Sunday, January 31, 2016
cd reissue...lagi
Lagi cd-cd reissue yang dah ada dalam tangan...nanti lah cuba buat ceritanya satu persatu....
#hatigembirapoketmenangis
Friday, January 29, 2016
Kau Merubah Segalanya
Lagi perihal album reissue...
Fauziah Latiff - Kau Merubah Segalanya (1989) - keluaran semula 2016
Tak berapa tahu pun tentang lagu-lagunya. Tiada juga kenangan istimewa. Membelinya semata-mata kerana untuk dihadiahkan kepada isteri sempena hari lahirnya.
Beliau adalah peminat besar kepada penyanyi yang digelar "Tiffany" Malaysia ini. Dari mula kenal dah dimaklumkan tentangnya. Saya pula selain dari wajah Fauziah Latiff yang cun melecun tu...lainnya kurang ambil tahu. Lebih suka Tiffany "I Think We're Alone Now" berbanding "Kau Merubah Segalanya".
Tetapi semenjak berkahwin, selain dari terpaksa mendengar cerita-cerita kenangan beliau tentang Fauziah Latiff di zaman sekolah (tulis lirik kat buku lah...tampal gambar kat locker lah..) saya juga di paksa rela untuk mendengar lagu-lagu Fauziah Latiff seperti mana beliau juga di paksa rela mendengar lagu-lagu hantu suaminya.
Sebenarnya sedap juga lagu-lagu Jee ni. Zaman-zaman kegemilangan lagu-lagu Manan Ngah lah kan. Tapi tu lah...zaman penghujung 80an dulu giler ke nak kena kutuk kalau member-member rock tahu yang kau dengar lagu Fauziah Latiff...Hahaha...
Happy Birthday My Better Half!

Labels:
1989,
2016,
cd,
Fauziah Latff,
unmetal,
Youth Gone Wild 80's
Wednesday, January 27, 2016
Tuesday, January 26, 2016
Juara Juara Rock 1
Lagi cerita perihal cd keluaran semula...
Juara Juara Rock 1 (1987) - keluaran semula 2015
Sebuah lagi album yang mengamit memori. Kompilasi ini muncul dikala demam heavy metal melayu sedang meletup. Selepas Search Cinta Buatan Malaysia dan Battle of the Band, Juara Juara Rock andalah antara album terpenting dalam sejarah rock/heavy metal melayu. Segala kompilasi selepasnya (kecuali Clash of the bands - yang keluar hampir sama waktunya) adalah sekadar mengikut trend semasa.
Betul-betul kemaruk zaman tu. Maklumlah masa tu tak banyak mana lagu rock dan heavy metal berbahasa melayu. Pernah juga mendengarnya secara berterusan selama 4 hingga 5 jam lebih ketika mengecat rumah di kampung. Boleh bayangkanlah bagaimana barai dah kasetnya sekarang. (dah lah kasetnya kaset cetak rompak)
Ini adalah antara album yang menjadi bahan bualan di sekolah. D'Febians - Peperangan dengan Creeping Death - Metallica. Lagu-lagunya juga menjadi antara yang terawal kami bawa ke studio jamming. Lagu "Secebis Rayuan" dan "Tetap Di Sini" adalah antara lagu wajib bagi kami pada ketika itu. Zaman-zaman baru belajar pegang gitar karan, gitar bass dan set drums yang sebenar, mana la berani nak jamming lagu-lagu yang heavy. Zaman tu nak cari sound pun tak pandai. Cucuk kat amp terus jalan...
Satu-satunya lagu yang saya kurang berkenan dari kompilasi ini adalah lagu "Kembalilah Semula" dari MAY. Bab melewehnya tu membuatkan saya sering menekan butang "Fwd"'. Tetapi lagu-lagu lainnya memang sedap-sedap belaka.
