Friday, January 22, 2016

The Carnival Bizarre

Lagi yang tertinggal dari tahun lepas...yang menyambut ulangtahun ke 20 21...



Cathedral - The Carnival Bizarre (1995)

Lee Dorrian adalah punca saya terjebak dengan Cathedral. Buat yang tak kenal, Lee Dorrian adalah vokalis Napalm Death untuk album "From Enslavement to Obliteration (1988)" dan separuh lagu dari "Scum (1987)".

Doom metal bukanlah makanan saya. Saya mempunyai masaalah untuk hadam lagu-lagu yang perlahan temponya. Walaupunbegitu ada juga beberapa album dari genre ini yang berjaya menarik minat saya. The Carnival Bizarre adalah salah satu darinya. Ianya bukanlah seratus peratus Doom yang asli. Banyak juga lagu-lagunya yang agak "up tempo" dan tidak meleweh.


Pada saya lagu-lagunya ada "groove". Macam Stoner Rock pun iyer juga. Tetapi pengaruh Black Sabbath memang tidak dapat dinafikan. Bermula dari track pertama lagi dah boleh dikesan. Tambah menarik Tony Iommi juga terlibat sebagai gitaris undangan ("Utopian Blaster"). Sayangnya macam pendek sangat pula solo yang dia mainkan.

Lagu-lagu seperti "Hopkins (The Witchfinder General)" dan "Carnival Bizarre" pada saya tidak menjemukan. Sedap! Namun begitu ada juga lagu yang membuatkan saya menekan butang "forward". "Night of the Seagulls" contohnya. Memang mengantuk dengar.

Namun begitu secara keseluruhannya ia memang sebuah album yang sedap. Padamkan lampu bilik tidur anda. Kuatkan volume. Dan laruttttttt.....................




8 comments:

  1. aku dgr band ni pun stat bila beli kaset kompilasi gods of grind

    ReplyDelete
  2. Cathedral artwork lawa2..
    Dia so dissapointed in Maiden, dia izin Maiden pakai incomplete Dod, dengan syarat nama dia tak digunakan.
    siot je maiden

    ReplyDelete
  3. high salute Lee Dorrian! owner of stoner doom label Rise Above Records! from grindcore to doom! legend!

    lagu paling best Cathedral Hopkins (The Witchfinder General) https://www.youtube.com/watch?v=d9Qdj7pt7Iw

    ReplyDelete
  4. metal2 ni bnyk lg yg aku lum terokai..

    ReplyDelete
  5. Doom metal ni mmg aku ada masalah sikit kalo nak dengar..heheh

    ReplyDelete
  6. Semua lagu sedap dalam ni... best sungguh!

    ReplyDelete