Monday, September 29, 2014

Bukit Bendera

Ini tempat wajib pergi bila dah sampai Pulau Pinang...sekurang-kurangnya pun sekali...kalau tak...macam tak sah la dah sampai Penang...

pintu masuk station...leceh sini bab nak cari parking..parking celah-celah tepi jalan pun kena bayar RM5

Tak pasti pulak kenapa namanya bendera. Memang tak jumpa pun bendera kata atas bukit ni...Tapi kalau tak silap ketinggiannya mencecah 2700 meter daripada paras laut.

view dari dalam gerabak keretapi

Ini kali kedua sampai sini. Yang pertama dah dekat 20 tahun pun. Lama sangat dah. Masa tu naik bukit ni pun masih guna keretapi kabel bukannya keretapi letrik macam sekarang ni.

Tiket kalau warganegara cuma RM8 dewasa dan RM4 kanak-kanak untuk pergi balik. Kalau ambil pakej keluarga lagi murah.

Bab beratur panjang masa nak naik tren tu standard. Kena kalau time cuti sekolah. Biasa la tu...


En Pilot
Aku lupa pulak nak ambik gambar keretapinya. Dah la dalam gerabak sesak...malas pulak nak ambil gambar...dia bukannya ada berapa limit pun..selagi ko sanggup bersesak-sesak macam kau naik bas sambung-sambung...takder hal punya...terutamanya bila time turun.

Cuma time turun tu aku dapat berdiri sebelah En Pilot. Dapatlah tengok macamana caranya bawak keretapi ni. Semua auto...guna komputer. Dia ada dua tren, satu naik dan satu turun. Kena set la kat mana tempat dia berselisih tu. Kalau tak abislah berlanggar. Tak silap aku dalam 5-10 minit jer kot dah sampai.

view dari upper station
Sebelum naik tu ada seorang uncle cakap, kalau hujan...jangan naik...bukan pasal apa...view tak cantik...dan nasib kami agak malang....masa kat bawah panas...tup-tup sampai atas...baru nak bergambar...hujan lebat...nasib juga tak lama...


Tapi kalau pikirkan balik betul juga...kat atas tu bukannya ada apa pun sangat...harap dia punya view la cantik....dari dulu pun bila orang tanya aku.... "Apa ada kat atas Bukit Bendera?"...benda yang aku terpikir nak jawap adalah "balai polis dan pejabat pos"...

hahaha...seperti gambar kat atas...Dua-dua mercu tanda Bukit Bendera ni masih gah sama macam apa yang aku tengok hampir 20 tahun yang lalu..


Satu lagi yang dah lama ada...Masjid dan kuil disebelahnya...Masjid ni dirasmikan pada tahun 1966...mungkin ini antara masjid tertinggi kat Malaysia selain yang ada di Cameron Highland.


Kepala keretapi kabel yang lama. Tak ingat dah yang 20 tahun dulu aku naik tu adakah sama yang macam ni...

Kawasan kat atas tu tak lah luas mana. Tapi lenguh juga la kalau berjalan. Maklumlah banyak kena mendaki bukit. Kalau banyak duit boleh la sewa kenderaan yang di panggil taxivan. RM30 untuk 4 orang dan RM50 untuk 6 orang. Pusing-pusing puncak bukit tu dalam 15-20minit. Tak berbaloi untuk aku...baik jalan kaki...exercise :P


Tapi banyak juga yang dah berubah dengan tarikan terbaru...antaranya kafe dan Muzium Burung Hantu atau The Owl Museum. Tak masuk pun. Mahal. Kalau tak silap RM10 untuk orang dewasa. . Lagi satu  yang boleh tahan mahal adalah taman-taman berbayarnya. Contoh Taman Halia. RM8 untuk dewasa, RM5 untuk kanak-kanak sedangkan keluasan tamannya tak lah sebenar mana.

under lock and key...rasa macam kat Paris la pulak...
Satu lagi yang terkini ala-ala "Lover Bridge" kat Paris yang macam kat dalam filem "Now You See Me" tu. Aku pun tak faham apa motif dan kaitan antara pasang mangga dengan Bukit Bendera. Siap ada orang jual mangga kat atas tu. Pandai diaorang buat bisnes. Aku pun tak tanya berapa RM dia orang jual. OK..aku baru tau anak aku cakap kat Korea pun ada benda macam ni. So sapa yang nak Kpop lah sangat...sila bawa mangga bila naik Bukit Bendera...hahaha...


Ni pula view kat belah station nak turun. Ada teropong bayar RM1 boleh tengok view Pulau Pinang. Macam aku cakap awal tadi la...kalau cuaca cantik..memang cantik dia punya view...


last...my family...iskh...siapa la ambik gambar bergoyang ni...  :P




8 comments:

  1. kali terakhir ke bukit bendera late early 90s dengan family...

    ReplyDelete
  2. bagus infonya, teringin juga nak kesini.. mantap... bab mangga tu seronok hahaha

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. cadang nak pi...tapi tak sempat...sebenarnya ada course kat sana...ni kira sambil menyelam minum air...heheh...

      Delete
  4. pengakuan ikhlas - aku 8 tahun dok penang tak pernah naik bkt bendera, lalu area bawah pernah la...

    btw, i can see my old house from that top hill view :)

    ReplyDelete
  5. gambo last tu kalo org taktau mesti cakap "brader ni berbaju IM tapi dlm hati ada taman" belakang word 'love' beso tu..heheh..nanti sebelum naik bukit bendera bole aku aku beli mangga solex siap2..kat atas tu da tentu mahal..heheh

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. tak jumpa pulak....dulu tak silap aku kat Padang Kota lama banyak kan...kali ni tak pusing2 kat sana..

      Delete