Yang menyambut ulang tahun ke 10 semalam (14hb Sept)
Megadeth - The System Has Failed (2004)
Ini adalah album yang saya kembali cuba untuk mendengar muzik Megadeth. Selepas Risk (1999), saya agak hilang (lost) dengan Megadeth. Tambahan pula ketika itu adalah zaman "hiatus" saya dengan muzik. Kononnya pencen dalam membeli muzik. Akibatnya album The World Needs a Hero (2001) tidak berapa saya endahkan.
Yang membuatkan saya agak tertarik dengan The System Has Failed adalah kerana kemunculam semula Chris Poland. Gitaris asal di zaman Killing Is My Business... and Business Is Good! dan Peace Sells... But Who's Buying?. Saya suka solo-solo beliau malah berminat dengan album solo beliau Return to Metalopolis (1990). Sayangnya beliau hanyalah sekadar seasonist untuk album ini.
Tambahan pula ini adalah album "comeback" Dave Mustaine selepas hampir bersara dari muzik akibat penyakit tangannya itu. Tanpa Junior dan menggunakan seasonist sepenuhnya, album ini kononnya akan mengembalikan Megadeth ke zaman awal mereka. Lagu track pertama. "Blackmail the Universe" seakan-akan mengiyakan kenyataan tersebut. Tetapi track-track berikutnya ternyata yang Dave Mustaine walaupun menggunakan orang lama seperti Chris Poland tidak akan dapat mengembalikan zaman lama mereka.
Ada lagu yang menarik, seolah-olah seperti kembali ke era "Peace Sells" dan ada juga sekadar "boleh lah". Ada juga lagu yang seolah-olah Megadeth sudah kembali bermain thrash tetapi lagu yang lainnya seolah-oleh mereka adalah band hard rock. Agak kurang konsisten. Tetapi lagu-lagunya agak catchy. Jika anda tidak terlampau berharap yang ini adalah Megadeth di tahun 80an dan awal 90an (seperti saya), anda pastinya suka. Tetapi jika sebaliknya...pasti anda akan sedikit kecewa.
Tidak terlalu hebat...tetapi cukup menyakinkan untuk saya yang baru kembali mendengar Megadeth di waktu itu...sebuah album yang "grower".
Menarik!
TWNAH dan TSHF, 2 album megadave yg aku ter"skip"... tup2 terus layan UA
ReplyDeletetapi aku tetap suka album RISK (versi asal bukan versi RNR)
yang paling menarik dalam album ini ialah drummernya
ReplyDeletehttp://en.wikipedia.org/wiki/Vinnie_Colaiuta
betul la....baru perasan siapa mamat ni...memang hebat!
Deletemasa album ni keluar aku suka dengar.. tak beli, download free je
ReplyDeleteAlbum ni pun aku tak penah ada..nak beli takut kecewa mcm album risk je stail nya..
ReplyDeleteobviously, it's 200% much better than the 'other' band.
ReplyDeletebab yang ni aku setuju sesangat...heheh...
DeleteAku dah berhenti pada Cryptic Writing. Tak tau bila nak kickstart.
ReplyDeleteaku bermula dari Cryptic Writing....sedih
ReplyDelete