Walaupun ada typo, terimakasihlah kepada mereka yang berusaha mengeluarkannya semula dalam bentuk cd. Memang tak pernah terpikir pun. Memegangnya dalam bentuk cd membuatkan saya kembali terasa muda. Sekurang-kurangnya tertebus juga lah dosa masa dulu membeli versi cetak rompak. Bukan faktor budak sekolah tak berduit sahaja, tetapi pada ketika itu tak jumpa pun kaset original di kedai kaset di kampung saya. (Ulu Tiram). Sekitar tahun 1988 barulah senang nak dapat kaset yang asli...
Sedikit trivia...kalau ingatan saya betul, model dengan gitar bercabang di gambar cover tersebut adalah penyanyi bernama Ramziela.
untuk entri lain berkenaan album ni boleh klik di >SINI< dan >SINI<

1987,
2015,
Burnmark,
cd,
Febians,
Juara Juara Rock,
May,
Metalian,
rock melayu,
Scandals,
Youth Gone Wild 80's
Monday, January 25, 2016
Sudah Sampai Sini @ Janda Baik
Sebuah lagi tempat percutian yang sempat di singgah pada cuti sekolah tahun lepas...kalau biasanya ke laut...kali ini ke sungai pula. Lokasi yang jadi pilihan adalah di Janda Baik di daerah Bentong, Pahang
Mungkin janda-janda kat sana baik-baik belaka...itu pasal ianya dipanggil Janda Baik...hahaha...sebenarnya tak pasti pulak asal usulnya thetapi lokasinya adalah lebih kurang 30++ km dari Kuala Lumpur. Lalu Karak Highway tak jauh dari Genting Sempah.
Tapi masa budak-budak awal 80an dulu apa yang saya ingat pasal Janda Baik adalah kes kapal terbang terhempas yang melibatkan seorang menteri iaitu Tan Sri Ghazali Shafie. Lain-lain memang tak tahu sangat kecuali dengar khabar yang sekarang ni tempat ini adalah salah satu destinasi pelancongan. Jumpa juga akedemi Kelab Bola Sepak Frenz United...
Memang banyak la resort, homestays dan chalets disepanjang sungainya. Macam-macam bentuk macam-macam harga. Nak lepak-lepak balik hari sambil mandi sungai pun boleh juga. Ada beberapa tempat yang dibuka khas untuk orang awam. Memancing pun ok juga. Makanan pun senang. Banyak gerai.
Rasanya tempat ni sesuai la untuk orang-orang bandar yang tak pernah tengok sungai, kampung dan hutan. Sebelah sungai...sebelah lagi bukit bakau...kawasannya pun jenis tanah tinggi...tak lah panas sangat. Sungainya pun tak dalam. Arus pun tak berapa kuat. Sesuai la kalau budak-budak nak merasa mandi sungai.
Tapi untuk orang-orang tua yang seperti saya yang memang berasal dari kampung/felda yang ada paya dan sungai, tempat-tempat begini tak lah menarik sangat. Kalau rasa nak rilek-rilek tenangkan fikiran..balik jer la ke kampung halaman...
OK dah....
Friday, January 22, 2016
The Carnival Bizarre
Lagi yang tertinggal dari tahun lepas...yang menyambut ulangtahun ke 20 21...
Cathedral - The Carnival Bizarre (1995)
Lee Dorrian adalah punca saya terjebak dengan Cathedral. Buat yang tak kenal, Lee Dorrian adalah vokalis Napalm Death untuk album "From Enslavement to Obliteration (1988)" dan separuh lagu dari "Scum (1987)".
Doom metal bukanlah makanan saya. Saya mempunyai masaalah untuk hadam lagu-lagu yang perlahan temponya. Walaupunbegitu ada juga beberapa album dari genre ini yang berjaya menarik minat saya. The Carnival Bizarre adalah salah satu darinya. Ianya bukanlah seratus peratus Doom yang asli. Banyak juga lagu-lagunya yang agak "up tempo" dan tidak meleweh.
