Thursday, September 18, 2014

Perfect Strangers

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 2 hari lepas (16hb Sept)...


Deep Purple - Perfect Strangers (1984)

Saya telah didedahkan dengan muzik Deep Purple semenjak saya di zaman sekolah rendah. Tetapi minat saya pada muzik terutamanya muzik rock hanya mula berkembang apabila memasuki sekolah menengah.

Ketika di awal 80an, saya rasakan muzik rock adalah muzik yang ketinggalan zaman. Maklumlah zaman meningkat remaja adalah zaman yang kita akan terikut-ikut dengan trend semasa. Ketika itu adalah zaman new wave dan Duran Duran.


Tetapi lagu seperti "Perfect Strangers"lah yang telah mengubah minda dan selera muzik saya. Pada ketika itulah saya mula merasakan muzik yang mempunyai gitar disortion adalah lebih dekat kepada jiwa saya berbanding muzik yang berasaskan synthesizer. Saat itu saya kembali mengambil tahu perihal Deep Purple terutamanya era Mark II.

Mungkin ini album Deep Purple yang paling dekat dengan saya kerana ianya diriliskan ketika zaman saya tengah betul-betul kemaruk dengan muzik. Walaupun mendengar keseluruhan albumnya agak terlewat (sekitar tahun 1986), tetapi ini lah album Deep Purple yang paling banyak memorinya kepada saya. Walaupun The House of Blue Light di edarkan pada tahun 1987, tetapi ntah kenapa album tersebut terlepas dari pandangan.

Masih teringat-ingat ketika itu belatih bermain bass menggunakan gitar tong mengikut irama lagu "Perfect Strangers" sambil terangguk-angguk kepala membayangkan kononnya di atas stage berambut panjang sedangkan cuma berada di dalam bilik di hadapan radio kaset dan berkain pelikat... :)


Album reunion dari Mark II ni memang best. Ada 3 lagu wajib yang pada saya patut anda dengar. Track pertamanya "Knocking at Your Back Door", yang menjadi tajuk album "Perfect Strangers" dan slow rock klasik sepanjang zaman "Wasted Sunsets". Tak pernah dengar lagu-lagu ini, bermakna pengenalan anda kepada Deep Purple belum lagi lengkap.

Terbaik!


untuk versi vinyl...sila ke blog Xyrus Zone.







3 comments:

  1. Tak boleh imejin PS dan KAYBD studio album sedap, bila live jadi tersangat magical. DP memang masters...

    Kenangan sangat album ni ye

    ReplyDelete
  2. Versi cd..gambo ada kaler eh..yg aku punya takda kaler..

    Memang klmj ini album..lagi satu album burn.dua album tu la yg buat aku minat deep purple

    ReplyDelete