Thursday, March 12, 2015

Scorpions




Selepas membaca cerita berkenaan Scorpions – Return To Forever 50th Anniversary Boxset dalam blog Speedrider semalam, saya rasa terpanggil pula untuk menyelongkar koleksi Scorpions yang saya ada.

Saya bukanlah tegar sangat dengan Scorpions. Tetapi seperti mana-mana peminat muzik rock yang sebaya saya, sudah pastinya soundtrack zaman kanak-kanak mereka akan dipenuhi dengan lagu-lagu Scorpions. Malah mereka adalah antara pendedahan awal saya kepada muzik rock di awal tahun 80an dahulu.

Tegar tak tegar...rupa-rupanya discography Scorpions saya terutamanya cd hampir lengkap. Yang masih tiada sudah tentu-tentunya yang terbaru "Return To Forever". Saya juga memang tidak pernah memiliki Acoustica (2001) dan Moment of Glory (2000). Tetapi itu ok kot...pasal dua-duanya bukan album studio.

Yang studio album, Eye II Eye (1999) cuma ada kaset dan saya pasti saya pernah memiliki kaset Humanity: Hour I (2007). Tetapi gagal dijumpai walaupun puas juga menyelongkar almari. Tak pasti pulak samada hilang, salah letak atau dah kena buat harta.

satu-satunya LP yang ada...bila la agaknya dia nak berteman...

Tetapi yang baru saya perasan rupa-rupanya saya masih belum mempunyai album In Trance (1975). Mati-mati ingat dah ada. Iskh...iskh...iskh...tak boleh jadi ni. Sekarang juga kena bertindak!!!

(err....dah terbid pun In Trance versi LP....kah kah kah....parah ni..)






14 comments:

  1. ...aku takde satupun diskografi scorpions, mungkin akan cari kompilasi je kot

    tapi aku suka cover art album2 diorang, kecik2 dulu selalu berfantasi bukan2

    ReplyDelete
  2. sama macam ijau tak ada lagi dalam koleksi tentang scorpion ni.
    btw aku tertarik ngan cover LP tu gagagaga.. 1st tgk.

    ReplyDelete
  3. Scorpions best la... macam lama tak dengar, then dengar..
    Feeling je ,

    ReplyDelete
  4. tak tegar apanya penuh satu almari! Amboi, LP bontot jugak yang dicarinya. Wakkakakakakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr...tu hari berjaya tak ko bid LP bontot ni...hahaha...

      Delete
  5. Berantai-rantai dah entri skopion ni..hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu Portdy pulak up...dia lagi la tegar se Tegar - Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang....hahahaha...

      Delete
    2. Betul tu. Dgr kata dia nak collect album Tegar. Teringin juga baca rebiunya. Takkan nak tgk gambo jer hari hari ye tak?

      Delete
  6. Scorpions pun aku tak berapa nak ada albumnya..yg ada pun lp world wide live je..yg lp best of scorpions tu tahun bila punya?
    Viral scorpions dah melanda ni..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. best of ni terbitan tahun 79...lagu2 zaman Uli..

      Delete
  7. Betul Rafi.

    viral dah melanda.

    http://nemutnemut.blogspot.com/2015/03/aku-dia-dan-scorpions.html

    ReplyDelete
  8. scorpions aku hanya ada kaset orkestra cover dinosour disebabkn aku minat sgt dgn album orkestra ni..heheehe lagu2 dorg ni aku dah terlalu kerap dengar sejak zaman kanak2 lg...

    ReplyDelete