Tuesday, January 12, 2016

David Bowie



Masih terngiang-ngiang lagi mendengar lagu "Starman" dalam movie "The Martian" beberapa minggu yang lalu. Semalam dapat berita yang penyanyinya David Bowie telah pun meninggal dunia.

Saya bukanlah peminat besar beliau. Hanya mula mengetahui tentang beliau ketika di zaman new wave di awal tahun 80an. Lagu "Let Dance" menjadi satu lagu yang agak popular juga ketika itu. Tetapi saya tidak mengambil tahu sangat sehinggalah saya terdengar lagu "Space Oddity". Ketika itu barulah saya tahu yang beliau bukanlah hanya sekadar penyanyi pop new wave.

Dari situ saya mula mengambil tahu tentang Ziggy Stardust dan The Spiders from Mars. Tidak boleh dinafikan beliau melalui karektor alter egonya, Ziggy Stardust adalah antara pencetus awal genre glam rock di awal tahun 70an. Fesyen rambut, gaya dan pakaiannya menjadi ikutan sehingga kini. Saya tak rasa apa yang pelik Lady Gaga buat sekarang belum lagi di buat oleh oleh David Bowie. Malah apa yang David Bowie buat jauh lagi hebat lagi.

Terimakasih David Bowie kerana memberikan saya "Space Oddity", "The Man Who Sold the World", "Changes", "Starman", "Ziggy Stardust”, "Rebel, Rebel", "Heroes", "Fame", "Under Pressure - Queen", "All the Young Dudes - Mott the Hoople" dan banyak lagi....


Thanks for the music...Goodbye Major Tom....

David Robert Jones (8 January 1947 – 10 January 2016)





10 comments:

  1. DB ni aku tau lagu the man who sold the world je kot...

    ReplyDelete
  2. Aku lebih terkesan dengan lakonan beliau... lebih meminati sebagai pelakon

    ReplyDelete
  3. RIP david bowie.dia penah nyanyi lagu dlm bahasa indon rupanya eh.aku baca kat astro awani

    ReplyDelete
  4. RIP David Bowie, aku suka lagu Heroes n lakonan die dlm filem Labyrinth

    ReplyDelete
  5. aku tak kenal dia ni, tapi tgk org lama semua post pasal dia, musti lejen org ni..

    ReplyDelete
  6. Dalam otak aku semalam nari lagu under pressure dengan all the young dudes.. haha

    ReplyDelete
  7. Tak sangka jugak dia mati sebab dok tengah syok baca review album baru dia Blackstar tu..

    ReplyDelete