Tuesday, March 24, 2015

Mass Slaughter: The Best of Slaughter

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 21hb Mac yang lalu.


Slaughter - Mass Slaughter: The Best of Slaughter (1995)

Ni Shannen Doherty punya angkara lah ni. Tak kenal? Sila google. Rasanya yang membesar zaman 90an pasti kenal dengan mak cik ni. Nak tahu lebih lanjut macamana saya terjebak dengan Slaughter boleh rujuk >SINI<

Kalau tak silap ini adalah antara cd terawal yang saya beli. Tahun 1995 adalah tahun-tahun awal album dalam format cd mula di jual secara meluas di seluruh negara. Di beli di Plaza Kotaraya Johor Bahru. Kedai kaset besar sebelah Muzika tu. Lupa dah nama kedai dia. Sekarang semua pun dah tinggal kenangan. Semenjak Plaza Kotaraya dah diubahsuai menjadi Galleria@Kotaraya. Satu kedai kaset/cd pun dah tak ujud kat situ. Ni semua "port" aktivis underground metal Johor Bahru satu masa dahulu. Budak-budak 80an lepak KOMTAR, yang 90an lepak Kotaraya. Saya merasa kedua-duanya walaupun saya bukanlah terlibat secara langsung. (Saya hanyalah seorang lone ranger yang poser...hahaha..)


Ok..kembali kepada tajuk. Awalnya memang tak sangka akan minat dengan Slaughter. Hanya mula mendengar mereka selepas berakhirnya era "true" dalam kamus hidup... Hahaha..

Memang sedap tak kira lagu heavy, mid tempo atau slow...semua pun sedap. Mungkin dalam banyak-banyak band "3rd wave hair metal" seangkatan dengan mereka contohnya Firehouse,Trixter, Nelson dll, mereka yang paling best.

Jika anda sukakan hard rock 90an, Mass Slaughter dijamin akan memberi anda kepuasan. Cheesy tak chessy...yang pentingnya  sing-along chorus, catchy melodies dan killer guitar solo. Bukankan itu yang kita mahukan bila sebut genre hard rock?

Terbaik!















4 comments:

  1. Dulu radio suka main lagu Up All Night tu..
    dalam list kau taruk tu, aku paling suka Nelson.

    ReplyDelete
  2. oh ingatkan tadi band metal, nama ganas juga tu. haha nanti aku tray dgr kat utube.

    ReplyDelete
  3. Slaughter mmg best.dulu ingatkan band metal sama macam metallica,megadeth ke.bila dah beli kaset wild life tu baru tau..heheh..
    Shanen doherty skarang dah kureng hot..heheh

    ReplyDelete