Pada saya lagu-lagunya ada "groove". Macam Stoner Rock pun iyer juga. Tetapi pengaruh Black Sabbath memang tidak dapat dinafikan. Bermula dari track pertama lagi dah boleh dikesan. Tambah menarik Tony Iommi juga terlibat sebagai gitaris undangan ("Utopian Blaster"). Sayangnya macam pendek sangat pula solo yang dia mainkan.
Lagu-lagu seperti "Hopkins (The Witchfinder General)" dan "Carnival Bizarre" pada saya tidak menjemukan. Sedap! Namun begitu ada juga lagu yang membuatkan saya menekan butang "forward". "Night of the Seagulls" contohnya. Memang mengantuk dengar.
Namun begitu secara keseluruhannya ia memang sebuah album yang sedap. Padamkan lampu bilik tidur anda. Kuatkan volume. Dan laruttttttt.....................

1995,
Cathedral,
cd,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Thursday, January 21, 2016
Satu Tekanan Irama
Lagi cerita perihal album keluaran semula.
Ekamatra -Satu Tekanan Irama (1989) - keluaran semula 2015
Bukan peminat dan tak akan jadi pun. Membelinya semata-mata kerana kekaguman saya terhadap petikan gitar ala-ala Malmsteen dari Shahrul. Ianya mengembalikan nostalgia saya kepada rakan-rakan shredder semasa saya menuntut di ITM Segamat pada awal 90an dulu.
Ini adalah antara kaset yang sering diputarkan oleh mereka selain dari kaset-kaset gitar hero orang putih seperti Malmsteen, Joe Satriani, Steve Vai dan kaset-kaset dari Shrapnel Records seperti Jason Becker, Marty Friedman, Vinnie Moore, Tony MacAlpine, Greg Howe, Richie Kotzen dan lain-lain yang saya sudah terlupa. Mereka berbangga bila ada anak muda belasan tahun dari Malaysia yang boleh bermain hebat seperti gitar hero mereka. Saya yang buta gitar pun turut menyibuk sama.
Tetapi saya cukup kalah dengan suara Rahmat. Lagunya juga agak meleweh-leweh. Nasib solo-solo melodic yang panjang dari Shahrul menyelamatkan keadaan. Bukanlah nak kata suaranya dan lagu-lagunya tak bagus. Tetapi ianya tidak menepati selera muzik saya.
Kalau anda suka. Beli. Tak perlu mengikut selera muzik saya.

Ekamatra,
rock melayu,
Youth Gone Wild 80's
Tuesday, January 19, 2016
The Force Awakens
Saya bercadang untuk bercerita perihal filem-filem yang tercalon di anugerah Oscar (seperti tahun lalu), Itu pun kalau sempat. Tetapi adalah lebih baik saya menulis sedikit berkaitan filem yang paling hype tahun lepas....
Ini era baru. Era Disney. Pada saya Disney berjaya memfemininkan (ada ker ayat macam ni) Star Wars dengan meletakan watak utamanya seorang perempuan ala-ala cerita princess terbitan mereka. Buktinya isteri dan anak-anak perempuan saya yang tidak pernah mengambil tahu perihal Star Wars sebelum ini rasa seronok menontonnya. Yang bagusnya mereka tidak perlu menonton episod sebelumnya untuk memahami jalan ceritanya.
Tak kisahlah jika ianya tidak tercalon dalam anugerah Academy tetapi kemunculan Han Solo, Princess Leia, Chewbacca dan Millennium Falcon sememangnya mengembalikan nostalgia. Tak sabar pula untuk menanti episod yang seterusnya.
Menontonnya lebih kurang 2 minggu selepas ianya ditayangkan. Spoiler pun dah tahu. Tapi tak kisah pun. Saya bukanlah peminat tegar Star Wars. Walaupun saya membesar di tahun 80an tetapi Star Wars bukanlah satu kegilaan. Tetapi saya akui, saya juga pernah bermain menggunakan lampu kalimantang sebagai light saber akibat terpengaruh dengan Star Wars.
