bukannya saya tau...heheheh...)


Sesuatu yang berbeza di antara cd dan vinyl adalah gambar di inner sleeve ini. Di cd tiada cuma sekadar lirik.

Nampaknya hanya kaset yang saya tiada. Tetapi tidak mengapalah. Cukuplah sekadar ini sebagai kenangan-kenangan di zaman persekolahan saya.







5 comments:

  1. Dokken kan up to "Back For The Attack" aku suka.
    Lagu semua terbaik..
    At least Dokken takde cakap " you want heavy baby? Metallica gives you heavy baby".

    ReplyDelete
  2. aku tak (berapa) follow dokken, tapi aku ada juga album ni :)

    ReplyDelete
  3. 1st press German tuuu..heheh..terbaik album ni..dah try putar ke bro rekod tu?..lepas ni tunggu review turntable lak..heheh

    ReplyDelete
  4. baru semalam dengar album ni...btw baru dapat Dokken unplugged dgn price rm15 dari manusia peniaga yg tak tahu nilai band lagenda hahaha

    ReplyDelete
  5. siap ada sain lagi tu.. cer google ceman rupa sain dorang kot2 ori..hahahaha

    ReplyDelete