Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 10hb September yang lalu...
Destruction - Sentence of Death EP (1984)
Mereka adalah salah satu satu band yang dinobatkan sebagai "Big Three of Teutonic Thrash". Sayangnya saya agak terlambat untuk mendengar mereka. Malah saya mendengar Tankard terlebih dahulu.
Album "Release from Agony" adalah yang pertama saya dengar dari mereka. Itupun pada sekitar tahun 1990. Maklumlah disebabkan sumber pada ketika itu yang agak terhad, Sentence of Death cdnya pun cuma saya miliki hanya setelah mengenal e-bay.
Tidak dapat dinafikan pengaruh New Wave Of British Heavy Metal banyak mempengaruhi band-band sebegini tak kiralah walaupun di Bay Area mahupun Jerman. Sayangnya mereka agak underated jika hendak dibandingkan dengan band seangkatan dari Amerika. Padahal lagu mereka adalah setanding malah ada yang lebih bagus.
"Total Desaster" dan "Mad Butcher" adalah contoh lagu yang thrash yang bagus. Abaikan sound mereka yang agak kasar. Perkara begitu adalah biasa bagi produksi awal 80an. Tambahan pula ini hanyalah EP pengenalan dari mereka. Imej pun masih ala-ala Motley Crue. Tetapi album pertama mereka selepas dari ini, Infernal Overkill (1985) memang jauh lebih bagus.
hari tu berpeluang tgk dorang ni kat metalcamp, memang power... aku ada satu saja album dorang ni, itu pun versi asia link hahaha..
ReplyDeleteala-ala Motley Crue heh? haha
ReplyDeleteimej motley crue era awal 80an lebih setan dari ni...heheh...
Deleteaku tak familiar dengan ni band...dengar2 gitu je....
ReplyDeletetapi satu release dorang pun ada takde...
Tankard rule!
ReplyDeleteDestruction sound era 80an n 90an punya sound thrash mmg sedap di dengar..mcm Sodom..
ReplyDeleteganas rebiu malam ni!
ReplyDelete