Berbanding Star Wars, saya lebih terpengaruh dengan siri tv seperti Battlestar Galactica dan Buck Rogers. Maklumlah di zaman awal 80an, duduk di felda, mana la berpeluang untuk menonton wayang. Cerita wayang seperti Star Wars hanya dapat ditonton di tv pada hari raya, tahun baru cina ataupun krismas beberapa tahun selepas keluar di panggung wayang. Sebab itu saya lebih terdedah dengan apa yang dimainkan di tv. Maklumlah tv Singapore zaman itu agak up to date juga cerita-ceritanya.
Pada saya The Force Awakens seronok ditonton. Abaikan muka jambu rambut beralun, Kylo Ren atau bagaimana mudahnya Rey dapat menguasai the force tanpa perlukan seorang mahaguru. Tak kisahlah jika jalan ceritanya re-cycle. Ini versi baru yang lebih segar. Versi untuk generasi sekarang. Return of the Jedi pun dah 30++ tahun dah. Mungkin saya bukan die-hard fan. Pasal tu tiada nak komplen atau terasa sangat.
Ini era baru. Era Disney. Pada saya Disney berjaya memfemininkan (ada ker ayat macam ni) Star Wars dengan meletakan watak utamanya seorang perempuan ala-ala cerita princess terbitan mereka. Buktinya isteri dan anak-anak perempuan saya yang tidak pernah mengambil tahu perihal Star Wars sebelum ini rasa seronok menontonnya. Yang bagusnya mereka tidak perlu menonton episod sebelumnya untuk memahami jalan ceritanya.
Tak kisahlah jika ianya tidak tercalon dalam anugerah Academy tetapi kemunculan Han Solo, Princess Leia, Chewbacca dan Millennium Falcon sememangnya mengembalikan nostalgia. Tak sabar pula untuk menanti episod yang seterusnya.
Monday, January 18, 2016
Fly On The Wall
Lagi entri yang sepatutmya ditulis tahun lepas...yang menyambut ulangtahun ke 30 31
ACDC - FLY ON THE WALL (1985)
Mungkin ini bukanlah album mereka yang popular. Ramai terutamanya peminat dari tahun 70an mereka yang tidak suka. Tetapi sebaliknya pula bagi saya. Entah mengapa ini lah album mereka yang paling cepat untuk saya hadam. Sekali dengar pun dah suka
Lagu-lagunya agak catchy berserta sing a long chorus yang memang sedap. Lagu seperti "Sink The Pink" betul-betul mengingatkan saya kepada Cinderella ataupun Ratt. Manakala "Playing With Girls" pula mengingatkan saya kepada KISS. Mungkin kerana saya mendengar lagu-lagu mereka terlebih dahulu dari ACDC, menyebabkan saya berperasaan begitu.

Mungkin kerana album ini bertepatan dengan zaman bermulanya era pop metal. Feel lagu-lagunya memang begitu. Ianya mengingatkan kepada band-band di era hair metal yang berkiblatkan mereka. Cinderella salah satu contohnya. Mungkin inilah album rujukan mereka.
Lagu-lagunya agak catchy berserta sing a long chorus yang memang sedap. Lagu seperti "Sink The Pink" betul-betul mengingatkan saya kepada Cinderella ataupun Ratt. Manakala "Playing With Girls" pula mengingatkan saya kepada KISS. Mungkin kerana saya mendengar lagu-lagu mereka terlebih dahulu dari ACDC, menyebabkan saya berperasaan begitu.
Pada saya idea yang mengatakan ACDC 70an lebih best dari ACDC 80an menjadi penyebab kenapa album ini gagal di pasaran. Kalau mereka sebuah band baru, mungkin lain penerimaannya...
Labels:
1985,
ACDC,
cd,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Friday, January 15, 2016
Sandiwara
Lagi cerita pasal album-album keluaran semula...
Cinema - Sandiwara (1989) - keluaran semula 2015
Sebuah lagi album yang saya tidak pernah dengar walau satu pun lagunya. Ketika itu (1989) saya telah mula sedikit demi sedikit meninggalkan rock melayu demi menyahut seruan untuk menjadi true (hahaha..)
