Monday, January 25, 2016

Sudah Sampai Sini @ Janda Baik


Sebuah lagi tempat percutian yang sempat di singgah pada cuti sekolah tahun lepas...kalau biasanya ke laut...kali ini ke sungai pula. Lokasi yang jadi pilihan adalah di Janda Baik di daerah Bentong, Pahang


Mungkin janda-janda kat sana baik-baik belaka...itu pasal ianya dipanggil Janda Baik...hahaha...sebenarnya tak pasti pulak asal usulnya thetapi lokasinya adalah lebih kurang 30++ km dari Kuala Lumpur. Lalu Karak Highway tak jauh dari Genting Sempah.


Tapi masa budak-budak awal 80an dulu apa yang saya ingat pasal Janda Baik adalah kes kapal terbang terhempas yang melibatkan seorang menteri iaitu Tan Sri Ghazali Shafie. Lain-lain memang tak tahu sangat kecuali dengar khabar yang sekarang ni tempat ini adalah salah satu destinasi pelancongan. Jumpa juga akedemi Kelab Bola Sepak Frenz United...


Memang banyak la resort, homestays dan chalets disepanjang sungainya. Macam-macam bentuk macam-macam harga. Nak lepak-lepak balik hari sambil mandi sungai pun boleh juga. Ada beberapa tempat yang dibuka khas untuk orang awam. Memancing pun ok juga. Makanan pun senang. Banyak gerai.


Rasanya tempat ni sesuai la untuk orang-orang bandar yang tak pernah tengok sungai, kampung dan hutan. Sebelah sungai...sebelah lagi bukit bakau...kawasannya pun jenis tanah tinggi...tak lah panas sangat. Sungainya pun tak dalam. Arus pun tak berapa kuat. Sesuai la kalau budak-budak nak merasa mandi sungai.


Tapi untuk orang-orang tua yang seperti saya yang memang berasal dari kampung/felda yang ada paya dan sungai, tempat-tempat begini tak lah menarik sangat. Kalau rasa nak rilek-rilek tenangkan fikiran..balik jer la ke kampung halaman...


OK dah....





6 comments:

  1. Aku ni nama je duk kl,sini yg dekat pun tak sampai lagi..heheh.

    ReplyDelete
  2. good widow :)

    "Tapi untuk orang-orang tua yang seperti saya yang memang berasal dari kampung/felda yang ada paya dan sungai, tempat-tempat begini tak lah menarik sangat. Kalau rasa nak rilek-rilek tenangkan fikiran..balik jer la ke kampung halaman..." - aku suka ayat ni

    ReplyDelete
  3. thanks bro...tlg promosi kampung gua..

    ReplyDelete
  4. janda baik maybe pasal jual nasi lemak ske bg sambal lebih.. hahah

    ReplyDelete
  5. Aku macam pernah dengar je nama ni, cam familiar, tapi tak tahu kat mana aku dengar
    cantik tempat ni ye

    ReplyDelete
  6. yahhh.ni dekat dengan lokasi gig Bertukang Malam Malam iv tahun 2014.

    ReplyDelete