Thursday, January 14, 2016

Throwback Thursday : Sweet Charity live @ Ulu Tiram




kredit gambar dari FB Jentera Pemusnah (Aziz Belantara)...sory bro cilok tanpa izin...

Khabarnya gambar ini dirakamkan sekitar tahun 1982 ataupun 1983 di sebuah expo di Ulu Tiram, Johor. Zaman-zaman kegemilangan expo suatu masa dahulu. Ganas imej Sweet Charity pada zaman tu...

Ketika itu, saya masih disekolah rendah dalam darjah 4 atau 5. Memang tak lepas la nak pergi expo. Tak tahu pun wujudnya expo ni. Dan tak tau juga lokasinya dimana. Saya cuma mula pergi ke expo di sekitar penghujung 80an. Ketika itu tapak expo Ulu Tiram adalah berhadapan dengan klinik kerajaan sebelum jambatan ke Pekan Ulu Tiram. Dah tak ujud kot tapak expo ni sekarang.

Apa-apapun saya tidak pernah tahu pula yang Saudara Aziz, gitaris Belantara pernah tinggal di Ulu Tiram. Yang saya tahu dari cerita rakan sekelas, sepupu beliau memang tinggal di kawasan estet di Ulu Tiram. Rakan saya jiran kepada sepupu beliau.

Tabik untuk rockers Ulu Tiram...heheh...




14 comments:

  1. rock dulu2 ceria warna warni... rock skrg seragam hitam, terus kena chop black metal

    ReplyDelete
  2. hey geng kita sama2 rockers Ulu Tiram hehe..generasi ke generasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik kampung roger2 bro...Ulu Tiram rulesss!!!!

      Delete
  3. "hanya rock yg sebenar" heheh..lawa gitar explorer tu

    ReplyDelete
  4. Saya membesar di NO 101 TAMAN ULU TIRAM depan Taxi Stand
    circa 1979 until 1985.
    tapak expo tu sangat active masa itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. err...dekat London Clinic ker?...dulu zaman2 sekolah circa penghujung 80an selalu lepak taxi stand tu pekena cendol...

      Delete
    2. Yup... bawah rumah gua london Klinik

      Delete
    3. seberang jalan dah panggung wayang tu...zaman tu panggung masih aktif kan?...deret kedai sebelah panggung tu...belah hujung sekali ada kedai kaset lejen...tu semua tempat aku beli kaset apache dan dubbing lagu...sampai sekarang pun ujud lagi...tapi anak dia take over dah...penuh lagu indon jer sekarang...

      Delete
  5. Kat Pontian kami ada dewan sekolah pei chun dan padang JPS Rimba Terjun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat pontian kami ada Tony Kedai Keset

      Delete
  6. zaman ni memang mengangkang.. mic kt anu

    ReplyDelete
  7. era emas rock malaya mmg gempak aahhh dresing semua musti nampak rock...

    ReplyDelete
  8. Lawa foto ni. Ada lagi tampal la.
    ulu tiram... aku tak familiar tapi dengar orang cakap je.

    ReplyDelete