Saya pernah terbaca dalam URTV (kalau tak silap) yang kononnya album ini muziknya adalah muzik rock yang sebenar. Makanya agak teruja juga bila mendapat tahu yang ianya akan dikeluarkan semula. Ternyata apa yang saya baca itu memang benar belaka. Cinema sususan muziknya memang rock. Memang best. Lagu perlahan pun tiada lagu yang bunyian keyboard mendominasi. Sesuatu yang saya dan ramai Mat Rock lain cukup anti pada zaman tersebut. Rif dan solo-solonya juga amat menarik.
Tetapi saya tidak pasti kenapa mereka agak kurang popular. Walaupun lagu-lagu mereka bukanlah heavy mana pun dan lagu perlahan mereka boleh tahan juga sedapnya. Mungkin mereka tiada lagu M.Nasir. Biasalah zaman tu kalau nak jual kena la ada lagu M.Nasir. Tetapi tabik buat band yang mencipta lagu sendiri macam Cinema ni.
Namun begitu mereka juga tidak terkecuali mengambil pengaruh lagu rock barat (saya tidak mahu menggunakan perkataan ciplak kerana mereka bukanlah meniru seratus peratus) dalam beberapa lagu mereka. Lagu "Temasya" mempunyai rif yang sedikit ala-ala "2 minute to Midnight" dari Iron Maiden. Lagu "Kedatangan" pula memang jelas pengaruhnya dari lagu "She Dont Know Me" - Bon Jovi. Tak sangka pula ada yang minat lagu ni selain dari saya.
Tetapi yang paling jelas sekali adalah lagu "Mimpi Semalam". Memang sebijik dengan lagu "Save Your Love" dari Great White. Cuma bahagian korusnya yang sedikit lain. Sedap juga bila lagu ini dimelayukan.
Di antara banyak-banyak cd rilisan semula yang saya tidak penah dengar sebelum ini, saya rasakan Cinema - Sandiwara adalah yang paling saya suka. Mungkin ini satu-satunya album yang saya rasakan rugi tidak mendengarnya ketika ianya diterbitkan pada tahun 1989 dahulu...

Cinema,
rock melayu,
Youth Gone Wild 80's
Thursday, January 14, 2016
Throwback Thursday : Sweet Charity live @ Ulu Tiram
kredit gambar dari FB Jentera Pemusnah (Aziz Belantara)...sory bro cilok tanpa izin...
Khabarnya gambar ini dirakamkan sekitar tahun 1982 ataupun 1983 di sebuah expo di Ulu Tiram, Johor. Zaman-zaman kegemilangan expo suatu masa dahulu. Ganas imej Sweet Charity pada zaman tu...
Ketika itu, saya masih disekolah rendah dalam darjah 4 atau 5. Memang tak lepas la nak pergi expo. Tak tahu pun wujudnya expo ni. Dan tak tau juga lokasinya dimana. Saya cuma mula pergi ke expo di sekitar penghujung 80an. Ketika itu tapak expo Ulu Tiram adalah berhadapan dengan klinik kerajaan sebelum jambatan ke Pekan Ulu Tiram. Dah tak ujud kot tapak expo ni sekarang.
Apa-apapun saya tidak pernah tahu pula yang Saudara Aziz, gitaris Belantara pernah tinggal di Ulu Tiram. Yang saya tahu dari cerita rakan sekelas, sepupu beliau memang tinggal di kawasan estet di Ulu Tiram. Rakan saya jiran kepada sepupu beliau.
Tabik untuk rockers Ulu Tiram...heheh...
Tuesday, January 12, 2016
David Bowie
Masih terngiang-ngiang lagi mendengar lagu "Starman" dalam movie "The Martian" beberapa minggu yang lalu. Semalam dapat berita yang penyanyinya David Bowie telah pun meninggal dunia.
