Thursday, January 21, 2016

Satu Tekanan Irama

Lagi cerita perihal album keluaran semula.


Ekamatra -Satu Tekanan Irama (1989) - keluaran semula 2015

Bukan peminat dan tak akan jadi pun. Membelinya semata-mata kerana kekaguman saya terhadap petikan gitar ala-ala Malmsteen dari Shahrul. Ianya mengembalikan nostalgia saya kepada rakan-rakan shredder semasa saya menuntut di ITM Segamat pada awal 90an dulu.

Ini adalah antara kaset yang sering diputarkan oleh mereka selain dari kaset-kaset gitar hero orang putih seperti Malmsteen, Joe Satriani, Steve Vai dan kaset-kaset dari Shrapnel Records seperti Jason Becker, Marty Friedman, Vinnie Moore, Tony MacAlpine, Greg Howe, Richie Kotzen dan lain-lain yang saya sudah terlupa. Mereka berbangga bila ada anak muda belasan tahun dari Malaysia yang boleh bermain hebat seperti gitar hero mereka. Saya yang buta gitar pun turut menyibuk sama.


Tetapi saya cukup kalah dengan suara Rahmat. Lagunya juga agak meleweh-leweh. Nasib solo-solo melodic yang panjang dari Shahrul menyelamatkan keadaan. Bukanlah nak kata suaranya dan lagu-lagunya tak bagus. Tetapi ianya tidak menepati selera muzik saya.

Kalau anda suka. Beli. Tak perlu mengikut selera muzik saya.



9 comments:

  1. kalau suka, beli... tak suka, sila hubungi emi/universal

    macam tu lah, kiranya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...jgn ada komen panjang berjela dah la.album May ziet giest pun ada reissue balik.aku baru tau

      Delete
    2. pastu komen panjang2 hahahahaha

      Delete
    3. tu pasal aku guna ayat baik2 ajer...selera orang tak sama...tak kan nak paksa...heheh...

      Delete
  2. Album ni dulu mmg layan.. kaset album ni aku ade.. hanya tggl kaset...sarung ntah kemana..

    ReplyDelete
  3. Aku paling suka suara Rahmat. Zaman solo dia, aku beli cd2 Rahmat ni haha. Hanya pasal aku suka suara dia.
    Zaman kaset dulu, kaset Ekamatra ni tersangatlah laris. Tapi aku paling benci pasal tersangat bastard lagu Hanya Satu Persinggahan tak complete.

    ReplyDelete
  4. last word tu yg pntg "tak perlu nk ikut selera muzik saya"..hahaahaha bab suara sengau tu rasanya yg abg maksudkan kali..hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sengau tu aku memang tak boleh balah...tak masuk aku...hahaha...

      Delete
  5. sentuhan kecundang tu lagu tema masa aku bercinta jaman sekolah dulu hahahahaha

    ReplyDelete