Lagi perihal album reissue...
Fauziah Latiff - Kau Merubah Segalanya (1989) - keluaran semula 2016
Tak berapa tahu pun tentang lagu-lagunya. Tiada juga kenangan istimewa. Membelinya semata-mata kerana untuk dihadiahkan kepada isteri sempena hari lahirnya.
Beliau adalah peminat besar kepada penyanyi yang digelar "Tiffany" Malaysia ini. Dari mula kenal dah dimaklumkan tentangnya. Saya pula selain dari wajah Fauziah Latiff yang cun melecun tu...lainnya kurang ambil tahu. Lebih suka Tiffany "I Think We're Alone Now" berbanding "Kau Merubah Segalanya".
Tetapi semenjak berkahwin, selain dari terpaksa mendengar cerita-cerita kenangan beliau tentang Fauziah Latiff di zaman sekolah (tulis lirik kat buku lah...tampal gambar kat locker lah..) saya juga di paksa rela untuk mendengar lagu-lagu Fauziah Latiff seperti mana beliau juga di paksa rela mendengar lagu-lagu hantu suaminya.
Sebenarnya sedap juga lagu-lagu Jee ni. Zaman-zaman kegemilangan lagu-lagu Manan Ngah lah kan. Tapi tu lah...zaman penghujung 80an dulu giler ke nak kena kutuk kalau member-member rock tahu yang kau dengar lagu Fauziah Latiff...Hahaha...
Happy Birthday My Better Half!
Aku tak tahu lagu2 dekni, tapi aku rasa aku lagi tahu gosip2 kehidupan peribadi dia.
ReplyDeletedah masuk dalam batch radin music seterusnya (bersama BOTB), esok kot sampai... tak pun minggu depan
ReplyDeleteHahah..kalo dulu geng2 rock tau ada kaset ni kompem kena pulau dah..heheh..tapi aura paling power masa tu yg aku ingat ramlah ram je.
ReplyDeleteBtw,happy bday mrs.berteromber
klu kolektor album ni pun nk dibeli jga.. hehe.. gee ni dlu aku mase kecik pun terpengaruh jgk dgn lagu2nya.. pasal kakak aku dlu meminati gee.. kak gee ni dlu mase kecik mmg aku slalu imejin.. wahahaha
ReplyDeleteKalah Mas Idayu lawa dia. Happy ** birthday cik bert
ReplyDeleteOrang Pontian Gee ni
ReplyDeletekelihatan muda je artis ni..hehe
ReplyDelete