Saya bukanlah peminat besar beliau. Hanya mula mengetahui tentang beliau ketika di zaman new wave di awal tahun 80an. Lagu "Let Dance" menjadi satu lagu yang agak popular juga ketika itu. Tetapi saya tidak mengambil tahu sangat sehinggalah saya terdengar lagu "Space Oddity". Ketika itu barulah saya tahu yang beliau bukanlah hanya sekadar penyanyi pop new wave.
Dari situ saya mula mengambil tahu tentang Ziggy Stardust dan The Spiders from Mars. Tidak boleh dinafikan beliau melalui karektor alter egonya, Ziggy Stardust adalah antara pencetus awal genre glam rock di awal tahun 70an. Fesyen rambut, gaya dan pakaiannya menjadi ikutan sehingga kini. Saya tak rasa apa yang pelik Lady Gaga buat sekarang belum lagi di buat oleh oleh David Bowie. Malah apa yang David Bowie buat jauh lagi hebat lagi.
Terimakasih David Bowie kerana memberikan saya "Space Oddity", "The Man Who Sold the World", "Changes", "Starman", "Ziggy Stardust”, "Rebel, Rebel", "Heroes", "Fame", "Under Pressure - Queen", "All the Young Dudes - Mott the Hoople" dan banyak lagi....
Thanks for the music...Goodbye Major Tom....
David Robert Jones (8 January 1947 – 10 January 2016)
Monday, January 11, 2016
Sudah Sampai Sini : Teluk Gorek, Mersing
Tahun ke 5 berulang alik ke Mersing menghantar anak yang bersekolah di sana. Baru ni tahu kewujudan pantai Teluk Gorek ni.
Kalau dari Bandar Mersing, lokasinya di atas sedikit dari Pantai Air Papan. Tak berapa jauh pun. Lebih mudah jika menggunakan jalan dalam di persisiran pantai. Lokasinya agak tersorok, mungkin sebab itu ianya tidak berapa dikenali berbanding Air Papan yang lebih komersial.
Yang menarik pantainya landai. Maklumlah kawasan teluk. Orang pun tak ramai. Agak privacy la kalau hendak berkelah dan berbbq bersama keluarga. Ada juga sebuah resort dikawasan berhampiran jika anda berminat untuk bermalam. Saya tak pasti harga dan keadaannya. Tak pergi tengok pun. Sekadar meninjau dikawasan pantai awamnya.
Kalau tiada aral, ini adalah tahun terakhir ke Mersing. Mungkin saya patut lebih explore pantai-pantai yang ada disana. Mungkin saya akan mencuba ke Pantai Pasir Lanun pula...
Friday, January 8, 2016
Juara Juara Rock 2
Atas permintaan Deaf...sebenarnya kalau ikutkan nak buat ikut turutan yang pertama dulu sebelum yang ini...
Juara - Juara Rock 2 (1987) - keluaran semula 2015
Antara album yang dinanti-nantikan bila demam cd keluaran semula ini berlaku. Lepas NSR dan Universal Music/EMI, kini giliran Sony pula terjebak. Harap ianya akan berterusan...
JJR2 adalah salah satu soundtrack kehidupan awal remaja saya. Memang kesemua lagu-lagunya terpahat dalam kepala. Ianya bolehlah dikatakan sebagai zaman emas rock melayu sebelum merebaknya wabak rock leleh pada penghujung 80an ( tahun 1989 dan ke atas).
Ianya kali pertama dikeluarkan dalam bentuk cd dengan gambar cover yang asal. Tahun 2001 dulu pernah juga diterbitkan dalam bentuk cd tetapi dengan gambar yang cover lain dan lagu-lagunya dirojakkan bersama JJR1 dan JJR3 menjadi 2 volume cd.
Menariknya ianya mengekalkan rekabentuk seperti versi kaset yang asal. Sayangnya ada kesilapan typo bila nama Scandals di salah eja menjadi Scandais. Patutnya setiap syarikat rakaman melantik peminat/collectors sebagai editor sebelum dicetak supaya setiap rilisan tersebut benar-benar sempurna. Maklumlah ini semua khazanah negara. Kalau bukan kita yang nak jaga...siapa lagi? Lantik saya tanpa bayaran pun saya sanggup.
Dari segi sound pula, saya tak pasti dari mana sumbernya diambil. Adakah sama seperti cd keluaran 2001 kerana saya dapati soundnya ada sedikit tenggelam berbanding dari keluaran 2001. Tetapi secara keseluruhannya masih ok. Bukanlah satu masalah sangat.
Apa-apa pun ianya sememangnya satu rilisan yang mengamit memori. Mengembalikan kenangan ketika saya berumur 16 tahun. Masa tu memang tengah kemaruk dengan muzik rock. Pada saya semua lagu best. Banyak sangat sentimental valuenya. Zaman-zaman baru nak berjinak-jinak dengan studio jamming.
Susah juga kalau nak pilih lagu mana yang paling saya suka. Kalau yang berat mungkin Derita "The Sentinel Judas Priest Bangsa - MAY dan Roda Penghidupan - D'Febians yang jadi pilihan. Kuasa II - Scandals pun sedap juga. Bila belajar Maths yang ada bab pasal kuasa 2 memang kepala otak terngiang-ngiang lagu ni.
Kalau yang perlahan saya pilih Bayangan Hidup - MAY. Tetapi 2 lagu dari Metalian, Segala Untukmu dan Biarkan Aku Sendiri pun sedap.
*nak baca entri lama saya boleh klik >SINI<
Juara - Juara Rock 2 (1987) - keluaran semula 2015
Antara album yang dinanti-nantikan bila demam cd keluaran semula ini berlaku. Lepas NSR dan Universal Music/EMI, kini giliran Sony pula terjebak. Harap ianya akan berterusan...
JJR2 adalah salah satu soundtrack kehidupan awal remaja saya. Memang kesemua lagu-lagunya terpahat dalam kepala. Ianya bolehlah dikatakan sebagai zaman emas rock melayu sebelum merebaknya wabak rock leleh pada penghujung 80an ( tahun 1989 dan ke atas).
Ianya kali pertama dikeluarkan dalam bentuk cd dengan gambar cover yang asal. Tahun 2001 dulu pernah juga diterbitkan dalam bentuk cd tetapi dengan gambar yang cover lain dan lagu-lagunya dirojakkan bersama JJR1 dan JJR3 menjadi 2 volume cd.
Menariknya ianya mengekalkan rekabentuk seperti versi kaset yang asal. Sayangnya ada kesilapan typo bila nama Scandals di salah eja menjadi Scandais. Patutnya setiap syarikat rakaman melantik peminat/collectors sebagai editor sebelum dicetak supaya setiap rilisan tersebut benar-benar sempurna. Maklumlah ini semua khazanah negara. Kalau bukan kita yang nak jaga...siapa lagi? Lantik saya tanpa bayaran pun saya sanggup.
Apa-apa pun ianya sememangnya satu rilisan yang mengamit memori. Mengembalikan kenangan ketika saya berumur 16 tahun. Masa tu memang tengah kemaruk dengan muzik rock. Pada saya semua lagu best. Banyak sangat sentimental valuenya. Zaman-zaman baru nak berjinak-jinak dengan studio jamming.
Susah juga kalau nak pilih lagu mana yang paling saya suka. Kalau yang berat mungkin Derita "The Sentinel Judas Priest Bangsa - MAY dan Roda Penghidupan - D'Febians yang jadi pilihan. Kuasa II - Scandals pun sedap juga. Bila belajar Maths yang ada bab pasal kuasa 2 memang kepala otak terngiang-ngiang lagu ni.
Kalau yang perlahan saya pilih Bayangan Hidup - MAY. Tetapi 2 lagu dari Metalian, Segala Untukmu dan Biarkan Aku Sendiri pun sedap.
*nak baca entri lama saya boleh klik >SINI<
Labels:
1987,
2015,
Burnmark,
cd,
Febians,
Juara Juara Rock,
May,
Metalian,
rock melayu,
Scandals,
Youth Gone Wild 80's
Thursday, January 7, 2016
RUN FOR COVER
Sambungan entri tahun lepas yang tak sempat nak siap...
Yang menyambut ulangtahun ke30 31....
Gary Moore - Run for Cover (1985)
Ini adalah antara zaman kemuncak Gary Moore ketika dia masih ber"heavy metal". Bagi yang kenal mendiang ketika zaman "Still Got The Blues" pastinya tak tahu yang beliau bermula dengan muzik hard rock/heavy metal ketika awal tahun 80an dulu.
Sesuatu yang peminat blues beliau patut tahu, beliau dulunya adalah seorang shredder. Solo-solonya memang berapi. Sayangnya semenjak ber"blues" beliau tidak lagi bermain begitu sehinggalah ke akhir hayat beliau.
Ini album yang menarik. Lagu-lagunya memang sedap. Tambah-tambah pula barisan artis-artis undangannya memang tengah top pada ketika itu termasuk lah Glenn Hughes (Deep Purple), Phil Lynott (Thin Lizzy), Bob Daisley (Rainbow, Ozzy Osbourne) dan Don Airey (Rainbow, MSG, Ozzy Osbourne).
Paling menarik sudah tentunya lagu "Out in the Fields". Lagu duet antara dia dan Phil Lynott. Ini adalah antara lagu yang menaikkan nama beliau ke dalam carta. Beliau juga merakamkan semula lagu yang popular dikalangan mat rock melayu zaman saya budak-budak dahulu, "Empty Rooms". Terkenang zaman-zaman kaset apache bila mendengar lagu ini.
Lain-lain yang patut anda dengar adalah "Military Man". Lagu nyanyian Phil Lynott. Kalau tak silap ini adalah rakaman terakhir penyanyi Thin Lizzy tersebut sebelum dia meninggal dunia. Saya tak pasti tetapi secara kebetulannya Gary Moore tidak lagi ber"heavy metal" selepas kematian beliau.
Apa-apa pun saya memang suka Gary Moore ketika dia ber"heavy metal". Terbaik!
Yang menyambut ulangtahun ke

Gary Moore,
rock omputeh,
Youth Gone Wild 80's
Monday, January 4, 2016
MMXVI
Dah 4 hari dah tahun baru…agak sibuk dengan hal-hal duniawi di alam nyata…tak sempat nak berblog…banyak lagi album yang menyambut ulang tahun ke 10, 20, 30 dan 40 pada 2015 yang tak sempat pun nak buat ceritanya…banyak juga tempat-tempat menarik yang di lawati pun tak sempat juga nak di buat ceritanya…wayang…buku…dan macam-macam cerita yang nak ditulis tapi sering kekurangan masa….
Secara ringkasnya kalau bab-bab hal duniawai tahun 2015 memang agak menarik. Terutamanya dalam hobi mengumpul cd bila terbitnya berderet-berderet cd album rock melayu lama yang diterbitkan semula. Sampai tak terkejar pun ada. Semoga banyak lagi yang akan terbit pada tahun 2016 ini…
Tapi yang tak bestnya bila RM Merendum dan Estock_deutschland pula tutup kedai. Percubaan nak menjadi hipster dengan mengumpul LP pun terbantut....tak larat dah tengok harga LP sekarang ni...
Apa-apa pun semoga 2016 akan bertambah baik lagi...bukan sahaja hal-hal hobi yang duniawai...tetapi di dalam semua segi...
Semoga semuanya yang baik- baik dan diberkati....Selamat 2016

pembelian 2015 yang sampai pada 2016 |
Apa-apa pun semoga 2016 akan bertambah baik lagi...bukan sahaja hal-hal hobi yang duniawai...tetapi di dalam semua segi...
Semoga semuanya yang baik- baik dan diberkati....Selamat 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)